Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 20 April 2010

Kalau begitulah keadaannya memang tidak akan selamat & Siapapun tidak dapat menolong

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera semua para sahabat EWWK.

Sebelum memulakan cerita saya kali ini, saya mahu memberitahu bahawa beg pink kecil molek ini saya beli sebagai hadiah kepada orang tersayang ( mama ). Saya memang selalu memberi mama hadiah biarpun benda2 kecil tetapi menarik saya akan beli untuk mama tersayang. Niat saya mahu mama gembira dan bahagia bersuamikan saya dan ibu kepada anak-anak kami. Mama pula kali terakhir dia memberi hadiah kepada saya ialah mama membelikan saya baju t'shirt berkolar.

Memang setiap hujung minggu mama ( wife ) saya akan ke UMS Kota Kinabalu untuk menghadiri kuliah bersama kawan-kawannya. Insyaallah jika tiada aral menghalangi tahun ini mama akan konvokesyen untuk menerima ijazah dalam Pendidikan Sejarah. Saya selaku suaminya sangat bersyukur dan berbangga dengan semangat yang ada pada mama yang masih mampu menyahut cabaran untuk belajar meningkatkan profession pendidikan. Sekurangkurang pemikiran dan pengetahuan akan bertambah.

Minggu lalu pada hari ahad mama selamat kembali ke rumah di Keningau. Saya tengok dia seakan berfikir dan menghayal memikirkan sesuatu. Saya tidak banyak bercakap dengannya, kerana memberinya peluang untuk berehat, maklumlah jauh Kota Kinabalu ke Keningau hampir 140 kilometer atau lebih hingga ke rumah kami. Tentu penat mama sangat terasa, maka saya biarkan saja. Sampai di rumah, saya arahkan anak-anak mandi secepatnya kerana maghrib sudah menjelang agar kami anak beranak dapat solat berjemaah. Saya sempat berbisik kepada anak-anak menyatakan bahawa mama nampak tidak baik mood, maka usah ganggu dia, biarlah mama tenang menyediakan juadah malam ini. Hehe saya cuma sempat memasak nasi sahaja pada petang sebelum mama minta dijemput.

Selesai solat maghrib, saya ke ruang dapur melihat apa yang mama masak. Anak-anak sedang membaca dan ada yang mewarna objek. Mama kemudian mula berbicara dalam keadaan sayu. kasihan pula saya tengok. "Hari ini tak sangka malang menimpa saya, ingatkan abang yang mengambil..bila fikir keadaan dan tindakan saya, rasanya mustahil suami saya sendiri mengambilnya sebelum saya ke UMS" inilah kata-kata mama dan saya terasa terkejut bila ada persangkaan sesuatu terhadap saya sebagai suaminya sendiri. "Kenapa? macam ada benda hilang saja ni!" inilah pula kata-kata saya. Mamapun mulalah bercerita hingga habis memberi saya maklumat dan penjelasan. Selesai mama bercerita sayapun berkata. "Mestilah hilang kalau macam tu cara mama, ke manapun pergi harus bawa bersama, susah sangatkan bawa beg yang kecil saja tu..tidak risaukah jika ada yang hilang..iyalah biarpun kawan tapi kita tidak boleh 100% percaya...masalah hilang ni berpunca dari kelalaian mama tau!" Saya geleng-gelengkan kepala sungguh tidak puas hati dengan cara mama bertindak. Mama diam seketika dan mengiyakan kata-kata suaminya ini.

"Ingatkan tidak berlaku kehilangan, mama singgah saja ke tandas, bukannya lamapun...mujurlah tidak diambil semua, anggap sajalah bukan rezeki kita, saya akan berhati-hati selepas kejadian ini, mama seolah sukar menerima kehilangan benda tu..kami berdua saja..bukan ada benda yang mahal2 saya beli di Kota Kinabalu melainkan keronsang dari kawan-kawan saya di UMS"

Pada pagi sebelum mama bertolak ke Kota-Kinabalu, ada saya bertanya dan cuba memberi nasihat kepada mama, seolah saya terasa kurang selesa pada pagi ahad yang lalu.

"Lebih baik ikut bas express saja..selalunya cepat juga sampai ke KK, nampak kawan mama ni lambat, bayang hidungpun tidak ada" inilah kata-kata saya sebelum meninggalkan mama di hadapan balai polis.Kerisauan saya adalah kerana kawan mama itu wanita juga yang akan memandu keretanya ke Kota Kinabalu pagi ahad lalu.

"Tak apa kami sudah sepakat...kejap dia sampaila tu" inilah pula mama cakap. Selepas diberi keyakinan saya hidupkan injen kereta semula selepas mama menerima panggilan dari kawannya yang hampir sampai menjemput mama ke UMS.

Untuk menyedapkan hati para pembaca semua, sebenarnya mama ( wife) telah kehilangan wang yang disimpan rapi di dalam begnya. Mama memberitahu saya bahawa kereta kawannya berhenti untuk ke satu kawasan yang ada perkhidmatan tandas, mama pun keluar ke tandas dengan tidak membawa beg tangannya bersama. Kata mama, dia yakin kawannya boleh jaga, kerana mereka berdua sahaja. Masa mama keluar dari kereta, kawannya memang tidak keluar kerana katanya dia tidak terasa ke tandas. Mama dengan penuh kepercayaan meninggalkan beg di tempat duduknya di bawah jagaan kawannya yang memandu. dalam perjalanan mama tidakpun terniat mahu membuka begnya itu.

Apabila sampai di pekan Keningau, mama lalu terniat mahu membelikan anak-anak kuih dan buah-buahan. Alangkah terkejutnya mama apabila wangnya hilang dan hanya tinggal beberapa yang berwarna merah dan ringgit2. Kata mama dia sempat mengagak saya yang mengambilnya, tetapi segera mama sedar bahawa begnya ada ditinggalkan di dalam kereta kawannya semasa mama pergi ke tandas. Barulah mama sedar dan merasa sangat sedih kerana hari itu berlaku malang yang menimpa dirinya iaitu kehilangan wang. Berapa yang hilang biarlah menjadi rahsia kami, siapa orang itu kawan sekuliahnya juga biarlah menjadi rahsia kami. Allah maha tahu dan kami anggap wang itu bukan rezeki kami, malah kami menganggap orang itu lebih memerlukan wang itu.

Saya nasihatkan mama agar menghalalkan saja wang itu. Tidak perlulah difikirkan sangat. Wang boleh dicari sebenarnya. Saya nasihatkan mama agar bila bersua dengan kawannya anggap tiada perkara yang belaku, tetapi lain kali harus berwaspada. Selain daripada itu, saya memberi nasihat kepada mama bahawa kita tidak boleh menuduh bulat-bulat dia, kerana memang tiada bukti dan tiada yang nampak. Saya minta agar mama serahkan pada Allah sahaja, kerana Dialah yang lebih mengetahui setiap perbuatan kita sebagai hambanya.

Kalau begitulah keadaannya memang tiada siapapun yang dapat menolong menyelamatkan keadaan. Saya harap masa akan datang pengajaran ini dapat memberikan iktibar kepada mama dan kepada sesiapa sahaja wanita seperti mama tidak akan meletakkan kepercayaan biarpun kawan sendiri dalam bab meminta tolong menjaga keselamatan wang di dalam beg. Berbagai perkara kita boleh andaikan jika kita tinggalkan beg tangan yang punyai wang dan dokumen lain seperti kad pengenalan diri. Jadikanlah cerita saya sebagai panduan agar berhati-hati di mana sahaja.Pastikan kawan itu benar-benar jujur. Tetapi lebih baik kita berusaha sendiri dengan membawa ke mana sahaja beg tangan kita terutama kaum wanita.

Salam ukhuwa dan hanya berserah padaNya.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

8 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

:( .. biasa la tu..dah benda nak jadi..nak buat camner.. dah takdir..
ni salah satu ujian dari illahi jugak kan? bersabar jer la kay..
hope u and ur wife will be more better (and ofcourse, more careful) next time..

kawan2.. jangan percaya sangat..walaupun yang best friend.. dah banyak kali dah berlaku camtu kat Terry.... arghh.. sakit hati bila terkenang.. :( ...

well.. take care..

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam...setiap kali membaca n3 sahabat etuza terasa tenang hati...etuza dianugerahkan kebaikan dan kelembutan hati yang tak terkata....menghalalkan saja wang yang dicuri .... kenapa kami berdua tidak ada kelembutan dihati macam etuza.....bertuahnya kakak bersuamikan saudara etuza.... bertuahnya anak2 mendapat bapa sesuci etuza....saya harus panggil apa ya...abang atau pak cik...huhuhuhu

Unknown berkata...

To Terry
Terima kasih memberi ulasan. Memang macam itulah terry.Benda dah nak jadi.Lagipun ada kesilapan yang berlaku. Kita tidak dapat mentafsir hati manusia, kita tidak boleh percaya sepenuhnya. Ada eloknya kita simpan keyakinan hanya pada diri sendiri, kadangkala ada masa dan saat kita perlu negetif sedikit dalam hidup ini. Kalau semua fikir positif..tak baik juga. Nah apa jadi pada wife saya tu. Tuduh siapapun kita tak tahu. Serah ja pada Allah.

Unknown berkata...

Salam alimaz.
Maaf late membuat ulasan semula sebagai repond dari laman EWWK.
Hehe..panggil manapun ok saja.Maybe lebih elok panggil abang sajalah khas untuk bro alimaz.
Hakikatnya kita menyesal dengan apa yang berlakupun tidak berguna alimaz. Dalam bab wang ni...sukar sekali kita tuduh menuduh walaupun kita dapat agak, masalahnya tiada bukti. Jika ditanya sekalipun pasti kita pula lagi kecewa. Pada saya apa boleh buat semua berlaku kerana kita diuji. Lebih baik kita halalkan saja, sesungguhnya Allah lebih tahu. Semua itu berlaku mungkin ada hikmahnya. Pada masa yang sama wife saya kehilangan wang. Sebelum mama balik dari KK datang kawan lebih kurang jam 3.30 petang ahad, datang melunaskan hutangnya pada saya sebanyak RM 300.00. Mama kehilangan, kawan saya bayar hutangnya. Janji di bayar awal tahun ini, tapi baru ada rezeki..dapatlah dia bayar semula. Alhamdulillah. Duit mama hilang tidaklah sampai jumlah hutang kawan saya tu..kurang dari itu. Oklah alimaz. Kami dah lupa semua tu. Topik ini..hanya bawa kita insaf bahawa menuduh adalah satu perkara yang sukar apabila kita tidak ada saksi. Jawapan yang paling ampuh untuk keadaan seperti mama ialah bersabar dan serahkan ada Allah yang lebih mengetahui.

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
baru tahu isteri pakcik tengah sambung ijazah..kagum dengan semangat mereka yG da berkeluarga ni, tapi masih sambung pengajian..m0ga kejayaan muncul jua =)
hmM..
kes hilang barang rupanya..tapi itulah, kadang2 kita sendiri yG cuai..zaman kini jenayah boleh berlaku tak kira siapa mangsa & pemangsa, di mana jua..malah rakan sy pernah hilang beg tangannya ketika sedang bers0lat di dalam surau! be careful..m0ga2 kita semua dilindungi dari kejahatan makhluk2-Nya..

Unknown berkata...

Wasalam azrai.
Tahun akhir dia 2010, insyaallah.Tepat sekali kata2 azrai ni, samalah dengan adik saya padu Van saya pergi solat jumaat di pekan keningau. Bila balik ke van, cd player dalam van di rompak. Maknanya orang dah tak kisah di dalam rumah Allah seperti suraupun ada juga orang panjang tangan. MaysaAllah azrai...dunia dah nak kiamat. Semoga cepat sedarlah semua yang suka mencuri tu, moga kita juga terpelihara dari menjatuhkan maruah kita sebagai Islam.

MF berkata...

Salam..
Moga uncle etuza skeluarga tabah mhadapi..

InshaAllah, psti ada hikmah drNya jga.. Skurang2nya, kami yg muda2 ni bleh ambil iktibar dr apa yg berlaku.. Jzkk =)

-Ayat cintaNya-

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan mmbanggakan diri,”

(Surah Al-Hadid (57): 22-23)

Unknown berkata...

salam S Of Almight.
Terima kasih beri sokongan padu. Harap kita jauh dari sifat keji " sombong dan bangga diri.
Sesungguhnya agama kita menganjurkan kita hidup saling tolong menolong.

Insyaallah hanya bersabar dapat memberi ketenangan fikiran, mogakita diampunkan doda lalu.Amin