Salam sejahtera semua.
Hanya hati dan jiwa sebagaimana milik para nabi anbiah sahaja yang teguh dari hasutan duniawi serta hasutan syaitan yang direjam. Jiwa para nabi junjungan dipelihara olehnya, sebab itu syaitan takut mendekati mereka. Para nabi dan rasul juga diberi keistemewaan dengan adanya mukzijat masing-masing. Alangkah beruntungnya para nabi yang diangkat oleh Allah menjadi rasulNya. Mereka adalah role model yang wajib diikiuti, dipercayai dan di letakkan sebagai insan yang mendorong jiwa kita agar terus hidup dengan menyebut kalimahNya. Tiada henti dan noktah selagi nyawa dikandung badan.
Hati dan jiwa yang dimiliki nabi junjungan Muhammad s.a.w sangat bersih dan suci, hati dan jiwa manusia yang dipilih olehNya agar jauh dari noda hitam akibat hasutan duniawi dan hasutan syaitan yang direjam. Dialah nabi akhir zaman yang sebaik-baik hambaNya yang telah menyebarkan kebenaran dan syiar Islam untuk sejagat. Beruntunglah hambaNya yang memiliki sedikit dari keperibadian nabi junjungan, yang pastinya dia hidup dengan penuh bahagia dan harmoni di dalam lindungan rahmatNya.
Memperkatakan tentang hati dan jiwa, terasa begitu rapuh hati dan jiwaku. Terasa terlalu lemah kerana ada masa dan ketikanya aku lalai dan lupa terhadap tanggungjawab terhadapNya, sedangkan diriku ini merupakan hambaNya yang sangat kerdil. PadaNya kupohon ampun, memohon keampunan dari semua dosa dan Dialah yang maha tahu pada semua yang rahsia dan segala yang nyata.
Hati dan jiwa yang lalai dan lupa akan tangggungjawabnya terhadap Allah akan mudah dihasut oleh kuasa jahat. Akan menerima satu tamparan hebat bahawa hati dan jiwa telah ternoda. Cepatlah sedar dan insaf wahai hati dan jiwa yang lalai dan alpa pada kuasaNya. Takutlah pada dosa yang hanya akan mengundang ke dunia kegelapan dan kesakitan atas siksaNya. Jika hati dan jiwa itu terus hanyut maka hilanglah kesucian hati, tetapi terbitlah hati yang kini gelap dan hitam dengan racun kecurangan terhadapNya.
Katalah apa sahaja bahawa pasti hati yang rapuh dan jiwa yang tidak stabil akan mudah di rasuk oleh gangguan kuasa jahat yang tidak diketahui arah mana dan dari mana. tetapi kita pasti tahu bahawa kejahatan datang mendekati diri jika semuanya tidak ingat padaNya.
Wahai hati dan jiwaku, yang kini berdiri di dalam jasadku, yang kini mewarnakan jasad dan hidupku. Yakinlah pada kuasa Allah, takutlah pada balasanNya akibat amalan buruk yang kau lakukan. Ingatlah betapa pedihnya neraka di akhirat sana. Wahai hati dan jiwa yang telah diganggu oleh kuasa jahat, Zikirkanlah kalimah Allah, bertasbihlah dan lagukan qasidah membesarkan namaNya agar hati dan jiwamu bersih sejernih air di kali. Basahkan hati dan jiwamu dengan air suci wuduk menyelimuti diri. Agar pada jasadku bersinar cahaya iman dan cahaya Islam menjadi tembok yang teguh dari kuasa jahat yakni kejjahatan diri akibat hasutan tipu daya syaitan membisik.
Wahai hati dan jiwa yang hidup ini, tolonglah dengarkan bisikan dan rayuku agar kau kembali ke dalam diriku dalam keadaan bersih dan suci. Jangan ada secalit noda hitam yang kelak akan menjadi racun meracuni seluruh kepingan hatiku. Tolonglah mantapkan zikirrullah dan abadikan kalimah suci Allah disisimu. Nyanyikanlah madah cinta dan kasihmu hanya pada Allah nan satu. Pasti tiada suatupun kuasa buruk mendekatimu, kau bagai di selimuti warna putih yang indah bercahaya. Bahawa jika kuasa jahat itu datang ia akan sirna dan terbakar hangus tidak berdaya oleh tajamnya kalimah dan zikirmu membesarkan Allah, bahawa hanya pada Allah kita takuti, bahawa hanya pada Allah kita berserah dan memohon pertolongan agar hati dan jiwa menjadi kuat untuk berpegang teguh pada kebenaran kuasa Allah. Smoga dengan lafaz ini hati dan jiwaku kini akan terkunci agar tidak kelana melakukan kesilapan dan kealpaan semalam. Amin ya rabbal alamin.
Salam hati dan jiwa yang insaf.
13 Pesona Kata Hati Mereka:
sesungguhnya zikir itu ubat kpd hati. and dpt dekatkan kita kpd Allah :)
salam etuza apa khabar...maaf lama tak menjenguk.....
Salam...
Zikir itu menjaga hubungan kita dengan Allah Azza wa Jalla...
Menghakiskan segala maksiat dalam hati..
thnkz uncle! info mmg menarik zikirlah selalu... thnkz! :)
Amirah.
Pada siapa lagi kita menyerah takkala kita ditimpa musibah. Pada Allah memohon rahmat dan perlindungan. Maka sangat elok kita pada tiap saat membisikkan zikirullah bahawa hati kita amat membesarkan Allah.
Wasalam alimaz.
Alhamdulillah sihat2 saja ni. Samalah kita ni alimaz. Tak apalah buat kerja yang lebih perlu, blog perkara lain. Ada masa yang betul2 sesuai..visitlah saya blogger Sabahan ya.tq
Salam Araz.
Tepat bagai dikata. Allah maha tahu segala kata hati, maka dengan itu kita serahkan hati dan jiwa kita kepada Allah, dia maha tahu apa yang terbuku di hati tiap insan seperti kita. Tq
NIrfan
Kita hanya mampu membuat sedemikian, ingatlah bahawa terlalu banyak perkara yang melalaikan kita, termasuk menghadap PC jika tidak berdisiplin.Insyaallah
salam ziarah..
alangkah indah andai miliki hati yG hidup..bila hati ingat, mulut mula mnyebut, lahirlah peribadi sang hamba yG sejati..
Wasalam azrai.
Zikir bererti ingat dan sebut, biar dihati.Insyaallah. Tq tanpa jemu ke laman pcik ya.
Anak yang bermasalah selalunya mempunyai parents kuat backing anak tanpa usul periksa. Anak2 yang line clear parentsnya selalu bagi kerjasama dgn sekolah. Majoritinya begitu lah...
sentiasa basahkan lidahmu dgn zikrullah...
kemanapun pergi ingatlah Allah mintalah perlindungan denganNya. InsyaAllah selamat.
Catat Ulasan