Syukran dan alhamdulillah dalam hati terucap kata-kata keramat ini. Syukran dan alhamdulullah diucapkan bermakna tertunai, terlaksana dan selesai serta dikabulkan niat nian dihati oleh Allah yang esa. Syukran dan alhamdulullah adalah ucapan keramat yang cukup sinonim dengan mereka yang tahu menghargai nikmat serta rezeki yang Allah berikan. Selain itu syukran dan alhamdulillah adalah kalimah yang merujuk kepada kebesaran Allah yang hanya terucap dibibir orang-orang muslim dan muslimah.
Hari ini akulah hambaNya yang paling gembira atas kurniaNya melimpahkan masa dan tenaga bagiku agar dapat mengerjakan sesuatu yang bermanfaat untuk semua di tempat kerjaku. Niat sudah terlaksana, bebrapa hasrat sudah tertunai, yang pastinya semuanya menjadi atas kehendakNya, atas kasih sayangNya pada hambanya yang sangat memohon agar dibantu dari segi idea, ilham dan daya tenaga agar dapat menyelesaikan satu kerja yang ringan tetapi jika difikirkan kerja itu berat dan payah dilakukan bagi orang yang tidak pernah melakukannya seperti aku.
Aku bukan tidak berusaha untuk memohon bantuan mana-mana yang sudi, aku tahu semuanya boleh datang memberi pertolongan, tetapi aku malu untuk menyatakan hasratku, bahawa kerja seumpama itu tidaklah memerlukan tenaga yang banyak, cukup dua atau tiga tetapi perlulah yang ada pengalaman. Aku rasa perlu dipercepatkan agar nantinya siapa yang datang ke tempat itu akan merasa selamat dan selesa datang berkunjung. Malah sudah bertahun disimpan teguran dri pihak atasan bahawa perlu dibuat jalan yang elok agar dapat mengelakkan terjatuh jika licin permukaan tanah. Hari ini pada petang jumaat aku nekad mohon bantuan dari saudara ipar membantu menyemin jalan ke tandas guru lelaki dan guru wanita. Kecik saja jalan tu, simen bertangga selang tiga tingkat pada tandas lelaki dan simen rata dan landai ke tandas wanita. Nazir sudah menegur sekolah agar perlu disimen katanya, namun belum terlaksana, seingat saya sejak 2008. Singgah di rumah ipar..alamak dia ke pekan Keningau, aku silapkah beritahu pagi-pagi hari ini, bahawa pesanku agar dapat bantu menyemin tangga itu. Rasanya aku pesan petang lepas jumaat atau aku kah yang silap cakap...arh!!.
Aku teringat kawan yang baik Mohammad Osman bapa kepada salah seorang muridku lalu aku call terus. Oyes! katanya boleh datang nanti bantu. Ring hanponeku berdering "ala minta maaf tidak dapat datang bantu mahu jaga anak cucu seorang ni, ibunya ke Pekan Keningau". Frustnya bukan main..masa ini saya dah mula mengangkat batu pasir sebanyak dua kali dan dapat dua karung batu pasir. Adui pinggang beratnya batu pasir tu. Tak puas hati, call lagi kawan yang cukup baik dengan aku Nasrin. Alamak dia di pekan Keningau juga katanya.
Sekali lagi aku kecewa sangat. Siapalah yang bantu aku ni, aku nak call kawan-kawan guru terlalu berat rasanya, mulanya kerja ini aku kira minta bantuan guru pelatih, terutama Adi, tetapi rupanya sabtu ( esok) 10.4.2010 sekolah saya ada kelas gantian, lainlah pula jika kami buat kerja menyemin yang lainnya mengajar di dalam kelas. Akhirnya aku bagitau Adi bahawa aku bawa ipar saja dan anak buah buat, bukannya besar nak disimen tu kecik saja. Ha! aku cakap macam itu sebab ipar dan setuju bantu sekolah. Adi tersenyum merasa lega kerana esok berkemungkinan guru pelatih akan diselia oleh pensyarah atau guru pembimbing. Manalah tahukan....
Dalam benakku mencari lagi kawan paling dekat untuk membantu, aku ingat tukang kebun saudara Fian. Terus aku call penuh sopan dan mengharap. Aku merayu dia datang agar dapat bantu cara atau keadaan tangganya macamana, tidak payahlah bantu untuk kuar simen jika sibuk. Frust lagi rupanya dia juga tidak dapat datang katanya dia sedang tunggu kawan atau bos rela datang ke kampung mereka. Ya Allah hatiku berbisik semua orang sibuk ni..siapalah nak bantu aku ni?. Lalu aku lapangkan dada seraya berbisik " Ya Allah bantulah aku dalam membuat kerja ini, ini tempat orang bukan aku seorang yang menggunanya, jika aku buat tidak sempurna atau buruk amatlah aku malu..ya Allah hanya padaMu aku mohon agar aku tidak takut membuat kerja ini,agar aku beranikan diri dan tercapailah niat ikhlasku ini, kerana aku kini telah memulakan kerja ini tanpa bantuan dari kawan-kawan yang aku sudah hubungi. tolonglah aku ya Allah" panjang juga doaku itu, kerana masa itu aku rasa seperti berdebar dan takut hingga petang menjelang maghrib aku tidak akan siap menyemin anak tangga ke tandas guru lelaki dan menyemin rata dan landai ke tandas guru wanita.
Tiba-tiba muncul anak buah saya bernama Ahmad Jubair berusia 16 tahun dan tingkatan 4 dibelakang aku. Ya Allah inikah orang yang Engkau ilhamkan agar dapat membantu aku. Syukran dan alhamdulillah sungguh luar biasa kuasa Allah. Hati ku cukup tenteram dengan kehadirannya..kami bersama - sama membuat penyimenan anak tangga itu selepas aku membentuk anak tangga dengan menggunakan papan dan pacakkan kayu kecil agar papan itu tidak jatuh semasa dituang simen. aku dan Ahmad Jubair mengangat batu pasir lagi dan seguni simen kami gunakan. Semasa kuar simen untuk sebatikan simen dan batu pasir penatnya tak terhingga peluh mencurah tetapi aku sangat gembira. Sepanjang aku membuat kerja ini tak henti nama Allah ku zikirkan dalam hati, minta agar aku tenang dan relex sahaja. Memang banyak kegusaranku petang hari ini pada jam 2.00 petang aku mulakan kerja, gusar jika hujan lebat turun kerana nampak mendung di awan, kedua takut simen tak menjadi dan menjadi bahan ketawa. Iya aku rasa macam itu, kerana inilah pengalaman yang aku seorang sahaja membuat penyeminan tersebut. Takut salah dan buruk nantinya.
Kemudian azan bergema..aik baru jam tiga lebih pula..kerja kami hampir siap ni. Sekali lagi aku bersyukur pada Allah, hujan tak turun nampaknya dan akhirnya kerja penyeminan itu selesai tepat am 4.20 petang. Pada malam ini, mungkin simen itu dah keras dan semoga esok boleh dipijak, pastinya yang memijak ke anak tangga ke tandas guru itu bukan aku, tetapi kawan2 saya yang selalu awal datang ke sekolah.
Syukran dan alhamdulillah, rupanya bila kita yakin dan berani kemudian kita tenang dan tidak gelabah pasti kerja yang kita lakukan itu akan selesai dengan mudah sahaja, aku rasakan keadaan itu petang ini. Di mana petang jumaat ini aku nekad bertindak untuk menyemin depan tandas guru ekoran sudah terlalu lama diperkatakan agar di simen tetapi tidak terlaksana. Kebetulan aku dilantik ketua keceriaan, maka aku cukup nekad memandangkan bahan batu pasir sudah ada dan simen 2 karung juga sudah ada. Segalanya terlaksana, alhamdulillah, alhamdulillah, alahmdulillah syukur nikmatMu ya Allah.
Tanda kesyukuranku.
4 Pesona Kata Hati Mereka:
salam..
semoga usaha yg ikhlas...memberi keberkatan ...
pasti murid2 cikgu amat berbangga mempunyai guru seperti cikgu
alhamdulillah. kalau apa yang kita buat niat kerana Allah, insyaallah akan selesai dgn sempurna :)
Wasalam
Kpda Mirah & kamsiah.
Terima kasih atas sokngan mira dan kamsiah ni. Sekuang-kurang ada orang lain yang nampak keikhlasan saya itu.Itulah yg kita perlu amalkan dengan berserah penuh pada kuasaNya agar dapat mendapat satu rasa keyakinan & seolahkita dilaskan masa dan diberi daya fikir lalu melaksanakannya dengan tenang tanpagelabah. Alhamdulilah. Amin
ralat
diluaskan masa / tanpa gelabah.( malas nak padam )
Catat Ulasan