Haziq...besarnya lampam jawa ni
Afif..macam takut2 saja tu, hehe!
Jubair dan Haziq..besar tak ikan air tawar ni?
Salam sejahtera semua.
Alamak! terasa rindu sangat hendak membuat n3 baru ke laman EWWK, agak sibuk dengan kerjaya dan rutin harian keluarga maka terstak seketika. Namun saya tetap mengambil ruang masa meziarahi laman kawan-kawan blogger khususnya blog mereka yang menjadi kegemaranku. Untuk n3 laman EWWK tidak dapat pula saya berkesempatan mencatat sesuatu untuk dimanfaatkan bersama.
Hari minggu yang lalu bersamaan 4hb 04.2010 saudara ipar dari Taman Jutaya 2 datang menziarahi kami. Mama merancang hendak membawa bapa mentua dan ipar untuk menangkap ikan di kolam di hujung kebun kami. Nampaknya ikan-ikan yang bersaiz besar menjadi pilihan utama. Kalau di jual di pekan Keningau pasti berebut orang hendak membeli ikan air tawar dan ikan lampam jawa ini. Tengoklah gambar ikan yang dapat ditangkap.
Inilah hasil jika kita berbudi pada tanah dan memelihara ikan, dapat jimat kos beli ikan di pasar. Seekor ikan air tawar tersebut boleh dijadikan lauk seisi keluarga. Untuk keluarga saya mama memang suka menyediakan lauk ikan ini dengan cara gulai ikan yakni berkuah dengan perencah istemewa.
Rasanya gambar ikan ini akan menjadi kenangan kepada kami, kerana selama memelihara ikan di kolam kurang setahun inilah saiz ikan yang paling besar pernah kami tangkap. Anak-anak serta anak-anak buah sangat gembira menyentuh ikan-ikan ini. Pada gambar ini kelihatan mereka merasa seronok memegang ikan air tawar tersebut. Bagaimanapn saya tidak dapat bersama mereka menangkap ikan ini, pada hari itu saya menghantar anak-anak balik ke asrama pada hari minggu. Mereka yang terlibat menangkap ikan di kolam ialah Johari, Jubair, Haziq dan bapa mentua lelaki. Kalau saya ada waktu itu haha! mesti ada gambar penuh dengan lumpur...
Salam Ukuhuwa.
8 Pesona Kata Hati Mereka:
salam uncle. besarnye ikan2 tu. ikan ape tu?
ikan air tawar ni mmg sedap. Sy adalah salah sorang penggemar ikan air tawar.
Tu sebab..ayah sy membina kolam utk ikan2 air tawar. Senang anak cucu nak makan..hhe
Salam amirah.
Oh yang atas tu ikan lampam jawa, ala-ala ikan patin tu. yang afif pegang tu ikan Talapiah biasa kami panggil ikan air tawar. Besar tak? hehe!
Yup betul tu alona. Memang sedap sup hemm! dua kali ambil nasi.
Bapa mentua bagi makan cara bersistem..tak sampai setahun dah besar2.
Saya ada juga syorkan agar pi jal di pekan. Hehe dia kita, kita nak makan juga nak rasa ikan original..hehe best tul bapa mentua saya tu tau!.
Salam...
Maaf..saya tak bepa pandai makan ikan air tawar..:)
Puas sudah mencuba tapi enggak bisa masuk bah..
Wasalam.. Araz.
Gambar baru Araz. Nampak aura muslimnya tu. Alhamdulillah nampak jelas Araz..seorang yang baik dan sopan.
Oh iyakah...ikan kurubuk dari Sarawak selalu kawan sekerja bagi, hemm kek lapis sarawak juga ada makan. Tak apa Araz x sesuailah tu...saya lahir di kampung sejak kecil makan ikan sungai. Terima kasih masih sudi tag n3 ke laman etuza ni.
mmg besar :D uncle mmg suka memancing eh? :)
Zaman muda2 dulu paling suka..memancing, anak2 pula yang suka . Makan lauk ikan suka sangat ni mirah.
Ikan di kolam kami saja tu..masuk ke dalam kolam tangkap pakai alat, lumpur dalam.Yup memang terkejut nampak ikan n ipar saya yg tangkap..ni.
Catat Ulasan