Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 7 April 2010

Sekitar kem motivasi fasa 1 SKPK ( dimana ada kemahuan disitu ada jalan)

Cikgu Ranger..masih sakit tekak ke tu?

Bengkel ibubapa, apakah peranan ibubapa
dalam menjana kecemerlangan anak2

Cg Keflly memberi penerangan soalan format
UPSR ( Bahasa Melayu)

Aik sempat pula senyum masa makan tengahari
hehe!

Cg Adi memang best! ustaz orang kuat SKPK
juga tu..hehe

Penceramah Jemputan dari Institut Perguruan
Malaysia kampus Keningau Pn. Rozie Gitang.

Cik Nurhayati Wasimin tersenyum menerima
cenderahati dari SKPK sebaik selesai menyampaikan
ceramah motivasi. Tahniah!

Guru besar, penolong kanan 1 dan Pk Hem
very sporting.

En. Garipin Elid ( GB) sedang berucap.

Pengacara yang tersenyum tu Cik Siti Zainon Termin
mujur ada orang muda membantu.

Pagi hari ini SKPK tempat saya bertugas sekali lagi untuk julung kalinya berjaya mengendalikan majlis rasmi Kem Motivasi Fasa 1 yang melibatkan murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6. Sekitar jam 7.50 pagi sehingga jam 1.30 petang majlis ini dijalankan dengan lancar sekali. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua AJK pengendali kem motivasi ini yang dipengerusikan oleh Pn. Beatric Marcus selaku penolong kanan Hem di SKPK.

Dua orang jemputan khas menyampaikan ceramah motivasi kepada murid iaitu merupakan bekas murid SKPK iaitu bakal guru tidak lama lagi iaitu Cik Nurhayati Wasimin yang kini berumur 24 tahun. Manakala jemputan khas bagi ceramah keibubapaan ialah Pn. Rozie Gitang yang merupakan Kaunselar di IPGM Kampus Keningau. Kedua-dua penceramah jemputan ini nampaknya berjaya menyampaikan ceramah dengan baik sekali. Semua murid dan ibubapa yang menjadi sasaran sebagai pelanggan dari kem Motivasi ini menampakkan kerjasama yang sangat baik. Memberi perhatian dan mendengar ceramah hingga berakhir pada jam 11. 00 pagi. Pengisian pada jam 11. 40 - 1.30 petang adalah slot bengel ibubapa dan bengkel murid SKPK dengan dikendalikan oleh Ustaz Salleh Hudin Rusinin dan En. Dominic Gasan.

Diharap murid khusnya calon UPSR SKPK 2010 mendapat sentuhan motivasi dan keyakinan diri sepanjang majlis motivasi ini dijalankan. Sekurang-kurang mereka mendapat manfaat dan tahu hala tuju untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang. Insyaallah.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

Abd Razak berkata...

Salam..

Moga usaha cikgu ni membuahkan hasil

Unknown berkata...

Wasalam Araz.
Insyaallah..kita bagi sokongan moral pada anak2 murid. Harap adalah usaha mereka juga. Ibubapa kena mainkan peranan yang berterusan, baru berkat anak boleh jauh dalam bidang akademik.
Tq & syukran

Ustaz Abu Miftah berkata...

salam. tahniah kpd semua yg terlibat menjayakan Kem Motivasi fasa pertama SKPK.. biar apa kata orang, yang penting kiranya kita bersatu, kita akan MAMPU melakukan dan meraih sesuatu...

Unknown berkata...

Wasalam ustaz.
Yup ! insyaallah semoga harapan dimakbulkan..untuk kemajuan umat muhammad nabi akhir zaman.

Amirah Rashid berkata...

salam :)
wahh. uncle jd pengacara majlis eh?
best2 :D

Unknown berkata...

Wasalam amirah.
Selalu jadi pengacara, nak tolak susah, ada pelapis..entahlah mereka kekadang terus lantik saja...pcik buatlah mana-mana mampu. Biasanya kalau muda2 ambil alih bagus juga sebab murid2 dah biasa sangat dengan pcik ni...hehe..

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
jenguk2 pic sekitar kem motivasi =)
m0ga program ni berjaya menaikkan semangat bukan sahaja pelajar, malah ibubapa jg dalam membimbing kejayaan anak2 bangsa...ameEn