السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Malam ini terasa berat mata untuk dilelapkan. Ada saja perkara mengimbau dan menggangu datang silih berganti. Selepas balik ke rumah dari sembahyang jemaah isyak dan terawih di surau, saya dan anak-anak bergegas ke rumah. Kemudian saya menghubungi anak lelaki saya di asrama di sekolah tempatnya belajar. Dia demam, yang menurutnya mula sakit pada hari pertama puasa.
Terasa ingin mengambil kesempatan untuk mentarikan jejari dan melepaskan bicara saya ini ke medan alam maya yakni di internet sebagai maklumat yang menjadi bahan bacaan kepada pihak umum yang benar-benar memerlukan maklumat. Tidak kiralah golongan kanak-kanak, remaja, dewasa atau yang tua. Yang bekerja atau yang sekadar bekerja sendiri. Semoga selepas membacanya ada manfaat yang dapat di kenal pasti. Kiranya anak-anakku yang membaca nantinya semoga ada rasa gerun dan melangkah ke hadapan berpaksikan lorong jalan yang lurus dan tidak berganjak bertukar arah pada lorong yang lurus itu. Maka terpandulah hidup mereka ke jalan yang benar akhirnya menjadi generasi yang menjadi model kepada masyarakat kelak.
Begini etuza hendak berpesan dari kata hati saya yang sangat ikhlas dan memohon pengertian. Tolonglah fahami dan berfikirlah sebelum terlambat. Anak-anak remaja..kenapa mudah sangat terpedaya atau terpengaruh dengan perbuatan yang merosakkan kesihatan diri. Mengapa terlalu ikutkan nafsu ingin mencuba sesuatu yang memudaratkan kesihatan. mengapa mencuba sesuatu yang akan menganggu emosi, mengganggu urat sarap dan paru-paru dalam tubuh badanmu. Pada hal Allah berikan kamu hati dan jantung yang cukup sihat dan tanpa cacat saat kelahiranmu ke dunia pana ini.
Sayang seribu kali sayang. Pada saat usiamu yang muda, remajamu sudah dirosakkan dengan perbuatanmu sendiri apabila kamu mengikut gaya hidup tidak sihat dengan remaja yang gian merokok dan ponteng kelas. Di mana kalian letakkan akal fikiran sehingga terpandu dan mengikut jalan yang salah. Iya pada asasnya anda masih meneruskan persekolahan dan tidaklah mahu berhenti setakat di tengah jalan, anda masih mahu dan tingginya kemahuan untuk belajar hingga ke menara gading yakni di Universiti. Anak-anak remaja pada saat anda telah memulakan hisapan pertama pada benda yang bernama ROKOK kesihatan anda telah rosak dengan asap yang telah masuk ke paru-paru anda. Pada saat itu..kesan asap rokok itu akan memakan, menjilat paru-paru anda secara perlahan, menghitamkan hati pula hingga jiwamu keras dan wajah kelihatan suram tidak bercahaya.
Wahai anak-anak remaja inikah jalan yang kau pilih, kau paling muka dengan tidak endahkan ibu dan ayahmu, tetapi kau pandang sangat manisnya wajah kawan-kawanmu yang seusia dengan mu. Mengapa begitu tega membelakangkan ibu dan ayah serta sanggup mengaburi ibu dan ayahmu dengan pembohongan yang jelas tidak berasas. Sungguh kau silap wahai para remaja. Sayang seribu kali sayang.
wahai remaja..guru ibarat ibu dan ayah di sekolah, kalian sanggup menyakiti hati guru-guru dengan ponteng kelas mereka, walhal guru yang berada di dalam kelas telah menyampaikan pelbagai bentuk ilmu yang sangat berharga untuk bekal masa depanmu. Sungguh saya berfikir jauh kenapa dan kenapa begitu teganya kalian wahai remaja menconteng arang ke muka ibubapa dan guru-guru kalian.
Wahai remaja berfikirlah sebelum terlambat, pandanglah ke hadapan dengan fikiran yang tajam serta mata bercahaya. Adakah guru dan ibubapa mendidik kalian sebagai remaja yang memperdayakan insan lain ke arah perbuatan yang salah. Sungguh salah pilihan jalanmu wahai remaja. Usah berbicara dengan putar belitkan fakta, bahawa kata-katamu yang berani bahawa kalau tidak merokok kita akan mati juga, itu ego pada Allah, itu ego pada diri sendiri dan percayalah bahawa keegoaanmu itu bakal memakan dirimu sendiri. Benar kematian itu pasti, tetapi semua itu urusan Allah, kita dilahirkan bukan kerana kita di aniya oleh Allah dengan memberikan kita penyakit, tetapi biasanya penyakit itu akan datang hanya apabila jalan yang anda pilih pada jalan yang salah iaitu jalan yang akan memudaratkan kesihatanmu sendiri pada akhirnya. Masakan jantung atau paru-paru bisa bertahan apabila saban waktu kau rosakkan dengan asap rokok yang bertubi-tubi menghambat ke saraf dalam tubuh badan kita. Maka akan tiba anda terduduk menahan kesakitan pada ulu hatimu, sakit dada dan batuk-batuk yang sangat mengerikan.
wahai remaja insaflah, tolonglah insaf, sayangilah jiwamu, sayangi dirimu, sayangi tubuh badanmu yang sangat menawan itu. Bila kau sayang pada dirimu itu sebenarnya itu tanda anda sangat bersyukur kerana anda tercipta dengan tubuh badan yang cukup sifatnya. jauhilah rokok wahai para remaja, jauhilah dari membazir wanga ayah dan wang ibu yang diberi padamu. Kembalilah kepangkal jalan wahai para remaja, ingatlah pesan ayah dan ibumu, ingatlah nasihat guru-gurumu dan kembalilah ke pangkal jalan dengan redha kepada Allah dan meyakini bahawa amalan Nabi Muhammad akhir zaman adalah suluh hidup ke arah masa depanmu yang bergemerlapan dengan kebahagiaan.
Tolonglah dengarkan kata-kata ini, tolonglah pahatkan ke dalam hatimu wahai remaja genarasi dan pewaris tenaga manusia. Tolonglah usah lagi merokok, kerana perbuatan merokok itu hanya mengundang penyakit dan akhirnya kau terlantar sakit pedih dan menderita menahannya. Sebaliknya merokok itu juga akan membinasakan mental dan sarafmu menjadi keras dan sukar dibersihkan. Tolonglah wahai remaja..tolonglah tolonglah dan tolonglah hentikan merokok, hentikan merokok, hentikan merokok..gantikan dengan kuatkan ibadat kepada Allah demi memohon petunjuk dan rahmat kasih sayangNya. Amin ya rabbal alamin.
"nyahkan rokok, pembunuh senyap"
4 Pesona Kata Hati Mereka:
nice entry... :)
Ambilah kiranya ada manfaat..
InsyaAllah buat yang mahu mengambil manfaatnya..buat yang tidak mahu...hurmmm...
thanks etuza...InsyaAllah nak forward entry ni kat adik lelaki yang sorang tu. Masih tak berhenti merokok walaupun dah beku air liur ni duk nasihat kat dia..huhu..
Wasalam Fidah..
Oo..iya ka..inilah jalan kita membantu dia dlam bentuk tazkirah atau sikologi yang halus.
moga dia sedar dan hargai paru-paru.
Rokok ibarat pembunuh senyap..Syukran ada yg ambil manfaat. Tq fida
Catat Ulasan