Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 22 April 2010

Sakit Suatu Kifarat & Ujian

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Keadaan orang yang sakit juga boleh menginsafkan kita terhadap hakikat hidup yang sebenar. Hidup di dunia yang bersifat sementara tetapi penuh dengan perkara-perkara yang mempersonakan hatta kadangkala melalaikan kita daripada melaksanakan segala kewajiban.

Di samping itu semasa terlantar sakit memungkinkan seseorang itu menyedari kenyataan bahawa manusia tidak berkuasa melawan takdir Yang Maha Berkuasa. Lantaran itu apa jua musibah yang menimpa sama ada penyakit ataupun kemalangan seharusnya dijadikan satu pengajaran ke arah mendekatkan diri dengan Allah s.w.t, selaku pencipta dan pentadbir alam semesta melalui usaha dan amal yang disyariatkan.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan supaya mempergunakan sebaik mungkin masa sihat sebelum datang masa sakit. Memanfaatkan masa sihat bukanlah mengisinya dengan perbuatan mungkar dan maksiat. Akan tetapi menggunakan masa sihat itu untuk melaksanakan serta melakukan apa juga amal dan usaha bagi memperbaiki taraf hidup di jalan yang diredahi oleh Allah.

Kerana itu, janganlah putus asa dan marah apabila jatuh sakit. Sebaliknya gunakan masa sakit itu untk menginsafi segala perbuatan yang salah untuk dilakukan sama ada sengaja atau tidak dan berazamlah untuk memperbaiki diri dan bertaubat setelah sembuh. Mudah-mudahan keazaman serta kesungguhan yang diiringi dengan usaha dan amal yang ikhlas kerana Allah akan memperolehi imbuhan yang sewajarnya, di dunia dan di akhirat.

Wallahu a'lam.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

14 Pesona Kata Hati Mereka:

uj berkata...

ye betul sakit satu kifarah dosa yang mungkin sengaa atau sebaliknya pernah kita lakukan...mudah-mudahan terhapusla dosa-dosa kita sebagai manusia dan insan yang memang tidak dpat lari dr silap dan salah selagi kita hidup di dunia ini..

namun bersyukur lah juga... kerana kita adalah insan terpilih olehNya...sebenarnya kita diberi perhatian olehNya..

waAllahua'lam

Unknown berkata...

Salam uJ
Anda muncul yg pertama..selamat datang ke laman EWWK. Semoga kita saling menyokong.
Apa yang UJ katakan memang benar sekali, kita wajib memohon ampun dan segera bertaubat dari segala dosa lalu, kita wajib mengingati kematian yang pasti.Jika sakit segera ingat kuasa Allah..jika ketika sihat di dalam kelalaian. Mari kita sama2 ingat bahawa azab pedih di akhirat sana menanti. Wallahualam

Abd Razak berkata...

Salam...

Sungguh sakit itu merupakan kifarat menghapuskan segala dosa, ujian yg diturun utk kita berfikir bahawa kita ni bersifat lemah dan Allah hendak mengangkatkan derajat kita

Aida Ali berkata...

Sakit menginsafkan kita - hamba yang lemah

Unknown berkata...

Wasalam Araz.

Bila sakit, berbagai rasa kita tanggung. Hanya dengan meningatiNya dan tawakal padaNya mampu memberi ketenangan. Bila sembuh, ucapkanlah alhamdulullah sesungguhnya Allah memberi kita ruang untuk beramal kebakan. Beruntunglah hambaNya yang sangat tinggi kesabarannya.

Unknown berkata...

Salam Aida Ali.
Terima kasih sudi melawat EWWK. Semoga sihat ya.
Benar memang kita dituntut untuk segera menginsafi tiap kesilapan diri.

windi berkata...

setiap kejadian yang berlaku semestinya pengajaran kepada orang yang tidak mengalaminya.

MofizPutra.com berkata...

emm betul teringat kata-kata Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, jangan mengangap sakit itu satu bencana kepada kita, bersyukurlah krn allah memberikan kita sakit, krn dengan sakit dapat menggurkan dosa2 yang tlh kita lakukan.. :p


hemm ada hikmah segala apa yang berlaku

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
benar..sabar & redha itulah hakikat iman yG sebenar..jika sakit, berusaha la untuk sembuh dengan penuh kesabaran, redha akan ujian.. jangan terus bermalas, menyalahi takdir Tuhan kerna ia akan membuatkan kita ditimpa 'sakit' yG berkali2..

etuza berkata...

Salam piez.
Tq kerana terus beri sokongan pada EWWK.
Insyaallah kadang sakt tu peringatan kepada kita agar ingat pada Allah. Mungkin ada klalaian maka Dia ingatkan dengan cara sakit. Jika sakit..cepatlah berusaha untuk sembuh dengan mengharap redha Allah.

etuza berkata...

Salam azrai
Menilai kebesaran Allah adalah satu tanda kita kurang yakin padaNya. Marilah satukan keyakinan bahawa Allah maha besar, Dia tahu semua perkara yang tersembunyi.

MF berkata...

Salam..

Alhamdulillah.. Ringkas, namun cukup utk mmberi ksedaran..

Ujian & ksakitan mrupakn tnda kasih syng Allah kpd kita.. Mngkin, niat kita ad tersasar.. Mngkin, kita dh mula slalu lpakn Dia, lpa bersyukur kpdNya.. dn jga mengingatkn kita kembali, nikmat dunia ni sbentar je.. xkekal dn akn pudar..

Jd, ia mrupakn tnda ingatan Allah kpd kita.. Bayangkn mrk yg dkenakan istidraj.. Yg mna, ats dosa2 yg mrk lakukn, Allah bg la mrk nikmat2 dunia.. spy mrk btambah sesat.. hanyut dlm dunia.. dn kat akhirat kelak, mrk akn diazab dgn azab yg xterperi..

Na'udzubillah.. Moga Allah tetap mmberi kita ujian2 dn ksakitan2 agr kita xlarut dgn dunia yg fana ni.. Amin..

Zikri Husaini berkata...

sakit... memberi peringatan kepada hambanya...agar terus mengingatinya.... tak kira waktu senang/susah...

Ary_Putra berkata...

Artikel yg menarik bisa di jadikan bahan renungan kita bersama. terima kasih sharenya ya. salam