Alhamdulillah syukur kepadaNya atas kurnia kepada kita kerana kita dipertemukan lagi dengan wajah dan ihya bulan ramadhan ini pada tahun 2010. Kali ini kehadiran ramadahan yang pastinya jutaan umat Nabi Muhammad menunggunya biarlah menjelang dengan pelbagai nikmat yang memaniskan iman kita. Hadirnya disambut dengan pujian dan berzikir kepada Allah seraya memohon keampunan kepadaNya. Biar hati kita kembali bersih dengan sucian air taqwa dan keimanan.
Sesungguhnya bulan ramadhan diibaratkan penyucian hati yang gelap kepada keadaan yang bersih bagaikan hati kita ketika lahir di dunia nyata ini.Sungguh berbahagia orang-orang yang beriman dan mengambil manfaat serta fadilat di bulan ramadhan yang penuh mubaraq ini. Beruntunglah bagi hambaNya yang menjadikan ramadhan sebagai tempat bermujahadah dan melakukan amalan yang memberikannya imbalan pahala dari Allah. Sesungguhnya apa juga amalan yang dilakukan di siang hari atau juga di malam hari akan menjanjikan banyak nikamt kepada kita kelak di akhirat.
Sayang seribu kali sayang terdapat sesetengah golongan manusia yang buta hati, buta mata dan buta untuk menilai kehidupan ini. Di bulan ramadhan mereka tidak mengambil iktibar, tidak mengambil peduli suruhan Allah agar kita penuhi ruang hati dan jiwa serta kehidupan kita dengan amalan yang baik, kerana apa juga amalan yang baik biar sekecil manapun di bulan yang mulia ini akan memberikan kita pahala imbalan yang melimpah ruah. Kepada diriku dan anak-anak serta semua keluarga, pintalah ya Allah bersihkan noda di jiwa kami, gantikan dengan nurMu kasihMu agar kami jauh dari pelbagai bentuk kejahilan yang merosak akidah dan iman.
Keluar sahaja dari teratak yang menjadi persingahan sementara di dunia, terlihat kerektar manusia. Tanpa segan silu melakukan kesalahan. Eantah senagaja atau tidak yang maha tahu adalah Allah. Mengapa baru saja melangkahkan kaki sudah diperlihatkan kepincangan perlakuan manusia di medan atau pentas dunia ini. Hanya apabila malam akan terlihatlah insan-insan yang terpilih melabuhkan punggung ke surau. Ya Allah mintalah agar kebal jiwa ini mengatasi apa jua ujian yang mendatang dan mengganggu akal fikiran, menghasut dan memperdaya terutama hasutan manusia bertopengkan manusia kepada anak-anak kami, anak-anak adam as. Minta lah ya Allah perkemaskan iman kami dan iman anak-anak, jadikan mereka anak-anak yang tahu dan bijak menilai perkara buruk dan perkara baik. Tiada lagi jalan selain terus-terusan memohon kebaikan dari Mu ya Allah.
Di bulan ramadhan kali ini, minta Ya Allah kami 100 % tunaikan ibadah puasa, 100 % tunaikan ibadah terawih, bersedekah pada jalanMu, memberikan sesuatu dengan ikhlas hati, lahirkan tahap kesabaran kepada jiwa raga kami, berikan kami kekuatan melawan tipu daya dan hasutan duniawi, jauhkan kami dari kegelapan hati, tetapi hamparkan kami permaidani indah sebagai lorang jalan menuju akhiratMu, bukan sahaja pada bulan ramadahan tetapi ditiap ilusi bulan lain yang mendatang.
"Orang-orang yang paling untung adalah orang yang ada motivasi pada diri sendiri"
Selamat berpuasa, membacalah jika ada waktumu.
2 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam etuza.. thanks atas kata-kata nasihat..
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan umur untuk berjumpa dengan bulan yang mulia pada tahun ini. Tahun hadapan, waAllahualam.
Manusia memang tidak terlepas dari melakukan dosa. Bertaubatlah sementara masih diberi peluang, apatah lagi di bulan yang penuh dengan baraqah dan rahmat ni. Tapi yang menyedihkan...di bulan ini lah masih ada kisah buang bayi..kisah orang islam minum air arak..kisah langgan GRO...dan macam-macam lagi kisah yang merenggut hati..
Astarfirullahalazim...moga Allah jauhkan dari kita semua...
Selamat berbuka etuza, moga Allah menerima segala amal ibadat kita, insyaAllah.
Wasalam afidah muslimah..islam.
Ahlan wasalan.
Justeru itu..keluhan yag lahir di nubari saya. Golongan remaja masa kini dikelilingi dengan pengaruh yg cukup bahaya. Sebab itu kita mohon doa agar genarasi kita dilindungi..hanya apabila kita kebal dan pertahankan perisai kalam Allah, zikir dan munajat memohon ampunan dan limpahan perlindungan.
terima kasih juga ..walhualam.
Catat Ulasan