Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 11 Jun 2010

Akhirnya aku terpedaya pada cubaan kali ke tiga.( Kenapa lemahnya iman ini?)



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari ini, saya dan isteri dan empat anak kami ke Perpustakaan Wilayah Keningau, Sabah. Aku menemani mereka untuk mencari buku rujukan dan bahan bacaan. Dalam menanti aku mencapai akhbar berita harian yang sudah tersedia di atas meja membaca. Banyak maklumat yang aku baca, tetapi aku terlalu tertarik pada satu paparan cerita yang bertajuk " Jualan telefon serendah RM250" " Jangan terpedaya membeli telefon tidak berkotak dan cages" di mana kegiatan jualan itu di lakukan di Sabah.

Selesai mambaca maklumat ini, saya termenung seketika, kerana teringat peristiwa aku sendiri yang berkaitan dengan telefon semurah itu. Peristiwa ini berlaku di pekan Keningau daerahku sendiri. Peristiwa ini berlaku pada Disember 2009, aku tidak menyangka jiwaku merasa amat sedih, terpukul dan merasakan lemahnya imanku. Begitu goyah dalam mempertahankan hak dan keyakinan diri. Baru kini aku merasakan tamparan hebat akibat terpedaya, terpesona dan akhirnya aku sebenarnya tertipu mentah-mentah.

Ketika menulis, malam ini aku terasa sangat ingin berkongsi dan menceritakan pengalaman ini agar tidak akan ramai yang terpedaya seperti apa yang aku alami. Dari pengalaman sebenarku ini jemputlah mengambil iktibar dan berusahalah berpegang pada keyakinan sendiri. Percayalah bahawa keyakinan pada diri dan membuang rasa simpati akan menyelamatkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan.

Suatu hari aku dan dua anak lelakiku ke pekan Keningau. Selesai urusan aku naik kereta dan hidupkan injin. Belum sempat aku menggerakan gear kereta akui di sapa oleh seorang pemuda dari seberang. Ditangannya di hulur sebuah telefon yang cantik dan berjenama. Masa melihat telefon tersebut terus teringat adikku ada menggunakan telefon seperti itu. Bilaku tanya harganya pemuda itu menyatakan RM 500. Dan menambah bahawa telefon itu kalau di kedai telefon berharga lebih dari RM1000. Pemuda itu beria-ia sangat mempromosikan telefon dia. Aku lihat pemuda itu seperti meminta belas kasihan. Pada masa itu hatiku berkata-kata bahawa telefon yg dia jual itu adalah barangan palsu atau tiruan. Aku juga beranggapan barangan itu diseludup atau dicuri. Maka aku langsung tidak mengindahkan pemuda itu. Masa aku pandu kereta menaiki bukit pemuda itu mengejar kereta aku, aku pandu tidak laju kerana di hadapan keretaku ada kereta lain yg mengensot perlahan menaiki bukit tersebut. Aku kata tidak mahu dan aku yakin benar tindakanku itu benar dan logik.

Nampaknya sekali lagi dan kali ke dua aku menjumpai pemuda yang sama menagih agar aku beli telefon yang dia pegang. Aku berkata tidak, kerana cages tiada dan menyatakan bahawa barangan yang dijual dijalanan adalah barangan yang tidak tahan dan cepat rosak. Dalam hati aku hampir bercakap bahawa telefon itu barang seludup dan memang tidak lengkap serta merugikan untuk membelinya. PEMUDA itu tidak juga putus asa, dia ekori aku dan anak-anak. Kali ini dia tawar RM 300. Namun aku berjaya menempis pujuk rayu pemuda itu. Pemuda itu berlalu dengan wajah berkerut dan kecewa. Aku melirik ke arah anak2ku, kelihatan wajah mereka kesal dengan tindakan ku kerana kata anak2ku telefon itu berjenama dan punya kamera yang bagus, mempunyai peralatan yang cangih. Masa itu aku tidak hiraukan kata-kata anak-anakku.

Entah mengapa sekali lagi aku terserempak dengan seorang pcik dan anaknya menyapaku dan anak-anak mempromosikan telefon yang sama, kali ini berlaku di Jalan Masak di hadapan kedai menjual tail atau mozek. kebetulan waktu itu kedai baru dibuka dan aku berhasrat ingin membeli mozek tersebut pada masa itu. Bila melihat telefon warna hitam itu aku terus memegang dan memerhati dan mengamatinya. Aku tawar RM 300. Mulanya pacik tu tidak mahu, aku berkeras tawar RM 300 juga, tetapi kemudian fikiran ku agak berubah dan sangsi, lalu melepaskan telefon itu. Anak2 lelakiku mengeluh dengan tindakanku itu. Aku lihat wajah kecewa mereka. Aku tahu mereka sangat teruja untuk memiliki telefon tersebut. Pacik dan anaknya tidak terus beredar tetapi anak pacik itu memandang saya dengan wajah kasihan. lalu tersentuhlah hati saya, apa salah tolong orang ini, walaupun tidak sama suku tetapi bagi Allah manusia sama sahaja. Hati ku mula lembut dan cuba sedaya upayanya menawar dengan harga RM 290. Aku tawar dengan harga demikian kerana telefon itu tiada kotak dan tiada cages. Aku katakan bahawa aku kena membeli lagi cages jika alat pengecas telefon kami di rumah tidak sesuai. Pacik itu akhirnya setuju dengan harga Rm 290. Anak-anak sangat gembira dan mula berebut untuk memegang dan melihat paparan telefon yang berjenama Nokia N96 keluaran China.

Bila sampai di rumah aku dan anak-anak mula menggunakan telefon tersebut. Masukkan sim kad dan cages telefon tersebut. Ya Allah telefon itu tidak boleh digunakan langsung untuk call dan sms. Baru saya terfikir telefon itu tidak terdaftar ke mana-mana cawangan seperti celcom. Aku cuba ke kedai telefon meminta pendapat. Sayang mereka juga tidak dapat memahami kenapa telefon itu tidak berfungsi. Apa yang kami boleh buat dengan telefon tersebut hanyalah digunakan mengambil gambar, bagaimanapun gambar yng di rakam juga kabur seolah berembun kelabu. Nyatalah aku dan anak-anak tertipu. Benarlah bahawa kata hatiku pada masa pertama dan kedua itu benar belaka. Entah kenapa pada kali ke tiga akhirnya aku terpedaya dan membuang secara percuma RM290.

Apabila membaca catatan dalam akhbar BH di Perpustakaan wilayah Keningau petang tadi..aku teringat kembali persitiwa yang aku alami. Rupanya kegiatan jualan telefon tidak berkotak dan tiada cages masih berleluasa di Sabah. Kegiatan ini dilakukan oleh warga asing. mereka amat berani dan sangup menipu. Apa yang diceritakan oleh penulis di BH itu adalah benar belaka kerana akulah bukti penipuan mereka. Semoga paparan dalam laman etuza ini akan memberi impak dan kekuatan kepada yang lain bahawa keyakinan pada diri sendiri itu amat penting dan pertahankanlah agar tidak terpedaya.

Hingga hari ini aku tidak tahu tempat aku simpan telefon ini, aku tidak mahu anak-anak guna telefon ini untuk main game atau ambil gambar. Inilah padanya perbuatan orang yg subahat membeli barangan curi atau seludup. Moga ada hikmah kepada semua dan pengajaran untukku dan anak2.

Salam & terima kasih kerana membaca catatan etuzaWK.

Salam ukuhuwa.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

10 Pesona Kata Hati Mereka:

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
syukran atas perk0ngsian pGalaman..kiranya mmG tak b0leh percaya la jualan jalanan cam nie kan..sy pernah hadapi situasi serupa di R&R pd suatu tika dl, nasib mmG tak punya wang yG byk untuk berfikir panjang mGenainya

Unknown berkata...

Wasalam azrai..
Bila rasa simpati pcik belilah niat nak bantu org2 susah. Pernah juga beli jam setengah jam kemudian kaca penutup jam yg pacik beli tertanggal..pada hari yg sama..malang betul rasanya. Pacik berlari cari org yg jual tu..manalah saya nampak lagi azrai.
macam2 hal dan pengalaman. Hidup ini ada kala manis dan pahit. Rasanya kita lebih matang bila ada kesusahan.Apapun pcik harap kuranglah nanti yg terpedaya. Ini kira kes kacil..

Kamsiah yusoff berkata...

salam.
maaf lama tak berkunjung..pc saya merajuk..ni pun guna laptop anak yg blk bercuti...
saya tak pernah beli hp kat org2 yg datang jual mcm tu..kalau nak beli..beli kat temapt yg sah..bkn apa..kalau rosak ke,ada masalah ke...ada guaranti kad..

Unknown berkata...

wasalam sahabatku kamsiah.
Iya betul apa dikata. nilah dah kena, baru kesal x guna kan. kadangkala terfikir napa saya terpujuk juga...apa daya .tq ingatan.

Abd Razak berkata...

Salam..

Kebiasaan kita sering mencari yang murah tp kadangkali bila hayat barang itu tidak lama seperti yang mahal dan ada qualiti. Saya lebih suka ambik yang mahal sikit daripada mengambil risiko bermacam-macam

Unknown berkata...

wasalam..
nampak Araz lebih berhati-hati..contoh tauladan yg baik.tul apa yang di kata.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam rindu juga dari kami berdua di utara semenanjung ini.... Begitulah kehidupan setiap apa yang berlaku adalah pengajaran buat kita sepaya dilain kali kita lebih berhati-hati....Sama-samalah kita perangi nafsu .... kerana nafsu kita akan gagal dalam hidup.... nak tanya...hadiah yang saya bagi tu dah sampai ke belum....kalau tak sampai nanti saya hantar yang lain la...

Unknown berkata...

Wasalam.
Terima kasih tetap menyokong kami di sabah ni. Betul apa yang saudara alimaz nyatakan. Turutkan nafsu..akibatnya sebegitu jika nafsu tersalah guna..
Oh ya..hari naK bagitau..rasa terima kasih, hadiah tu dah sampai..terima kasih banyak2 ingat nak take gambar hadiah tu.bagitau satu Malaysia..dpt hadiah dari kawan blogger. Indah dalam warna hidupku..yg pertama ku alami. Indah juga dunia maya ini jika kita di landasan yg tepat.

noorafzan.blogspot.com berkata...

salam etuza..
thanks 4 sharing.
memang byk sgt penipuan sekarang ni.

Unknown berkata...

Wasalam nafzan..apa khabar..
Itulah dah kena..ni. Apa nak kata dah berlaku,sudah saya lupakan, tetapi berdarah semula lpas membaca BHarian mengenai hal telefon tak berkotak ni.
Pciklah antara org yg tertipu. Harap hati2 lah ya.