Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 24 Mac 2010

Sudah masanya kita berpisah...SAA 4138 T dalam kenangan



Dulu ke mana pergi aku bawa dia pergi bersama. Dulu dia amat menawan, berwajah putih berseri dan ramai orang menyukainya dan menyentuhnya tanpa jemu. Biasalah waktu itu pada tahun 1996 dia masih baru dan wangi. Di desa dialah yang pertama di bawa masuk ke desa halaman. Tidak hairanlah dia disukai kerana kecantikan yang dia perlihatkan. Sebagai tuannya, dia disuci, dibelai dan dibersihkan pada setiap masa.

Sepanjang dia berkhidmat dengan tuannya dan keluarga tuannya, dia ada juga meragam akibat kepenatan dan masalah tuan dia kurang memberi perhatian tentang urat sarafnya. Satu peristiwa yang amat tidak dilupakan tentang dia ini, pernah adik tuan membawanya untuk dijadikan keenderaan sementara ( dipinjam). Tuan dia sangat baik hati dengan mengizinkan adik lelakinya memakai dia tanpa sesenpun sewa. Tuan saya ikhlas asalkan adik tuan saya menjaga saya. Malang sekali apabila adik tuan saya itu pada suatu hari lupa menutup tangki minuman dia. Hingga suhu pada badan dia menjadi panas dan tidak boleh dihidupkan lagi. Ini akibat air dalam tangki dia habis dan injinnya menjadi panas. Tuan saya sangat terkejut dan meminta seorang mekanik yang merupakan kawan tuan saya membawa saya ke workshop untuk di beri rawatan




Sejak dari peristiwa itu tuan dia menjaga dia dengan penuh kasih sayang. Kini usia dia mencecah 15 tahun dan pada usia ini, memang banyak masalah dalaman dia. Tetapi apa yang menarik ialah badan saya masih putih berseri apabila tuan dia menghantar dia ke kedai makeup. Inilah keadaan dia masa kini. Tetap cantik dan menawan hati sesiapa melihatnya.Sebaik dia dicatkan semula...tuan saya membawa dia ke kampung halaman. Sejak dia balik ke pangkuan tuan dia, ramai datang bertanya khabar. Tuan dia tetap bertahan untuk pertahankan dia.Tuan dia masih ada hati untuk menjaga dia dengan penuh kasih sayang . Ada kawan tuan dia membisikkan harga, terdapat juga kawan dia memberitahu kelayakan tersebut.Apakan daya akhirnya dia terpaksa berpisah dengan tuannya dan anak -anak. Sedih juga berpisah dengan dia kerana dia terlalu berjasa. Ya memang dia terlalu banyak berjasa. Apa boleh buat, tuan dia tidak berdaya lagi hendak mempertahankan dia lagi.

Pergilah dengan tenang bersama tuan yang baru, tuan sudah merelakan dan memohon agar dia menghalalkan segala jasa budi dia pada tuannya. Terima kasih kepada SAA 4138 T. Kenangan memori bersama menjadi kenag-kenangan yang indah dalam kehidupan tuan. Semoga tuan dia yang baru akan mampu menjaga dia dengan penuh kasih sayang.

Selamat tinggal NISSAN VANNET C22 No flat SA 4138 T, selamat memandu tuan dia yang baru. Sampai bilapun tidak sanggup berpisah dengannya, tetapi keadaan memaksa kita berpisah. Kalau difikirkan 15 tahun bersama merupakan usia yang panjang. Pasti keakraban terjalin, kasih sayang terjalin. Dia pernah mengikut tuannya ke kebun sana-sini, menganggkat hasil tanaman dan digunakan kenderaan pinjaman ( disewa) beberapa kawan tuannya. Tapi kini semua itu hanya kenangan yang tidak mungkin akan kembali.

Pergilah dengan tenang dan berbaktilah pada tuan baru mu, semoga dengan tuan baru mu, dirimu akan lebih terjaga dengan sentiasa dibersihkan dan paling penting ialah dirimu dimanfaatkan dengan pelbagai kegunaan.

EtuzaWarnaKehidupan mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan tuanmu yang baru. Alahmdulillah atas kurnia Ilahi...sesungguhnya tiada yang abadi di dunia pana ini selain amalan yang baik. Harta benda itu pinjaman semata tika nyawa dikandung badan. Yang abadi dan di bawa mati ialah amalan yang baik yang pernah kita lakukan. Terima kasih kepada yang sudi menerima SA 4138 T seadanya.

Sayonara NISSAN VANNET.






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka:

Abd Razak berkata...

Salam...

Mesti rasa sedihkan! Takpe khidmatnya kepada sdra sudah banyak, lepas ni berkhidmat pula dgn tuan barunya.

alimaz berkata...

macam tu la jugak dengan saya...setiap benda tak kita kereta ka motosikal ...terasa sayang kalau berpisah...sebab terlalu banyak jasa mereka pada kita ...walaupun ia hanya kenderaaa saja...

Amirah Rashid berkata...

semua berlaku ada sebab sendiri. jadi, semoga semua yg berlaku tu terbaik utk kita :)

Amirah Rashid berkata...

alaa, sedih pulak baca entry ni. uncle jgn sedih2 eh :)

Unknown berkata...

ingatkan sape la td rupanya akhir sekali van rupanya??? suspen sy... ahaha ape2 pun nice entry... eh! uncle nk tnye jgn marah? cuma nk thu je nama uncle mmg etuza ker? sbb pelik la nama tu dn unik plak tu....

Kamsiah yusoff berkata...

takpe...yg hilang,kan berganti walaupun tak sama,walaupun perasaan kita berat utk melepaskannya

Unknown berkata...

Wasalamualaikum kpd semua yang datang ziarah ke n3 baru saya yg tak seindah itu. Cerita itu sekadar penghibur hati apabila kawan adik saya begitu nekad hendak membeli Vannet saya. Cerita ini sekadar menyatakan bahawa benda yang kita jaga, yang begitu berjasa kpda kita kadangkala sukar untuk dilepaskan.
To Araz, Alimaz dan Mis Amirah R..benar kata anda bahawa terasa sedih untuk melepaskan benda yg berjasa kpd kita. Kita anggaplah bahawa ada orang lain yang memerlukannya, bagaimana menjaganya terserah kepada mereka.
Salam tq dtng ziarah. Saya agak busy...jam 9.00 malam baru open PC.

Unknown berkata...

Kpd Irfan.

Oh...hem!! iya ka..itulah nama pcik sejak kecik lagi. Sebenarnya nama panggilan mak saya tu..Irfan, seluruh keluarga termasuk ipar2 pcik panggil pacik panggikan nama itu.

Nama sebenar pcik irfan boleh cari di Facebook pcik ya. ETU nama ini nama gelaran pcik di kampung, ETUZA tu terbit apabila pcik mula bergiat berblogger. Kadang2 ada orang selesa guna nama timangan di internert.Harap irfan carilah di FB ya.

Unknown berkata...

Mula nak tahan juga, untuk kenderaan keluarga..boleh juga dipinjamkan tuk kakak, adik2 tapi diorang juga dah berkereta..takut pula jadi antik di laman. Anak2 pula lum boleh pandu pada jarak yang jauh. Mula mama nak bagi anak buah...akhirnya terlepas pula ke teman adik saya yang sepejabat dengan adik lelaki saya tu kamsiah. Beria-ia sangat...bagilah ngan dia, harga ok lah sesuai. Alhamdulullah.
Sebelum bagi dia..sempat saya keliling desa...dulu. Haha!

Unknown berkata...

Kamsiah! sejak disember 2009 saya nak jual, alamak anak2 perempuan saya tu terutama azie tak mahu lepas..katanya boleh muat diorang adik beradik. Sekarang ni jumpa orang yang boleh jaga kereta ni, rezki dialah...tu.

JaLiFaH BinTi MuHaMiN berkata...

Alallalla...sy turut bangga ngan tu bas. Pernah sy naik masa kerja jaga pasar sayur di gerai cikgu dulu kan. Dalam kenangan....apapun cg memang pandai jaga kereta. :D

Unknown berkata...

Iyakan...vannet tulah tu Jalifah dah belas tahun saya jaga..akhir2 nak juallah...pula..

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
penulisan pakcik ni ley menyentu perasaan betul..baru citer pasal van..huhu..
tapi yerla kan..lama bersama, tentu banyak kenangan..apatah lagi dalam mGharungi saat2 sukar bersama..

ainhany berkata...

alahai sediynya...
terkenangkan pulak..masa muda semua org suka..dah tua, tuan pun tak nak bela lg.... muga jasa vanet tetep dlm ingatan

Zikri Husaini berkata...

banyak memori yang ada dekat SA 4138 T.. :-(