Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 7 April 2010

Doa semoga Allah kabulkan. Amin

Doa ringkas selepas solat


Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

Amirah Rashid berkata...

salam. thanks sbb post doa2 ni :)
betul2 berguna & membantu :)

Unknown berkata...

Wasalam mira.
Amalkan juga baca 3 x ayat kerusi dan selawat ke atas nabi sebelum tidur tu. Insyaallah jika yakin pasti dilindungiNya. Amin

Unknown berkata...

Salam semua.
Dengan kalimah bassmillah sekalipun..jika kita benar2 yakin kuasa Allah kita akan dijauhi bala musibah. Ingatlah kita di mana-mana akan di ganggu oleh bisik kejahatan. Mintalah perlindungan dariNya. Pohonlah rahmat dan semat kalimah dan zikir nama Allah walau di mana berada.

NAB's Gallery berkata...

Terima kasih pakcik atas doa-doa ni...akan saya amalkan, InsyaAllah. :)

MF berkata...

Salam.
Amin.. Jzkk perkongsiannya..

Unknown berkata...

THNKZ POST DOA2 ni! mmg berguna untuk kami semua... semoga trus berjaya uncle!!! :)

Zikri Husaini berkata...

terima kasih diatas perkongsian doa ini pakcik... :-)