Pensyarah ( En. Zaiedi ) sedang memeriksa
buku rekod mengajar guru pelatih di PSS.
Tengok buku yang harus disediakan ni, dokumentasi
dari guru pelatih kita.
Mengabadikan nostalgia bersama Etuza, pensyarah
& guru pelatih di PSS
Komen tetap komen, mana yang baik tu
terima sajalah siti, khai hehe! tengoklah
pensyarah tu beri teguran positif, bagus2
Etuza dulu lalui semua ini tau!.haha.
Salam sejahtera.
Lama juga tidak buat catatan baru di laman ini. Nampak bersawang rasanya bila lama tidak membuka pintu rumah EWWK. Untuk tidak menghampakan pembaca ( hehe adakah peminat etuza ni, rasa naif sangat ) maka petang ini saya mahu kongsikan nostalgia saya bersama Pensyarah dari IPGM Kampus Keningau dan dua orang guru pelatih juga dari IPGM Kampus Keningau, Sabah.
Dua orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Keguruan Malaysia, Kampus Keningau telah dihantar datang Latihan Mengajar selama empat minggu di SKPK tempat etuza mengajar. Mereka itu ialah Cik Siti Zainon Termin dan Kharil Anuar Mohd Junaidi. Mereka mengambil Sains untuk diajar yang masing-masing dalam kelas tahun dua dan kelas tahun empat. Pihak pentadbir telah memberi mandat dan amanah kepada saya untuk menjadi Guru Pembimbing mereka berdua. Rasa tercabar juga dengan tugas ini, bukan mudah untuk memberi bimbingan dengan mereka yang mengambil bidang sains dan Bahasa Inggeris. Oleh kerana saya punyai pengalaman yang ada saya terima juga cabaran untuk membimbing mereka.
Kadang kala bila membimbing orang yang baru bergiat dalam bidang guru ini, kita nampak banyak kelemahan yang ada pada sesetangah guru pelatih. Sebab itu saya katakan bahawa Profession Keguruan Bukan Perkara yang Mudah tetapi sebenarnya mencabar dan banyak perkara harus ditempuhi demi melepasi piawaian kreteria penilaian yang telah digariskan. Pada hari rabu minggu ini saya dan tuan pensyarah dari IPGM EN. Zaieddi Shahadan telah membuat penyeliaan bersama kepada dua guru ini. Memang nampak perbezaan pada kedua-duanya dari segi markah keseluruhan. Tugasan yang sama iaitu mengajar secara realiti dalam kelas saya selaku guru pembimbing nampak kelemahan yang perlu dibaiki. Saya telah jalankan tugas sebaik mungkin.
Tengoklah berapa banyak kerja yang perlu disediakan oleh seorang bakal guru kepada anak bangsa kita. Ingat mudah ke? hanya orang2 yang benar2 minat pada kerjaya guru dapat menyediakan tugasan sebegini berat. Dalam gambar di atas itu, selain kena selia ( observe) guru pelatih harus sediakan 1. Fail HSP sukatan pelajaran. 2. Buku ringkasan mengajar. 3. Kit BBM. 4. Folio. Tidak hairanlah jika saya pernah mendengar ada guru pelatih yang gagal dalam menghadapi latihan mengajar. Namun bagi dua guru di bawah bimbingan saya Cik Siti Zainon dan En. Khairil Anuar, mereka berjaya menghadapi tugasan ini dengan baik. walaupun markah jelas berbeza tetapi nampak kejayaan dan kometmen yang mereka tunjukkan. Selain mengajar mereka juga diuji oleh sekolah dalam menyandang beberapa tugasan dalam membantu pihak sekolah menjayakan majlis dan aktiviti Ko-Kurikulum. Saya secara ikhlas mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru pelatih ini. Saya mohon maaf jika ada kesalahan selama memberi bimbingan.
Salam satu perkongsian.
12 Pesona Kata Hati Mereka:
Wah...teringat kesibukan masa sy d maktab Tawau dulu...heeee... :)
Tq Jalifah anda yang first memberi ulasan. Iyalah time LM sibuk bah tu..hari2 menulis lesson plan mana tak penat, tugas bantu sekolah lagi. Apapun sekarang dah jadi guru sebenar..hehe lagilah SIBUK memanjang ..hehe..sabar jalah ya.
Salam
saya pun jadi guru pembimbing jugak di sekolah saya kepada guru pelatih dari UPSI ....komen tetapa komen...tapi komen membina...kang terencat pulak cikgu2 pelatih ni...ohhh susahnya jadi cikgu...baru tau kan! realiti tugas guru macamana....
Salam sonata anak kancil.
Realiti tugas guru..hemmm! banyak kerja..memang ada masa buzy. Apapun kalau nawaitu ikhlas nak mendidik dan celik pandaikan anak2 murid. Insyaallah Allah mudahkan kerja kita. Sesibuk manapun kita relex dan tak tension buat kerja. Ha! kalau rasa kerja ringan tu berat akan beratlah adinya tu cikgu. Insyaallah.
zai tengok jiran yang jadik guru...petang baru balik keja...dah mcm keja kat opis plak...adik zai pun sama...ngajar pendidikan khas...dia kata banyak keja...
paci.. chatbox sudah buang ka?
Salam zaidah.
Yup! biasanya macam itulah..macam2 ada guru sekarang ni. Mesyuarat berlambak, aktiviti kena jalan. Semuanya bertujuan kecemerlangan akademik anak2 lah tu. Hemm! gaji mana yang ada tu terma sajalah. Setimpal juga tu...
Salam asrafi.
Ada tu paling tepi di kanan klik buku tamu. keluar lah tu..ada blogger ajar apiez..hehe kuranglah semak blog pcik ni. Dulu warna warni konon nak cantik tapi last2 saya macam boring nampak.
Tq
salam uncle.
betul tu. jd guru ni mmg tak semudah yg disangka. sbb ibu mira pn cikgu. hari2 tgk dye penat balik sekolah. byk keje kene buat. tp guru ni pekerjaan yg mulia. sbb dye mendidik anak2 murid dye utk berjaya :)
salam ziarah..
huhu..baca entry ni teringat keluhan, kisah rakan2 sy sepanjang mereka berpraktikum sebagai guru pelatih..mmG sibuk abis la..
benar la..bukan mudah bertindak sebagai pendidik agaknya..
apa yG lebih utama, diri sendiri perlu dididik terlebih dahulu..
Wasal azrai.
Macam itulah rutin haraian guru pelatih. memang sibuk mereka tu. Namun lepas tu kira oklah azrai. Tugas lain pula situasi. Betul apa azrai kata tu.
teringat pula zaman2 maktab dulu...memang banyak kerja. berat pun berkilo2 drop.
Catat Ulasan