Dalam hal ini, Islam telah memberikan suatu tunjuk ajar apabila Rasulullah SAW sebagai ‘role model’ sendiri tidak betah berada dalam ‘comfort zone.’ Nabi Muhammad SAW hakikatnya adalah anak orang bangsawan dan hartawan. Baginda adalah berketurunan Bani Hasyim yang menjaga kepentingan Kota Mekah. Pendeknya, jika mahu maka nabi boleh sahaja duduk dalam keadaan selesa dan menanti semuanya datang ke riba.
Namun, Allah SWT menentukan perjalanan sang nabi. Sejak dalam kandungan lagi nabi sudah kehilangan ayahnya, Abdullah. Baginda telah dititipkan kepada Halimatussa’adiah, ibu susuan di pedalaman kira-kira lima tahun. Kemudian, baharu sahaja mahu bermanja dengan Aminah, ibunya pula dijemput Allah. Datuk nabi Abdul Mutallib juga tidak lama menjaganya, sebelum nabi dititipkan pula kepada Abu Talib, salah seorang anaknya yang paling ramai anak dan tidak pula kaya.
Bersama Abu Talib yang kurang berharta, Nabi Muhammad SAW kemudiannya dibawa berdagang ke Syam. Kemudian, saat remaja Nabi Muhammad SAW juga mengambil upah mengembala kambing milik penduduk Mekah bagi meringankan beban bapa saudaranya. Kemuncak kerjaya nabi ialah apabila baginda membawa barang-barangan dagangan milik Khadijah dan membawa pulang untung yang banyak bersama-sama Maisara.
Ini semua apa? Tidak lain tidak bukan, nabi sudah belajar mengurus diri dan termasuklah mengurus harta sejak kecil lagi. Pedoman inilah yang perlu kita terapkan dalam pendidikan kita kepada anak-anak. Bahawa, harta wajib diurus dengan baik. Harta perlu dijaga dengan amanah dan jika perlu, harta hendaklah dikembangkan lagi agar mendatangkan manfaat kepada pemiliknya. Dan seperkara yang sangat penting, tiada istilah ‘comfort zone’ dalam kehidupan. Seorang manusia harus sentiasa mencari yang terbaik dan untuk menjadi yang terbaik, mereka harus berani mendepani perubahan.
Tanpa prejudis walau sebesar zarah, suka dinyatakan di sini bahawa dalam dunia hari ini, ada anak-anak yang agak mewah kehidupannya, maka mereka cenderung untuk bersikap tidak prihatin dengan harta. Mereka kadang-kala enggan mengambil kisah, bagaimana harta itu diperolehi. Mereka hanya tahu, keperluan diri sudah dipenuhi. Wang saku diberi setiap hari. Keperluan berekreasi dipenuhi dan sering pula dibawa ke merata negara di dunia untuk bercuti.
Sewajarnya, anak-anak harus dididik bahawa setiap sen yang diberikan kepada mereka itu, diperolehi dengan susah-payah. Mungkin tidak sesusah ibu bapa kita dahulu meredah denai menoreh getah atau membanting tulang membuat sawah; namu ia tetap susah. Betapa susahnya bagi ibu bapa hari ini di Bandar besar, sehingga mereka perlu berhemah dalam berbelanja kerana segala-galanya memerlukan bajet yang besar juga.
Susahnya ibu bapa di bandar termasuklah dalam urusan mencari kerja yang halal dan berimbuhan lumayan. Persaingan mengisi ruang pekerjaan bukanlah semudah membeli akhbar di toko buku. Susahnya mencari pekerjaan adalah seperti susahnya lulus sebuah peperiksaan.
Kemudian, kesusahan di alam pekerjaan juga adalah pelbagai. Bukan mudah untuk bangun di awal pagi setiap hari, harus keluar rumah lebih awal agar tidak terperangkap dalam ‘traffic jam’, harus dapat warna hitam saat kad perakam waktu diketik atau kad pekerja disentuh pada alat pengimbas, harus mematuhi ‘dead line’ menghantar tugasan, harus cekap menyiapkan kerja dan menghasilkan laporan, mesti mencapai sasaran kerja dan sebagainya lagi. Maknanya hanya satu, iaitu susahnya bagi ibu bapa di bandar besar mencari rezeki.
Apabila anak-anak didedahkan, bahawa setiap sen yang dihulurkan itu adalah mewakili setetes peluh si ibu atau bapa, maka baharulah timbulnya sayang untuk mereka menghabiskannya begitu sahaja tanpa memberikan faedah yang berganda. Pasti mereka berfikir dua kali, untuk memberikannya kepada pemilik kafe siber kerana itulah ‘titik peluh’ ibu bapa. Pasti juga mereka terfikir beberapa kali untuk membeli rokok dan menghisapnya sambil berangan-angan kosong di belakang bangunan, kerana yang dibakar itulah juga ‘kasih-sayang’ yang dititipkan oleh ibu bapa.
Kesimpulannya, inilah sedikit cetusan untuk kita memberikan peringatan tentang mengurus harta kepada anak-anak. Bukanlah untuk berkira-kira dengan mereka, sekadar untuk mengingatkan bahawa itu semua adalah amanah yang wajib dijaga di sisi Allah SWT. Wallahua’lam.
10 Pesona Kata Hati Mereka:
salam ziarah pakcik..
setuju sepenuhnya dengan tulisan ini..walaupun ibubapa mampu sekalipun, usahlah dimanjakan anak sehingga mendapat apa sahaja yG diinginkan...
ingat..harta itu tidak kekal lama..
sejauh mana mereka dapat hidup berdikari andai nikmat itu hilang suatu masa nanti?
Salam...
Harta yang dikurniakan Allah Taala kepada setiap insan yang bernyawa merupakan satu amanah. Ia perlu diuruskan dengan sebaiknya dan setiap pemilik harta perlu memastikan segala hartanya akan dapat diwarisi oleh waris-warisnya dengan seadilnya selepas kematiannya.
Amanah ini nanti akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berganjak kaki seseorang hamba itu di Padang Mahsyar pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan: tentang umurnya dimanakah dihabiskan, tentang zaman mudanya bagaimanakah digunakan, tentang hartanya bagaimanakah diperolehi serta bagaimana digunakan dan tentang ilmunya apakah yang diamalkan dengannya"- Riwayat Tarmizi.
salam..
anak2 yg mendapat sesuatu dgn mudah..jarang menghargainya...tp jika susah utk mendapatkannya,kena keluar duit sendiri...kena kumpul duit terlebih dahulu..baru dia org faham dan lbh menghargainya....justeru..jika anak2 meminta sesuatu(yg tidak mustahak)...jgn terus memberinya walaupun mak ayah mampu..biarkan dia org 'rasa ' sedikit kepayahan...
Wasalam Azrai.
Catatan ini pcik copy paste saja dari laman Ustaz Hamizul Abdul Hamid. Pcik rasa terlalu penting untuk pcik sendiri baca dan membaca berulang kali. Pcik belum pernah nampak catatan berbunyi macam ini"didik anak urus harta" pcik rasa banyak manfaat catatan ustaz ini. Terima kasih pada Azrai atas pendapat yang pcik kira amat memberi pacik & semua kekuatan dan semangat agar berhati2 pada jalan yang baik mendidik anak2.
Tahniah juga kerana azrai yang pertama beri ulasan.Ulasan azrai untuk ustaz hamizul juga.
Wasalam Araz.
Saya copy paste saja n3 ini dari laman Ustaz Hamizul juga asal dari Sarawak ya.
Terima kasih kerana masih sudi beri ulasan.Saya terharu dan sangat senang dengan ulasan2 Araz. Menambah kesedaran dan pengetahuan kepada perkara yang belum saya ketahui. Syukran moga saya tidak gunakan 4 perkara ke arah kesesatan.Amin
Wasalam Kamsiah.
Alhamdulillah..ulasan kam menyuntik semangat pada saya agar suatu masa dan bila2 masa akan berhati2 dengan setiap keinginan anak2 kami. Rupanya bukan mudah bila ramai anak2 perlu kuat dan sabar. 7 kepala maka 7 lah karenahnya.
Insyaallah akan beri mereka harta berupa ilmu dengan cara apa sekalipun.
Tq sudi mengulas.
erm setuju.. anak2 kecik harus diajar belajar menabung pun bagus... :-)
thnkz! uncle! mmg info yg menarik.. lps ni sy kena menabunglah nmpknye... hehe :)
Salam
Zik & Nirfan. Insyaallah teruskan usaha yg baik untuk masa depan. Kita kena menggembirakan hati ibubapa.Insyaallah berkat.
Anak2 pcik juga harus ikut contoh zik irfan menabung ni.
mne uncle etuza ni? tgh dok tunggu entry2 bru dr uncle ni...
Catat Ulasan