Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 2 April 2010

Terasa masa begitu pantas berlalu, mengapa demikian perinya?

Al-Fatiha untuk arwah Din Beramboi
( Allah lebih sayang pada dia, semoga di
tempatkan di sisi orang2 beriman)
Salam sejahtera semua.

Saya bukanlah seorang yang sangat sempurna hingga menjadi seorang yang berlagak mengucapkan kata-kata bertemakan masa dengan menghuraikan kaitan masa dengan apa yang saya rasakan kini. Saya bukan punya apa-apa melainkan memohon agar sudilah membaca dan mencuba memahami sejauh mana kebenaran pada bicara saya pada petang 02.04.2010 bersamaan hari Jumaat yang indah bercahaya. Secara ringkasnya info tak sepertinya ini ibarat musahabah diri seorang kelana blogger. Terima kasih.

" Cepat sangat masa berlalu, dulu kurang rasa macam ini, saya rasa macam lama sangat nak habis setahun itu tau!, tapi sekarang pejam celik dah hujung tahun..nampaknya tidak lama lagi peperiksaan SPM, PMR, UPSR tahun in."

" Iyalah bapa, ustaz kami di sekolahpun kata macam itu, terasa sangat singkat masa berlalu..setahun macam sekejap saja."

" Oh..guru-guru kamu juga kata macam tu Bibah, inilah petanda akhir zaman...kita tidak boleh berlengah2 dan bersenang-senang saja..harus kejar masa berusaha gigih."

Inilah kata-kata saya selaku ayah kepada anak-anak yang baru balik dari Asrama petang kelmarin. Saya mengagak anak-anak kami tu faham akan maksud saya berbicara tentang masa dan menghubungkaitkan dengan perihal peperiksaan besar yang anak-anak kami akan lalui tidak lama lagi.

Teringatlah saya pada usia kita, kehidupan kita yang kian bertambah dari masa ke semasa. Dalam kita hidup penuh gembira ini, usah kita semua lupa bahawa bila-bila masa kita
akan di panggil menyahut seruan Ilahi iaitu " kematian". Sesungguhnya hidup kita, ajal dan maut kita telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Sebagai hambaNya yang masih hidup marilah kita pergiatkan usaha mengkukuhkan iman dan keyakinan pada kuasa Allah.

Usah dipandng bahawa hayat kita di dunia ini masih jauh dan masa atau umur dunia ini masih lama hingga kita lupa pada kewajiban pada sang Ilahi. Selalulah kita mengingati bahawa " Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian. kecuali orang-orang yang benar-benar beriman"

Rujuklah masa kita hidup, rasakan bahawa masa setahun itu terlalu singkat rasanya pada abad sekarang ini. Jika begitulah perinya, sudah tentu kita tidak dapat sepenuhnya merealisasikan impian kita atau azam kita sempena 2010 ini. Ini disebabkan kita sangat kekurangan masa. Pada yang membaca maklumat baru saya ini, lihat pada jam tangan atau jam di diding rumah, rasakan bahawa kadang-kadang kita berkata tanpa sedar, " eh! sudah jam 2.30 pula kan..ingatkan baru jam 12 tengahari." Pernah kah anda berkata seperti ini?, kalau pernah inilah petanda anda sangat merasakan masa itu sangat pantas berlalu. Membicarakan masa, lalu saya teringat masa hari akhir kalam iaitu hari kiamat yang akan datang. Hanya Allah yang maha tahu bila masanya hari kiamat itu menjelang. Yang pastinya kita yang masih dalam rahmat Allah sentiasa mengingati saat itu. Kita semua wajib beriman kepada hari kiamat yang Allah sudah atur masa ketibaannya dan khabar hari kiamat itu telah diwar-warkan oleh Nabi junjungan kita Muhammad Rasulullah.

Masa..yang berlalu, yang begitu pantas berlalu pergi hinggakan sehari rasanya sesaat setahun rasanya sebulan ini. Masihkah kita mahu berlengah lagi, walhal semuanya seolah hampir dekat dengan kita, kita dekat dengan kematian kita, kita dekat pada hari kaiamat, kita dekat dengan hari penghisaban amalan kita semua. Segalanya itu pasti kita akan alami tanpa selorangpun yang dapat menyangkal kebenarannya. Ya Allah ampuni kami dan jauhi kami dari tenggelam dengan masa yang sangat melalaikan ini. Sungguh Ya Allah kami amat takut pada hari azab yang Engkau janjikan itu. Sungguh api neraka itu amat panas membahang.

Masa yang kini kita semua rasakan terlalu cepat berlalu pada pendapat saya ialah kita dilalaikan oleh pelbagai kegiatan dan kerja - kerja hingga kita lalai dan lupa pada perkara wajib yang sepatutnya kita tunaikan dahulu. Saya percaya anda sependapat dengan saya bahawa kita yang mempunyai blog juga sekurang-kurangnya telah melalaikan diri dengan ada kalanya kita terbuai oleh masa di dalam blog. Saya akui bahawa saya antara insan yang kadangkala tersasar dalam membajet masa untuk menyembah Allah. Selain itu kita terbuai lena oleh kekayaan yang kita ada. Lalu kita lupa diri, kita alpa bahawa kesenangan yang kita ada itu bersifat sementara. Kita sibuk mengatur masa untuk kewangan, keuntungan dan terlalu mengejar kemewahan. Hingga suatu tahap tanpa sedar kita tersasar jauh dan merasakan bahawa masa untuk kita mengumpul kekayaan begitu singkat tetapi lupa bahawa masa kita dalam menuju akhirat semakin singkat. Kita lupa pula bahawa akhirat kita semakin menghampiri sebaliknya sangat mengingati bahawa kekayaan dan keuntungan semakin jauh kerana kita tidak terkejar masa yang berlalu.

Masa yang kita rasa seolah sangat pantas berlalu juga ada kaitan dengan kesan pemanasan global hingga lapisan ozon semakin menipis di atmosfera kita. Keadaan ini semakin teruk akibat kejahatan tangan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Kita membuat pelbagai onar di Bumi dengan menebang pokok, meneres lereng bukit dan membakar hutan belantara. Tidak cukup dengan itu, kita membuang sisa dan sampah ke sungai-sungai sehingga anak-anak sungai itu semakin kering dan tandus. Bagaimana lapisan ozon di atmosfera tidak rosak apabila menampung pelbagai kotoran yeng diserap dari Bumi kita. Memang panas terasa di akhir zaman ini. Memang dunia kita semakin kronik dengan pelbagai penyakit yang disebabkan tindakan manusia seperti kita.

Jika beginilah rasanya, di mana kita rasakan masa terlalu pantas berlalu, ayuhlah kita semua menyedari dan menginsafi diri, bersegeralah kita memohon ampun kepada Allah dengan sesungguh hati. Pusatkan impian untuk memasuki alam akhirat yang menunggu kita di singgah sana. Mohonlah pada Allah agar kita tergolong umat Nabi Muhammad yang mendapat syafaat di akhirat kelak. Tinggalkan lah perkara yang sangat melalaikan. Mari kita dahulukan perkara yang wajib kemudian baru kepada perkara yang tidak mendesak. InsyaAllah akan ada hikmah dan rahmat Allah. Marilah semua bersama mengutip sisa-sisa masa ini, mengutip iman yang bersepah, kita gumpalkan agar iman itu menjadi kukuh dan tidak mudah ditebuk oleh kuasa iblis dan syaitan. Ayuhlah berlari mengejar rahmat Allah, karana mengejar rahmat Allah itu akan menjamin kita ke syurgaNya. InsyaAllah sesungguhnya Allah telah memberikan jaminan syurga kepada hambanya yang beriman kepada Allah. Apa lagi yang kita mampu buat selain berusaha untuk selamatkan diri, di samping memberi ingat kepada semua yang lain agar tidak henti mencari amal dan menolak nahi mungkar tika hayat di dunia ini.

Marilah menjauhi diri dari mengumpul dosa akibat kejahilan kita, akibat kesombongan dan kebongkakan kita. Jauhi diri dari memburukkan orang lain tetapi kudis sendiri kita tidak nampak. Alangkah mengaibkan diri sendiri. Kejarlah masa mencari amalan yang baik dalam menuju redha Allah dan rahmat syurga untuk kita. Subahanallah.

Salam perjuangan mengejar masa ke arah iman.





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

23 Pesona Kata Hati Mereka:

Rafi Harumin berkata...

setiap detik itu berharga... kita tidak tahu bila masa kita.. semoga menjadi ingatan bersama...

Unknown berkata...

Betul tu asrfi..
Kita semua berhadapan dengan masa.
Masa itu berharga...lebih baik sentiasa beringat hari akhirat. Kita ambil iktibar..peristiwa 1 Malaysia kematian mengejut celebriti tanah air. Baru raja lawak berlalu. Alfatiha untuk dia. Saya kekadang menonton raja lawak...macam x percaya, tetapi itulah realiti telah ditetapkan olehNya.

NUR QASEH HJ. MUHAMAD berkata...

salam,

Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa.(HR Tirmidzi).

sama2lah berdoa agar mati dalam husnul khatimah..insya'allah..

MF berkata...

Alhamdulillah uncle..

Kupasan cukup menarik mengenai masa dn kematian.. Satu muhasabah yg seakn menampar-nampar muka sy ini agr kembali sedar, tdk leka dgn dunia..

Jzkk.. =)

~masa berlalu, ajal menghampir~

sonata anak kancil berkata...

salam...datang bertandang ke sini & followed

windi berkata...

eh..keningau mari rupanya...selamat berkenalan.

Zikri Husaini berkata...

alfatihah kepada arwah din beramboi..

Unknown berkata...

Salam nurqaseh.
Difahamkan juga apa saja perbuatan kita tubuh badan seperti tangan kaki, mata dan lidah menjadi saksi, berkata untuk kebenaran.
Terima kasih memberi ingatan tuk semua.Datanglah berbicara biar sepatah sila ke laman pcik ni.

Unknown berkata...

To slave-of
Musahabah diri, apa yang berlaku pcik lalui, kita semua. Masa seiring dengan kehidupan kita...tetapi kita kekadang lalai. Semoga ada manfaat untuk kita semua. Moga ada cahaya menyuluh jalan kita ke arah mantapkan iman. Insyaallah.

Unknown berkata...

Keoada windi & sonata
Dua insan yang hadir mewarnakan laman pcik. Yup! saya org keningau. Kota Belud asal anda ke? salam perkenalan ukhuwa Islam terjalin. Moga ada manfaat berkunjung ke laman pacik ya.
Sonata..tq atas follow anda.Salam perkenalan.

Unknown berkata...

Zik.
Terasa macam x percaya dia pergi. Lastly Allah sayan dia. Baru berlalu r lawak, hilai tawanya riang. Inilah antara maksud n3 pcik ni, kita semua dekat dengan kematian pada bila2 masa.
Al fatiha. Amin

Kamsiah yusoff berkata...

salam
ya..betul tu..masa..tak terasa cepatnya meninggalkan kita...dulu 24 jam sehari...terasa amat lama..sekarang masih 24 jam sehari..namum amat pantas terasa..

anak2...terasa dia org masih kecil,terasa mahu dibelai,dijaga,diawasi seperti mereka masih bayi lg,hakikatnya dah masuk alam remaja tanpa disedari...

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
hmM..kini da tak dapat lagi dengar senda gurau allahyarham..
bila pula masanya anak2 kita akan merindukan senda gurau kita?..atau kita dahulu yG akan merindui gelak tawa mereka?
masanya semakin singkat..semakin dekat..

MofizPutra.com berkata...

al-fatihan kpd arwah din beramboi.. semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.. semoga kita semua tidak lalai dengan kerja-kerja duniawai.. artikel pak cik menyedarkan saya.. betapa cepatnya masa berlalu dan kematian itu pasti.. semoga kita semua dirahmati Allah.. Amin..

Abd Razak berkata...

Salam...

Ketahuilah tujuan kita hidup tidak lain ialah untuk beribadah kepadaNYA dan memenuhi kehendak perjalanan kehidupan dari alam yang terawal di dalam perut ibu hingga ke alam akhirat. Persinggahan kita di dunia ini ialah untukmenyediakan bekalan secukupnya agar kita selamat di alam yang terakhir nanti.

Unknown berkata...

Kpda Kamsiah.
Macam itu jugalah yang saya rasa, kadang-kadang kawan2 kita yang nampak perubahan anak-anak kita. Bila perhatikan iyalah dah besar..pula macam baru dilahirkan rasanya. Alhamdulillah itu semua nikmat hidup bagi kita yg mengenal kuasa Allah.
Semoga kita semua kebal dengan dugaan menghadap dunia akhir zaman yang banyak menjajah pemikiran kita.

Unknown berkata...

To azrai & apiez.
Amin semoga dia diampunkan dosa. Kita tak pernah nampak dia secara live, namun kita kekadang tertawa dengan lucunya tu. Rasanya dia baik dengan semua orang. Hakikatnya Allah lebih sayang pada dia. Betullah bahawa kita terlalu dekat dengan kematian. Sebab itu pada tiap saat detik kita buat amal yang baik, insyaAllah Allah tahu apa yang kita buat. Yg buruk kita jauhi dan yang baik kita amalkan.

Unknown berkata...

Salam Araz.
Terima kasih masih ada kelapangan masa menulis di ruang ulasan EWWK.
Kata-kata Araz menambahkan rasa kelazatan iman, mengukuhkan keyakinan diri, menginsafi dan menyedarkan lagi agar lebih mendekati Allah. Apa yang Araz ungkapkan semuanya tepat dan semuanya tepat.
Syukran atas pertemuan kita diarena blog.
Lastly terusklan menulis.

Unknown berkata...

al-fatihah utk din beramboi.... eh! uncle ni keje cikgu ker? kt mne?? mengajar ape? dan skola menengah ke rendah?

Unknown berkata...

Salam nick irfan.
Alhamdulillah..buk pc lagi ni..sebelum isyak. Pcik orang Sabah bah!..sekolah rendah saja & teacing science saja irfan..pcik ni dah masuk veteran...guru biasa2 saja bah.

ALoNa CintamaniszLite berkata...

slm...mintak maaf..baru ni berkesempatan nak melawat saudara kat sini, hehe.
MasyaAllah, byk betul n3 saudara yg sy tertinggal. Betul2 blogger tegar ler...hhe..Tp takpe..byk info berguna..

Rafi Harumin berkata...

terima kasih atas singgahan dan nasihat serta doa pacik.. semoga dimakbulkan. aameen Ya Robb..

Amirah Rashid berkata...

kematian mmg pasti. cuma kite xtau bila. al fatihah utk din beramboi. Allah lebih sygkan dia :')