Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 15 Jun 2010

Kasih Sayang Ini Semakin Tebal & Tidak Pernah Akan Berubah






السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mendidik anak-anak kecil tidak sama mendidik anak-anak yang sudah remaja. Dulu semasa kecil, anak-anak kecil di belai dengan penuh kasih sayang. Terasa indah mengingat kenangan detik mereka dalam dakapanku. Tapi kini tiada sudah semua itu, semuanya sudah beransur remaja, semuanya sudah janggal dengan keadaan seumpama dulu, keadaan sejak lahir hinggalah melangkah ke alam persekolahan yang bermula sekolah di Prasekolah.Kadangkala terasa bagaikan mimpi, padahal ketika saat menunggu kelahiran kalian, ayahlah yang tak lalu makan duduk tak tenang.

Sebagai seorang ayah yang amat menyayangi anak-anak, saya tidak akan pernah berubah, bahawa yang dulu ketika anak-anak lahir mereka semua ku belai dan ku dakap dengan penuh mesra, penuh sayang dan penuh kasih. Jika mereka sakit saat itulah bagi saya umpama satu rasa derita melihat mereka kesakitan sedang usia yang terlalu muda. Namun hakikat mendapat sakit itu tiada siapa yang mampu mengelakkannya. Dalam hati mahu saja saya ambil kesakitaan anak-anak itu, biarku tanggungi tetapi jangan mereka. Semua itu kataku tetapi sesungguhnya ianya mustahil, kerana saya insan yang lemah dan tidak punya apa-apa berbanding Allah yang segalanya maha tahu.

Wahai anak-anakku yang teramat ku sayang, biar kini kalian kian remaja..kasih sayangku sebagai ayah tidak pernah luntur, tidak pernah kurang tetapi kasih sayangku itu semakin tebal dan amat bermakna. Percayalah kataku bahawa kalian ibarat nyawa bagiku, kalian adalah harta yang tidak dapat dijual beli, tetapi hartaku yang menjadi anugerah dan amanahNya kepadaku. Di mana kini kalian bagaikan penawar gundahku, penyeri hari-hariku dan menjadi kawan setia sepanjang kehidupanku.

Sesekali kala kalian pergi meninggalkan kami untuk seketika, salam dan dakapan sering ayah dan ibu lakukan, biar kalian rasa betapa keadaan dakapan dulu saat kalian masih kecil terbayang semula, biarpun kini dakapan itu tidaklah sesempurna ketika kalain masih kecil tetapi cukuplah agar kami sebagai ayah dan ibu tercurah rasa kasih sayang kami, biar kalian membawa berbagai makna dan kasih sayang kami yang tiada tolak bandingnya.

Kini, anak-anak ayah semakin remaja, seharusnya kalian belajar mematangkan fikiran, bahawa kehidupan ini satu pusingan mengikut peredaran zaman dan kemajuan. Sebaiknya kalian berfikiran lebih rasional dan berfikiran jauh ke hadapan. Kerana kematangan berfikir jauh kehadapan akan menjadikan kalian lebih menghargai kehidupan ini, dan berusaha menunaikan kata-kata janji bahawa kalian akan mencapai cita-cita yang diidamkan. Untuk tujuan ke arah masa depan, ke arah matlamat hidup anak-anakku  perlu berusaha dengan kekuatan sendiri, tanpa arahan tetapi bertindak sendiri dengan penuh tawakal dan memohon keberkatan kepadaNya.

Wahai anak-anakku yang kian remaja. Hidup ini juga adalah sementara. Kita semua sebenarnya berhadapan dengan usia dan saat kematian yang pasti. Oleh itu, ayah sering berdoa agar kita semua di ampuni dosa, di hindari dari seksaan api yang membara di akhirat kelak. Kerana itu , ayah sering mendidik jiwa kalian agar mengenal Allah, mengenal jalan yang di tuju, tahu bahawa amalan yag buruk akan membinasakan keimanan, tetapi akhlak yang baik akan memandu kita ke jalan yang di redahi oleh Allah yang maha besar.

Kalaulah kalian tahu, betapa sedihnya hati kala melihat kalian bersikap acuh tak acuh pada nasihatku dan ibu kalian, pasti kalian akan melihat deraian air mata. Mata yang menangis dan bibir yang menangis kerana kalian sakiti kami. Mengapa demikian anak-anakku, masih adakah lagi yang tidak cukup kami curahkan. Bahkan setiap kalian kami berikan limpahan kasih sayang secara sama rata, tiada bezapun antara yang lainnya, tetapi semakin menebal kasih sayang kami. Kami pupuk hingga bila-bila, selagi berkesempatan bersama kalian di Dunia nyata.

wahai anak-anakku yang tersayangi, mohonlah pengertian, agar hormati dan hargailah kami sebagai ibubapa kalian. Pergiatkan usaha untuk terus belajar, kerana bekal ilmu yang banyak tidak akan menyesatkan kalian tetapi lebih memandu kehidupan kalian ke arah yang lebih damai, lebih bahagia untuk meneruskan kehidupan sesudah zaman ayah dan ibu. wahai anak-anakku..kenalilah hakikat bahawa suatu masa kalian akan menjadi pemimpin, maka dari itu perjuangkan usia muda dengan memperdalamkan ilmu pengetahuan sebagai suluh hidup di jalan yang benar.

Tidak perlu ayah ulangi lagi bicara ayah pada ruangan ini, tentang kepentingan mencari kejayaan dalam kehidupanmu. Cukuplah sehingga hari ini, kerana kalian sudah boleh mendengar, boleh berfikir secara jelas dan meyakini bahawa apa sahaja yang kami lakukan adalah bentuk kasih dan sayang kami kepada kalian semua. Berusahalah agar tidak ke tinggalan, berusahalah agar, masa depan yang pasti itu akan engkau genggam erat agar tidak akan terlepaskan lagi. Dan pada masa itu ayah dan ibu akan rela meninggalkan kalian dengan penuh tenteram kerana kalian kini sudah berkerjaya dan menjadi hambaNya yang berguna di Dunia dan di Akhirat sana.

Bicara hati seorang ayah.




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

9 Pesona Kata Hati Mereka:

mr cekodok berkata...

w'salam pakcik etuza.saya ikhlas menjemput pkcik sekeluarga dtg ke mjlis perkahwinan sy nt.al maklumlah hari bersejarah dalam kehidupan perlu dikongsi bersama..oh ya, kad jemputan perkahwinan belum siap lagi.nti saya hantar ke sabah.mntak diberi alamat pkcik juga ya..

oh,kami masih dalam pengajian sarjana.insyaAllah tahun depan kami smbung pengajian doktor falsafah.tapi bukan dalam bidang perubatan,tapi dalam bidang pendidikan..

brkenaan permata harapan pakcik tu,beliau perlu mendapat keputusan cemerlang subjek sains (fizik kimia biologi dan add math) disamping lulus cemerlang bahasa inggeris untuk meneruskan pengajian di bidang perubatan.insyaAllah sama2 brdoa utk kejayaan permata hati pakcik ya...


Shukran Jazilan atas doa2 pakcik.sngguh terharu rsnya bertemu rakan blogger yg baik ibarat keluarga sndiri :D

ini alamat saya:
Ahmmad Shukrie Bin Md Yudin
No 105 Lorong Sg Isap 79,
Perkg Sg Isap 1,
25150 Kuantan Pahang.

Unknown berkata...

eh! hari bapak bln jun ke? alamak! eh! berapa ari bulan ye? lupa plak nk ucap kat ayah sy....

windi berkata...

bertuahnya anak2 etuza...

Unknown berkata...

Asalamu'alaikum..Ahmad Syukri.
Pcik nak ucap sekali lg terima kasih banyak2..undangan ikhlas.

Semoga anak-anak kami beroleh kejayaan sebagaimana Ahmad berjaya. Tq info.

Alamat
Etuza @ Mohammad Zali Ayub
Peti Surat 2013
89007 Keningau
Sabah.

Unknown berkata...

Yup! biasa Malaysia sambut HB pada Jun tu Nick..kalau tak silap tanggal 20hb Jun.
Sampaikan slmat harti bapa pda ayah Nick ya..cuba buat kejutan kat bapa ..hehe mesti dia happy tu.

Unknown berkata...

Asalamu'alaikum Win..
X adalah head ja pcik ubah..sesuai ala2 blog Islamik.
anak2 ni amanah win..x bule dianggap remeh..bahaya. Pada pcik windy tergolong anak yg telah berjaya membahagiakan ibubapa. Tahniah..

sugar2 kapas strawberry berkata...

nice post dear..

sy pon terkadang lalai dlm mengerjakn solat..

syaitan ttp ad dmana2..

solat tu tiang agama.yg bakal musnahkn sifat dengki syaitan

Unknown berkata...

teruskan usaha kita mencari solat yg murni...sesungguhnya kita harus yakin bahawa apapun keadaan Allah maha pengampun dan pengasih. Bersamalah mencari redha Allah..

Unknown berkata...

Terima kasih info dr Choy. Memang mcm tulah niat tiap ibubapa ign melihat kejayaan ank2. Pandangan seperti Choy melonjakkan lagi harapan ibubpa sprti saya.
Sihat..tq ucapan hari bapa..