السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tiap insan yang bergelar muslim dan muslimah, tanpa mengira had usia, pangkat dan kuasanya adalah wajib menunaikan solat wajib lima waktu serta sangat dituntut menunaikan amalan solat sunat yang lain. Ketika sihat dan ketika di mana kita wajib menunaikan solat yakni menyembah kepada Allah yang satu sebagai tanda kita membesarkanNya, mengingatiNya dan mengharapkan rahmat dan redhaNya selama kita masih hidup di dunia sementara ini.
Solat yang dilakukan sebelumnya kita membersihkan diri, dan berpakaian elok serta tidak mendedahkan aurat sebagai langkah bersopan di hadapanNya semasa kita sujud tunaikan kewajiban sebagai hambaNya yang tahu bersyukur. Alangkah bahagianya insan yang mampu menjaga solat lima waktu sehari semalam dengan penuh tawaduk dan penuh khyusuk. Alangkah bahagianya rasa hati apabila insan itu tidak punyai hutang berbentuk solat kepada Allah. Alangkah bertuah hambaNya yang sentiasa menjaga kalimah Allah di dalam kalbunya, kerana perbuatan seumpama itu sangat menjadi keutamaanNya dalam diri insan yang bergelar hamba Allah yang beragama Islam.
Sesuatu yang sangat halus, sangat indah serta sangat luar biasa, apabila orang yang mendirikan solat dengan penuh perhatian menjaga solatnya akan terhindar dari sifat-sifat keji dan tercelah seperti sifat sombong dan bongkak. Sifat iri hati dan dendam kesumat dalam dirinya kepada orang lain yang berjaya mengendalikan kehidupan mereka. Sesungguhnya sifat -sifat sombong dan iri hati itu adalah penyakit hati yang akan merosakkan akidah dan jiwa seseorang hambaNya. Selain itu orang yang menjaga solat juga akan terhindar dari sifat amarah dan sifat berdusta. banyak perkara yang akan dirasai nikmat kehidupan ini jika kita tekun menjaga solat kita setiap hari.
Seperkara lagi yang nyata hasil dan fadilat kita menjaga solat ialah kita akan terhindar dari hasutan dan bisikan sayitan laknatullah. Terhindar dari tipu daya yang merosakkan disiplin dan sifat sesorang itu. Kita akan dipayungi oleh rahmat Allah kerana kita sering berdoa kepadaNya selepas solat serta sentiasa berzikir kepada Allah agar kita menempah kebahagiaan dan kemudikan kehidupan ini dengan penuh teratur berdasarkan kasih sayang Allah kepada kita.
Islam mewajibkan solat lima waktu sehari semalam. Jika kita lupakan solat dan lalai hingga terlupa dan terus tidak menunaikan solat ini, pasti Allah akan murka kepada kita.! Allah tidak akan memandang kita malah terlebih dahulu Allah tidak melihat kita sebaik sahaja kita lupakan Allah. Tidak takutkan dosa lalu hingga insan itu bergelemung dengan dosa setiap hari. Allah telah menjanjikan dua alam yang kita akan tuju semasa di akhirat kelak. Iaitu balasan Syurga kepada orang-orang atau hambaNya yang beriman dan balasan Neraka kepada orang-orang yang menyekutukan Allah dan hamba-hambanya yang enggan menunaikan solat terhadap Allah ketika di dunia.
Marilah kita tegakkan solat, dirikanlah dengan penuh ikhlas dan jujur. kerana jika kita sekadar solat kerana tunaikan wajib tetapi tidak sempurna atau tidak khyusuk, maka solat yang kita lakukan adalah sia-sia semata-mata. Orang2 yang solat sentiasa bersih pada tubuh badannya, wajah bercahaya dan menampakkan keimanan yang teguh kepada tuhan. Terpamer kejujurannya dan kelihatan hati budinya serta perasaan kasih sayang yang sangat dalam di dalam diri seseorang yang tekun dan penuh tanggungjawab menjaga solat di siang hari dan di hari malam.
Mendirikan solat akan mampu membersihkan noda hitam ke jiwa, Kita akan datang menunaikan solat dengan jiwa yang bersih, maka Allah akan menerima solat kita dan menjaga kita dari pelbagai musibah. Sungguh banyak fadilat apabila kita menjaga solat. Dengan itu tiada alasan mengapa kita tidak mendirikan solat yakni sujud kepada Allah yang maha besar.Di mana-mana kita harus tunaikan solat sebagai tanggungjawab dan kewaiban kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah telah janjikan kebahagiaan kepada kita di akiharat dengan menempatkan kita ke syurga yang penuh dengan keindahan yang tidak ada di dunia. Sebaliknya juga Allah tempatkan hambaNya yang suka melakukan dosa dalam pelbagai perkara. apakah kita mampu menahan pedihnya azab siksaanNya di neraka. Dalam apa saja keadaan kita semua tidak terhindar dari siksaan api neraka sekiranya kita melakukan dosa kepada Allah dan dosa kepada sesama manusia. ayuhlah perjuangkan hidup kita dengan membesarkan Allah yang esa, berzikir munajat kepada Allah..laksana kita meninggalkan dunia ini pada masa ini, esok dan di masa lain yang hanya Dia yang lebih tahu. Wallahualam.
"Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu tiang agama"
Semoga kita tergolong dari golongan yang di rahmati Allah.
Salam alaika.
6 Pesona Kata Hati Mereka:
salam ziarah..
s0lat tiang agama kan..
tak s0lat satu masalah, da s0lat pun macam2 masalah ley terjadi..m0ga ibadah s0lat kita tidak dilemparkan ke muka kembali di sana nanti
Wasalam azrai..
Betul tu azrai..itu sebab kita teruskan berdoa memohon ampunan dariNya. Kekadang tu tanpa senagja terlihat aurat orang yg tak cukup baju( wanita) masyaallah..solat yg khyusuk pun susah kita nak capai.
Salam..
Solat itu penghulu segala ibadat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT ketika Rasulullah s.a.w dimakrajkan dan juga sekaligus mengangkat darjat solat sebagai ibadat yang terpenting kerana ibadat solat bukan hanya mempunyai nilai rohani, tetapi juga nilai pendidikan, kerana ia bukan sahaja membersihkan dosa, bahkan solat juga mempu mengubah peribadi manusia jika dia mengerjakannya dengan baik dan sempurna.
wasalam ya Araz.
Terima kasih, menghuraikan dengan ringkas namun banyak tersirat. Benar solat boleh membersihkan kotoran di jiwa serta memaniskan akhlak kita hambaNya. Peribadi dan disiplin yg baik akan terbentuk indah. Tq Araz.
Salam saudara2ku.
Solat khyusuk & disiplin masa sangat kita utamakan dalam solat. Belum lagi cara baca..makna tiap ayat quran yg kita lafazkan..hati pula ke mana. Diri ini juga tergolong org2 yang lemah..
Cuma mampu bawa diri mengingatkan.
anak-anak kecil kena bangunkan untuk solat..jemaah.
Asas untuk mereka berdikari sendiri nanti..dalam menuju ke alam dewasa.
Catat Ulasan