Bulan ini jelas kelihatan di depan rumahku.
Kadang nampak bulat bercahaya dan seolah ada
objek pada luarannya, kadang-kadang aku lihat
seolah ada ukiran tulisan jawi pada luaran itu.
Petang hari ini aku lihat bulan itu masih jelas
kelihatan di langit depan rumah kami. Bila
Melihat bulan segera aku insaf bahawa kuasa Allah
memang sangat luar biasa. Subahanlllah.
Ular hijau ini biasa kita nampak di lingkaran ranting
kayu. Kali ini ular ini berada dipintu luar rumah etuza
pada awal pagi 28hb Mac 2010. Sudah mati akibat digigit oleh
kucing kesayangan kami yang berwarna hitam dan
kuning. Bayangkan jika ular ini menyusup masuk ke
dalam rumah kami. Ya Allah saya amat bersyukur
kerana ada haiwan yang membantu menyelamatkan
rumah kami dari dimasuki ular ini. Ya Allah ampuni
dosa kami jika kami memelihara kucing dan ikan
maka kami lalai memberinya makanan. Lihatlah
betapa kejadian ini satu tanda luar biasa kuasa Allah
Syukran Ya Allah hu alam.
Demi sayang dan tanda kasih, merekalah amanah
Allah kepada kami. Atas kometmen Nur Aliya ber
umur 5 tahun menyahut cabaran ke sekolah
Tabika Kemas dan pergi ke kelas Agama
setiap petang selasa hingga jumaat, maka selaku
ibubapa kami beri dia hadiah kesukaannya. Malangnya
basikal ini hanya berada dalam rumah sahaja kerana
rumah kami di kawasan berbukit dan berbatu. Hadiah basikal
ini juga kami beri atas usahanya menghafal surah
Al- Fatiha.Alhamdulillah.
Ikan peliharaan di dalam kolam. Dah tiba masa
ikan2 ini di tangkap. Seronok menangkap ikan di
dalam kolam. Tangkap 9 ekor yang besar2 sebesar
tapak tangan lelaki dewasa. 6 ekor kami berikan
pada ipar adik kepada wife saya yang kebetulan
menziarahi kami dihujung minggu. 3 ekor mama
buat sup ikan air tawar untuk anak-anak.
Tak apa, anak-anak ikan dalam kolam selepas
setahun dipelihara semakin banyak. Anak-anak
ikan itu pasti cepat membesar apabila dijaga
dan diberi makan oleh tuannya.
Asalamualaikum & salam sejahtera semua.
Selagi ada memberilah dengan ikhlas hati. Dikatakan bahawa tidak diberi rezeki seseorang itu melainkan ada orang lain atau binatang lain berkongsikan rezeki itu. Dikatakan bahawa rezeki itu diberi kepada kita melainkan sebagai ujian kepada keimanan kita dan ketaqwaan kita kepada Allah seru sekalian alam. Selain daripada itu, apapun yang kita ada walaupun sekadar cuma bersyukurlah kerana jika kita menikmati rezeki yang kita ada lalu kita lupa bersyukur maka kita memiliki rezeki itu adalah tidak lengkap, kita bagaikan melupakan kehebatan kuasaNya dalam memakbulkan impian kita seketika di dunia pana ini.
Janganlah bongkak sekalipun pada binatang seperti kucing atau haiwan lain, insyaAllah jika kita menjaga dan memberinya makanan kita akan mendapat hikmahnya. Sesungguhnya tidak dijadikan semua hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan melainkan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Seandainya haiwan itu tidak bersalah, usahlah disakiti, kerana azab dan balasan Allah akibat perbuatan kita itu amatlah dahsyat, pedih dan teramat sakit. Hulurkan ehsan kita kala menjumpai haiwan seperti kucing yang kelihatan miskin dengan makanannya. Usah lupa bahawa betapa besar ganjaran pahala dari Allah apabila kita memberikan bantuan kepada hidupan lain yang memerlukan bantuan dari kita.
N3 ini saya sudahi dengan menyatakan SALAM TERIMA KASIH kepada saudara ALIMAZ ( kembara terasing) atas kesudiannya memberikan AWARD indah ini kepada EWWK. Bila dapat AWARD rasanya kehadiran etuza dalam arena blogger maya diterima. Apa yang baik itu datang dari yang maha Kuasa dan perkara yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri sebagai manusia yang tidak sempurna.
Award dari alimaz ( TQTQTQ)
11 Pesona Kata Hati Mereka:
bersyukurlah kita diatas setiap rezeki yg ada.. rezeki iman, islam dan ihsan sahaja sudah sgt2 berbaloi2 dilahirkan begini.. ;D
Salam adik Nur S.
Tipa saat itu nikmat hidup. Kita sebagai umat Muhammad harus bersyukur pada tiap nikmat itu. Kadangkala rezeki yg semakin melimpah itu merupakan bentuk ujian yg harus di sedari, menerima, bersyukur dan berkongsilah selagi ada. InsyaAllah bertambah berkat.
alhamdulilah dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah, dan mengagungkanya meruapakn salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah, sesunguhnya Allah maha besar..
apiez dulu pcik pernah berkata dengan kucing kami dalam rumah. Macam ni" ha miow..nanti pergi tangkap tu tikus ya..harap kamu tolong tangkap tu tikus..makin banyak pula mereka di atas syiling rumah kita".
Subahanallah..pagi2 bila bangun kucing tu datang bawa ke depan saya tikus sebesar lengan saya apiez..seolah2 kucing kami tu faham apa saya cakap. Hingga hari ini kitty ( tikus2) tak berani masuk rumah kami. Al maklumlah rumah di kebun..memangpun banyak kitty tu..
Inilah kelebihan pelihara kucing mahluk Allah juga.
ah'a betul tu.. semua makhluk tuhan blh mendengar mcm kita semua, tp tk blh berkomunikasi.. semua makhluk ada perasaan dan hati .. cm cerita pensyarah Apiez, dia cerita apasal Ayah dia marah kt tikus, sb banyak berkeliaran kt rumah dia, lepastu ayah dia mcm sumpah tikus tulah, dia ckp binatang punya tikus!!, pastu kesokan harinya ayah dia tengok seheli baju dia rosak sb tikus tu.. pastu ayah dia maki hamun tikus tu,mula2 ayah dia tk percaya yang tikus tu blh dengar yg dia marah dan maki hamun tikus tu semlam. tp keesokan hari bila ayah dia tengok kesemua baju ayahnya koyak sebab tikus..yang peliknya baju dalam almari tu bercampur dengan baju maknya, tp baju maknya tak terusik pun.. jadi kesimpulanya semua mahkluk ciptaan Allah ada perasaan dan hati.. jadi betulah ape yang pakcik cerita tu apiez percaya.. memg benar2 berlaku..
Salam..
SESUNGGUHNYA rezeki berupa pemberian Allah kepada
makhlukNya. Anugerah Allah tidak sekadar berupa kekayaan,
sebaliknya meliputi pelbagai aspek kehidupan.
Rezeki Allah meliputi apa saja yang diperlukan dalam kehidupan
termasuk makanan, pakaian, kediaman dan sumber yang berkaitan.
Keperluan itu untuk kesejahteraan jasmaniah insan. Selain itu,
rezeki untuk kesuburan rohaniah juga penting. Ini termasuk ilmu
pengetahuan, kecerdasan serta taufik dan hidayah.
salam ziarah..
pakcik sememangnya begitu dekat dengan alam..InsyaAllah, apabila kita menyantuni mereka, mereka jua akan menyantuni kita..lihat saja berkat santunan kucing, ikan, bunga2an yG kita pelihara...
Alhamdulillah
betul2 , sayangi haiwan peliharaan kita..
Wasalam
Araz, Azrai & Zik..niat hendak menghambakan diri pada Allah. Semoga disebalik apa yang kita lakukan, amalkan ada hikmahNya.
Erm....hikmah memelihara binatang...semoga dilindungi dan dimurahkan rezeki cg sekeluarga. :)
Terima kasih doanya ya...semoga kita semua diberkatiNya. Amin
Catat Ulasan