Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 14 Jun 2010

Doa Ibu & Ayah Di Hari Lahirnya



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala puji hanya bagiMu
Kami panjatkan syukur atas berkahMu
Selawat dan salam ke atas
Nabi junjungan Rasul pilihanMu
Kami tadahkan telapak tangan
Memohon iradat dan kasih sayangMu jua

Syukur ya Allah hu alam
Atas kurnia umur pada dia anak pertama kami..
Engkau beri dia kesempatan menikmati usia remajanya
Menikmati hidup yang kau beri ini

Syukran ya Allah atas kurniaMu
Pada dia anak pertama kami
Yang Engkau anugerahkan pada 
Sori pagi 13hb Jun tahunnya..
Sesungguhnya maha besar Allah
Terciptalah dia hasil cinta suci..
Ibarat kasih dan sayangMu
Pada hambaMu yang beriman..

Syukran Ya Allah
Berilah dia akli yang baik
Waras berfikir dan menerima didikan
Pemerhati yang baik 
Menjadi muslimah yang melangkah
Ke jalan yang lurus bercahaya

Syukran ya Allah
Limpahkan kejayaan bagi dia
Pada tahun 2010 SPM menjelang
Beri dia buah-buah tangan berbentuk ilmu
Agar mudah baginya
Mentarikan mata pena
Menyulam kesuma jawapan pada tenda putih
Seterangnya hati nabi Muhammad SAW
Dengan harapan kecemerlangan baginya
Menuju impian menggamit indah
Masa depan dan kebahagiaan
Di Dunia dan di akhirat.
Amin ya rabbal alamin.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

9 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Semoga Bib's menjadi wanita solehah, mendapat berkat ilmu dan miliki akhlak yang baik, berguan di dunia dan diu akhirat . Amin

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam etuza....selamat hari lahir buat bib's

Unknown berkata...

Terima kasih.
Semalam baca doa untuk hari ulang tahun kelahiran dia. Tahun ni dia take SPM ..awal setahun ..moga dia berjaya..

Abd Razak berkata...

Salam...

Moga bertambahnya umur Bib dikurniakan Allah keberkatan dalam usianya dan meraih kejayaan di dunia dan akhirat...ameen

Unknown berkata...

wah! byk info dapat bila dtg blog uncle ni.. thnkz!! :)

mr cekodok berkata...

salam pakcik etuza.oh kmi blm nikah lg.aritu majlis pertunangan.insyaAllah kl tiada aral,bln 10 ni kmi nikah.jemput pkcik ke semenanjung ya :)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Wa'alaikumsalam.
Mr C..oh macam tu. Kami org biasa saja ni. Apapun trmasi jemputan ikhlas. Seandainya....terlebih dahulu selamat, semoga termakbul hasrat suci. Amin

Unknown berkata...

Wa'alaikum salam Araz..
terima kasih doa untuk anak pertama
kami. Moga doa tuan ikhlas..dan di terima amin.

To. Nick..tq setia kunjung laman pcik..kalau ada yg baik tu ambillah sebagai pedoman hidup ya..