Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 18 April 2010

Hikmah Yasin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera.

Jibril a.s. telah datang, menyembahkan perintah Allah, katanya : Ya Muhammad! Allahu rabubul a-lamin telah mengizinkan tuan berpindah meninggalkan negeri Mekah ini ke Madinah al- Munauwarah di sana.

Pada malam perpisahan itu Rasulullah s.a.w telah diancam oleh beratus-ratus pemuda kafir Quraisy yang garang dan berani, berdarah hangat, sedang menunggu dan menanti mengintip dan bersedia, dengan jagaan yang rapi berkeliling rumahnya s.a.w. pedang terhunus, tombak lembing dan senjata- senjata tajam untuk membunuh dan menghabiskan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. di malam itu.

Walaupun Rasulullah tersua dengan ancaman yang hebat ini, tetapi yang mulia s.a.w. tidak mengendahkan rintangan dan halangan-halangan yang dilihat dengan mata kepala sendiri di belakang halaman rumahnya, melainkan dengan berani dan tabah hatinya membuka pintu rumahnya itu- mulutnya membaca sepotong ayat dari surah Yasin yang berbunyi: -
" Kami jadikan sekatan di hadapan mereka sekatan di belakangnya serta kami tutupkan matanya. Maka mereka tidak akan melihat sesuatu."

Kemudian dihamburkan pasir serapahan itu kepada singa-singa manusia Quraisy yang lapar, dahagakan darah rasulullah dan hulubalang-hulubalkang kafir yang sedia membalas dendam memadamkan hayat Rasulullah, maka tertidurlah, sesetangahnya tergamam, terperanjat letih dan lemah, berat terpegun, tidak berdaya dan maya, seolah-olah pasir itu seperti pukau yang melenakan, mengambil dan menghilangkan segala rasa pencainderanya, dalam keadaan begini Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya dengan selamat dengan izin Allah yang maha besar.

Kalau sepotong ayat ini telah memberi kesanya dengan izin Allah, menghampakan tujuan jahat dari orang jahat, tidak syak lagi segala rahsia Yassin, faedah hikmat-hikmatnya akan diperolehi juga oleh umat Muhammad s.a.w. dengan izin Allah, apabila mereka tulus dan benar.

Musahabah etuza.

1. Sesungguhnya nabi Muhammad s.a.w itu sebaik-baik hambaNya yang terpelihara atas keyakinannya yang tidak berbelah bagi kepada Allah.
2. Yakinlah bahawa biarpun kita mulakanlah dengan lafaz basmillah kita akan selamat dari tipu daya sayitan laknatullah.
3. Mulakanlah apa sahaja perkara dengan membacakan kalimah Allah kerana amalan seperti itu dapat menghindarkan kita dari kejahatan sayitan. Dan kita diberkati oleh Allah yang esa atas zikir kita.
4. Apabila ada masalah minimpa seperti ada kuasa jahat cuba mendekati dan merasuki, lawan dengan menyebut nama Allah, berzikir dan berselawat ke atas nabi junjungan, insyaallah akan sirna kejahatan menjadi abu dan menjauhi kita.
5. Hati dan jiwa yang lemah dan lupa akan kuasa Allah tetapi mensyirikkan Allah maka hati dan jiwa itulah yang akan menjadi mangsa kejahatan sayitan. Sedarlah bahawa sayitan akan takut pada hati dan jiwa yang selalu berzikir bermunajat membesarkan Allah walau di mana berada.
6. Yakinlah dengan sesungguh hati kita bahawa Allah itu wujud dan dunia ini hanya sementara. lakukanlah amalan sebanyak mampu demi bekalan ke akhirat.
7. Jauhi sifat keji iaitu, berbohong, mengeji orang dan menghina orang lain kerana kita sebenarnya sama sahaja di sisi Allah. Allah tidak akan memandang darjat dan pangkat kita tetapi Allah melihat ketulusan hati kita, keimanan kita yang teguh itu.
8. Mohnlah keampunan secepatnya jika kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Sesungguhnya Allah maha pengasih, pengampun dan penyayang.
9. Letakkan bahawa kita hanya berpegang teguh kepada kalimah Lailahalillah sahaja bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Allah akan menjaga kita bagi orang-orang beriman.

Salam ukuhuwa Islamiah.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

19 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Asalam semua.
Pcik ada kongsikan satu peristiwa yang baru menimpa pcik. Gangguan sayitan rasanya tu..pelik saya rasaikan satu kuasa jahat cuba merosakkan jiwa pacik. Hemm! pcik padamkan semula, rasanya biarlah saja Allah yang maha tahu segala yang berlaku ke atas diriku. Dia yang tahu dan Dialah pcik akan kembali.
Salam persaudaraan..ingatlah usah lupa nama Allah di dalam kalbumu tiap masa.

Unknown berkata...

Salam lagi sekali.
Benarlah bahawa dengan menjaga solat dengan masa yang tepat kita akan mendapat fadilat dan hikmahnya. Marilah tunaikan solat ikut waktu sebenar..insyaAllah kejahatan dari sudut manapun akan sirna dan menjauhi kita. Percayalah..solat mampu menjadi pelindung kerana kita menyebut kalam Allah.

windi berkata...

terima kasih info ini sangat berguna dan memberi kesedaran yang bukan kepalang.

MofizPutra.com berkata...

emm..sunguh berguna info pakcik ni.. dengan adanya info-info mcm nih, mudah2 dapt memberi manfaat kepada golongan remaja..

Melatidaisy berkata...

salam ziarah..

terima kasih buat mr etuza ats perkongsian yg amat berguna..semoga diberkati Nya selalu..amin..

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
hmM..besar fadhilat surah Yaasin ni..kalu boleh cuba la hafal biar terlekat di bibir..mudah2an ada kebaikannya..InsyaAllah

Unknown berkata...

Salam Winddi.
Surah yasin fadilatnya sangat banyak, terasa tenang kala membacanya dengan berjemaah. Insyaallah kita amalkan sebaiknya.

Unknown berkata...

Wasalam apiez.
lama x dengar bicara apiez. Maybe sibuk semester ni. Sejak dari keil kita belajar baca surah al-quran ni apiez. Biasanya yasin dibaca ketika masa tertentu. Malam jumaat biasanya di baca di surau atau di masjid disertai dengan doa. Semoga kita jauh dari gangguan syaitan. nauzubillahiminzalik

Unknown berkata...

Wasalm
Kpd melatid..tq beri ulasan ya.

Azrai.
Tepat sekali azrai, sebaiknya begitu..banyak fadilat baca yasin ni. Saya bersyukur kepada Allah kerana beri saya Nur Islam dapatlah mengenaliNya dengan kalimah suci al-quran. Family saya asal non muslim. Alhamdulillah Islam ini suci.

Abd Razak berkata...

Salam...

Al-qur’an adalah ubat sempurna untuk segala penyakit tubuh dan hati, segala penyakit dunia dan akhirat.

Segala penyakit jasmani dan rohani, pasti terdapat dalam Al-qur’an cara memperoleh ubatnya, sebab-sebab timbulnya dan cara merawatinya. Tentu bagi orang yang diberi kemampuan mamahami kitab-Nya.

Unknown berkata...

Wasalam Araz.
Terima kasih tambahan informasi dari Araz. Sesungguhnya kita harus saling memberitahu dan mengingatkan perkara yang bemanfaat kepada semua.
Sebab itu kita wajib mempelajari al-quran, mengamalkan surah2 tertentu sebagai bacaan selepas alfatiha semasa solat kita.
Insyaalah banyak fadilatnya.

Amirah Rashid berkata...

surah yasin mmg byk kelebihan. semoga kita sntiasa mengamalkan pembacaannya :)

Unknown berkata...

Tq amirah ..sempat juga ke laman pcik ya. Semoga dpt manfaat.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam .....kadang-kadang kita terlalu taksub dengan urusan duniawi sehingga lupa dengan ukhrawi.....cukuplah dgn membaca al-quran walaupun sepatah ayat.....

Kamsiah yusoff berkata...

Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."

Unknown berkata...

Wasalam alimaz.
kita nampak hidup kini lebih ke arah duniawi, harus ingat bahawa kita wajib seimbangkan demi ke akhirat. Dalam hal membaca ayat-ayat kalam Allah, zikir dan mendengar tazkirah sekalipun insyaAllah yang pasti kita membesarkan Allah, aman dan selamat dari musibah buruk berlaku.

Unknown berkata...

Wasalam Kamsiah.
Terima kasih info dab maklumat anda.
Sebaiknya kita amalkan Yasin demi kesejahteraan di dunia serta di akhirat. Alangkah hebat Allah pemurah dengan mengampunkan dosa lalu, kita serahkan kepada Allah. Teruskan amalan yang baik.

Unknown berkata...

eh! bdk dlm gmbr ni anak uncle ker? ha! bila baca entry unlce mcm dgr ceramah plak? ape2pun mmg menarik! skurang2 sy dh thu jgk serba sedikit... thnkz unlce!! :)

Unknown berkata...

Asalam Nick Irfan.
Ya anak ke 4 dan baru 10 tahun. Tahun lepas baru khatam al-quran.
Nick..pcik banyak jalan-jalan ke blog kawan2, kadangkala jumpa blog yang seram ceritanya, ada blog agama, memang pcik suka membaca agama, dapat juga bersihkan jiwa pcik ni. Pcik cepat2 tinggalkan blogg dan tunaikan yang wajib, betul irfan hidup kita sementera ja, dunia ini pentas cuma, akhirat yang kekal abadi. Sesekali kita bacalah hal2 ilmu akhirat irfan. Baru ada manfaatnya..layari internet.
Salam ukkuhuwa.Jumpa lagi.