Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 25 Mac 2010

Suasana mesyuarat khas motivasi tahun 6 fasa 1 SKPK 2010

Mohd Nick Irfan ( gambar semasa melawat
kakak & abangnya di SMK Agama Ranau, Sabah)
Merupakan calon UPSR SKPK 2010.

Selamat kembali bertugas kepada Cikgu Piah
selepas bercuti bersalin selama 60 hari. Hari
pertama bertugas terus ada mesyuarat...

Pelatih Guru Cik Salamie, Cik Siti Zainon & Cik
Norhayati Wasimin tersenyum gembira nampaknya.

Cikgu June V..hai cikgu baca surat cinta ke.

PK HEM Pengerusi mesyuarat kem motivasi
fasa 1 SKPK 2010

22hb Mac. 2010 bersamaan hari Isnin jam 1.00 petang SKPK julung kalinya mengadakan mesyuarat khas Kem Motivasi Fasa 1 tahun 6 2010. Mesyuarat berlangsung hingga jam 2.30 petang. Keputusan sebulat suara agar diadakan kem motivasi ini pada 7. April 2010.

Bekas pelajar SKPK iaitu Cik Norhayati Wasimin merupakan jemputan khas sebagai penceramah sempena kem motivasi ini. Pilihan ini rasanya tepat kerana Cik Norhayati kini yang dulunya bekas murid SKPK telah berjaya memasuki Universiti di UMS Sabah dan sedang dalam latihan mengajar KPLI 2010.

4 mata pelajaran teras UPSR merupakan sasaran utama yang akan disampaikan kepada calon UPSR dengan menekankan konsep belajar secara berkumpulan dengan bimbingan fasilitator yang akan di lantik nanti. Etuza julung kalinya menjadi pilihan sebagai juruacara majlis rasmi kem motivasi ini. Rasanya, perlu berehat dari juruacara, berikan peluang kepada tenaga baru dalam pendidikan SKPK. bagaimanapun sebulat suara memilih Etuza, insyaallah akan buat yang sebaik mungkin.

2009 puteri etuza Azie murid tahun 6 masa itu meniti pengalaman dalam program Kem Motivasi fasa 1 & 2 di SKPK. Nampaknya tahun 2010 sekali lagi anak lelaki etuza Nick Irfan sebaris dengan murid lain atau calon UPSR SKPK tahun ini akan melalui pengalaman dalam kem motivasi fasa 1 SKPK kali ini. Sebagai ayah kepada Nick Irfan tiada lagi yang mampuku buat selain terus berdoa agar dia dan kawan-kawannya beroleh tambahan ilmu di dalam program ilmuan ini. Dengan itu akan menambah keyakinan diri menempuhi peperiksaan UPSR pada september 2010 nanti.

Salam perjuangan SKPK berbakti berbudi mulia.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

10 Pesona Kata Hati Mereka:

JaLiFaH BinTi MuHaMiN berkata...

Ooo...bekas anak murid SK Penagatan (Norhayati wasimin)....praktikal mengajar d sek tu plak arr...bestnya. :)

Lintagu berkata...

Semoga apa yang dirancang berjalan lancar. Syabas untuk guru2 SKPK!

Unknown berkata...

Ya nurhayati LM di SKPK, bekas pelajar SKPK...hebat juga dia tu..harap2 Jalifah posting di SKPK nanti...hehehe

Unknown berkata...

Tq ucapan semangat lintagu...

MofizPutra.com berkata...

a program yang semoga berjaya dan diharapkan program berjalan dengan lancar, diharapkan pelajar2 yang terlibat dengan kem motivasi mendapat ilmu yang berguna dan menjadi bekal untuk menempuh

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
huhu..mmG sesuai la kalu pakcik jadi juruacara..sy ley imagine k0t ;)
tentu da biasa kan?..
tapi benar jg cadangan pakcik tu, tiba masanya kena bagi peluang pada muka baru jG kan..

nyway sem0ga segala perancangan berjalan lancar..demi anak bGsa tercinta...

Melatidaisy berkata...

salam ziarah..

syukran follow blog sy..semoga cikgu etuza sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah selalu dan diberikan kekuatan untuk terus mendidik anak2 bangsa :)

MofizPutra.com berkata...

adoii..huhuh komen kat atas tu tersilap send.. tk lengkap.. aritu tertekan..huhuhuh..cm pelik jew ayat..hahah

Unknown berkata...

haha! apiez! it's ok.Pcik faham..pcik selalu send macam tu..salah ejaan pun ada pcik lakukan apiez. Pcik faham maksudnya tu. Tak apa apiez, kadangkala mendidik kita memperbaiki lagi komunikasi maya. Tak payah malu sebab ramai blogger faham sangat keadaan ini. Ok

Zikri Husaini berkata...

Salam ziarah..ramainya cikgu2..