السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kementerian Kebudayaan dan Seni Warisan melancarkan kempen "Berbudi Bahasa Budaya Kita" bagi mendidik masyarakat Malaysia supaya menjadi individu yang berbudi bahasa. Bermulalah supaya belajar berbudi bahasa dengan membiasakan diri dengan mengucapkan terima kasih. Ucapan terima kasih kepada sesiapa pun bagi menyampaikan penghargaan kita.
Mulakan hari ini. Apabila kita pergi ke restoran dan dihidangkan dengan makanan dan minuman yang dipesan, ucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghidangkan kita. Pelayan itu tidak kenal kita dan kita tidak kenal pelayan itu, tetapi dia berhak menerima ucapan terima kasih kita walaupun dia sekadar menghantar segelas air kosong.
Kepada sesiapa sahaja amalkanlah mengucapkan terima kasih, dengan tidak mengira anak sendiri, isteri, datuk nenak, jiran, kanak-kanak, orang dewasa dan kepada sesiapa yang berhak di ucapkan terima kasih. Sekalipun perlakuan di dalam rumah kita harus ucapkan terima kasih, ini dapat menjadikan anak-anak kita pandai menghargai dan memiliki etika dan moral yang baik. Terima kasih adalah dua kata yang sangat berharga untuk diucapkan, kerana orang yang berhak meneriam ucapan teriam kasih itu merasai dihargai dan merasakan kita seseorang yang berbudi bahasa.
terima kasih juga wajib kita ucapakan kepadaNya, kerana Dialah yang memberikan kita kehidupan yang baik hingga hari ini. Ucapan terima kasih itu menandakan kita bersyukur kepadaNya. Maka ucapkalah terima kasih kepada semua anugerahNya. Bermakna kita bukan sahaja di tuntut berbudi bahasa antara sesama manusia tetapi juga dituntut berbudi bahasa pada Allah yang maha kuasa. Kita juga perlu mengucapkan ucap[an terima kasih kepada alam semulajadi yang memberikan kita keindahan dan membekalkan oksigen kepada kita. dengan binatang seperti kucing yang jinak, kita perlu mengucapkan terima kasih. Alam semulajadi dan haiwan itu memang tidak memahami bahasa kita tetapi kita wajib yakin bahawa Allah sedang mendengar kita bertatasusila termasuklah kepada alam ciptaanNya dan binatang makhlukNya yang lain.
Salam ukhuwa, selamat membaca.
6 Pesona Kata Hati Mereka:
senyum selalu... terima kasih singgah blog saya... kunjugan selalu....
thnkz kerana sudi berkongsi dgn kami semua... nice info!
salam ziarah..
terima kasih pakcik c0z selalu mmberi peringatan yG berguna..kadang2 kita tak perasan perkara yG dianggap kecil sebegini kan..sama juga dengan mGukir senyuman =)
terima kasih kenalan blog waznie.
Terima kasih mewarnakan ruang komen laman etuza..selalulah bertandang ke teratak maya etuza ..
Nick..
Trmasi juga masih terus membaca tiap n3 pcik..harap ada manfaatnya.Kadangkala kita perlu selalu menyokong dengan cara saling berkunjung..umpama kita berjiran di teratak maya.
Wasalam azrai.
Betul tu, senyum itu di katakan jariah..penenang hati yg melihat, begitu juga dgn ucapan terima kasih..makna kedua2 amalan ini dalam maknanya. Semoga kita tergolong org2 yang tahu menghargai.
Catat Ulasan