Suasana pelajar di SMK.Agama Ali Ranau
ketika di Dewan. ( Gambar sekadar hiasan)
Asalamualaikum & salam sejahtera.
Diriwayatkan dalam sebuah kitab kaum Nabi Musa a.s. ada yang bertanya kepadanya, " Adakah Tuhan kamu itu pernag tidur wahai Musa?" Nabi Musa lalu menerangkan sebagaimana ayat yang terkandung di dalam kitab Taurat firman Allah, " Dia ( Allah) tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur." Kemudian kaumnya bertanya lagi, " Mustahil Tuhan kamu itu tidak pernah tidur."
Allah s.w.t lalu menyuruh Nabi Musa mengambil dua biji botol dan boto itu hendaklah diisi dengan air hingga penuh dan ianya dipegang, kemudian Allah pun menidurkan Nabi Musa. Semasa tidur tanpa disedari maka terjatuhlah botol yang sedang dipegangnya itu dan pecah berderai. Allah pun berfirman " Wahai Musa! katakanlah kepada umatmu, sekiranya Aku tertidur maka akan binasalah seluruh alam ini."
Firman Allah ini, membawa makna bahawa Bumi kita dan semua cekrawala akan hancur, binasa dan berhamburan serta berjatuhan antara satu dengan yang lain sekiranya berlaku walau sesaat cuma kiranya Allah yang maha besar tertidur. Dalam melihat keshihan, kebenaran firman Allah ini marilah kita bermusahabah bahawa berapa kini usia kita, di mana kita berada, kita menumpang di mana dan kita bernafas atas kehendak siapa. Nyatalah bahawa jawapannya sangat mudah sahaja yakni Allahlah yang memberi kita nafas untuk terus hidup di Bumi hijau ini. Dialah Allah yang tidak sesaatpun tertidur memegang penuh kasih sayang dunia kita dan segala cekerawala yang lain. Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja.
Justru itu kita sebagai makhlukNya wajib beriman dan meyakini tanpa sedikitpun keraguan bahawa Allah itu wujud dan sangat berkuasa.
Hindarkan diri dari sombong dan bongkak ketika di masih hidup di dunia ini, kerana perlakuan sifat tercela ini secara tidak sedar kita menyombong dan membongkakkan diri dihadapan Allah yang Rahman. Renungkanlah sejenak...
Alhamdulillah n3 baru salam ukuhuwa.
Renungan: "Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda."
14 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam...
Itulah Allah, Tuhan, yang tidak ada yang berhak disembah selain Dia. Dia Tuhan yang tidak pernah tidur, kekal selama-lamanya dan terus menerus mengurus hambanya. Tidak mengantuk lagi pula tidak pernah tidur. Dia yang memiliki apa-apa yang ada di bumi dan apa-apa yang berada di langit. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Allah, Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wasalam Araz.
"botol yg dipegang oleh Nabi Musa pecah berderai takala Musa tertidur"
Dia ( Allah ) yang menidurkan kita untuk berehat, mencelikkan mata kala siang menjelang.Nikmat tidur dan sedar yang kita alami semuanya Allah aturkan. Sungguh Allah tiada tertidur..
allah maha mengetahui segala yang dilangit dan dibumi...
salam. pak cik, bagis post nih.. teruskan berdakwah yea.. semoga allah sentaisa menyayangimu..
pasal soklan pak cik tu, sejak buat blog nih, apeiz dh 6 kali tukar thema blog.. klu cara Apiez dulu yng cara lama lah..emm apiz akan simpan gadget2 tu dalam notpad kt komputer apiez tuh, nanti bila dh mskkan thema baru dia senang nk mask kan balik lam add gadget tu..( tapi cara ni untuk gadet yng ada code html jelah blh)
Tp kan klu yang sekarang nih.. gadjet akan Auto simpan.. caranya pak cik msk kan thema cm biasa, lps siap dia mskan thema tu dia akan tanya dan simpan gadget ke (keep gadget) atau nk delet gadget.. klu apiz nk senang apiez keep gadgetlah... tp gadjet tu tak akan tersusun ng cantiklah, cm terabur,, pak cik kena susun balik lah kat layout dia tuh.. (tp sblm wt pakcik dowllod full tampel blog pakcik yang asal nih , takut2 tk jd time wt)..heheh tu jelah yang apiez thu..
sebuah peringatan... terima kasih
Subhanallah..
Allah Maha Berkuasa, dn Dia tidak pernah boleh disamakan dgn makhluk2Nya..
Jzkk ats perkongsian ilmu.. =)
Wasalam to alimaz, asrafi & slave_
Kita berkongsi perkara baik, menyampaikan dan mengingatkan. Moga ada manfaat dan hikmah disebalik pembacaan kita semua.
Insyaallah.
Wasalam apiez.
Ada juga masa mula berblog banyak kali hilang gadget pcik, punyalah penat cari semula..tu yg rasa truma tu. Hehhe dah berumur ....insyaAllah pcik akan try .
Tq
salam ..
Allah Maha Agung tidak pernah melupakan kita..kasih sayang Nya sentiasa mengiringi kita hamba2Nya..bahkan setiap desah nafas kita adalah berkat kasih sayangNya..cuma manusia yg seringkali gagal mengingatiNya pada tiap dtik dan saat..
firman Allah swt:
"iaitu org2 yg mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan brbaring,dan mereka memikirkan ttg penciptaan langit dan lalu berkata, 'Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau mnciptakan semua ini sia2,Maha Suci Engkau, lindungilah kami dr azab neraka' "
[Ali Imran : 191]
subhanallah..alangkah baiknya kalau kita dapat mengingati dan memikirkan tentang kekuasaanNya dalam setiap saat yg kita lalui..
Wasalam to melatiD
Syukran ke hadrat Allah ada hambaMu yang sudi memberi ingat, menambah kukuh dan menyelitkan tinta tazkirah untuk semua yang berkesempatan menyinggah di EWWK.
Kepada Dia saja saya pohon agar melatiD mendapat kebahagiaan kurnia ilahi. Amin.
salam ziarah..
sesungGuhnya hidup & matiku dalam perancangan-Nya..tidak gugur sehelai daun, tidak berdenyut hembusan nafas kiranya Allah itu tidur..DIA yG mengatur dari sekecik2 hinGga sebesar2 perkara..
subhanAllah
Subahannallah nikmat membaca ulasan azrai..tq tak jemu2 menatap wajah EWWK moga ada manfaat.
subhanallah. Allah tidak pernah tidur..kalau tidak binasalah seluruh alam ini.
Ya itulah maksud sebenarnya n3 pcik tu zik. Moga ada manfaat menambah iman.Amin
Catat Ulasan