السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada seseorang perempuan yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan suruhan agama apatah lagi berbuat kebaikan. Kerana ketaatanya kepada Allah, perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali dia hendak memulakan sesuatu. Kelakuannya itu tidak disenangi dan disukai oleh si suami dan sentiasa mengejak isterinya. Si isteri mendiamkan diri sahaja setiap kali diajek, sambil berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya itu. Suatu hari, si suami berkata ''suatu hari nanti, engkau akan kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu''. Kemudian,dia memberikan sejumlah wang yang banyak kepada isterinya untuk disimpan. Lalu si isteri mengambil dan menyimpan wang itu ke tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa, namun kelakuannya itu diintip oleh si suami yang selepas itu mengambil dan mencampakkan wang yang itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Beberapa hari kemudian,si suami memanggil isterinya dan berkata,''Berikan kepadaku wang yang pernah aku berikan untuk disimpan suatu ketika dulu.''Kemudian, si isteri pergi ke tempat dia menyimpan wang tersebut. Seperti biasa, dia akan memulakan dengan bacaan ''bismillahirrahmanirrahim.'' Alangkah terperanjat si suami apabila si isteri memberikan bungkusan wang tersebut kepadanya. Dia berasa bersalah kepada isterinya dan terus bertaubat kepada Allah.
Kepada pembaca laman EWWK ini, saya mengambil artikal ini dari majalah mingguan ILUVISLAM keluaran 16 - 22 April. Bacalah ILUVISLAM kerana terlalu banyak manfaat membaca bahan bacaan seumpama ini.
Marilah fikirkan sendiri kisah ini.
12 Pesona Kata Hati Mereka:
bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...dengan berkat basmalah ini, moga diri ini, keluarga diri ini sentiasa di bawah lindunganMu selalu.. begitu juga dengan pengingat tentang basmalah kepada diri ini iaitu penulis blog ini...... Aminnnnn
Salam...
Kelebihannya mengatasi segala apa yg di dunia ni
salam ziarah..
Subhanallah..Maha Suci Allah dr segala kekurangan..kisah yG menarik penuh hikmah pGajaran..1st time dengar..syukran yer pakcik atas perk0ngsian
Maksud bismillah itu sendiri pun dah bagus...klu Allah nak berikan sesuatu...seklip mata dapat ganjarannyer..
salam,
Satu perkongsian yang menarik.
Wasalam azrai.
Terima kasih, azrai masih ke laman EWWK. Maha suci Allah, maha hebat pengasih dan penyayang. Baginya apapun tidak mustahil.Sebab itu kita wajib yakin sebenar2 yakin. Insyaallah.
Salam Araz.
Tepat sekali..tiada sebab mengapa kuasa Allah tidak di yakini.
Salam Zaidah.
Setuju pada kata2 puan, semuanya benar. Tq
Haji muda
Salam..ukuhuwa..jemput membaca di laman EWWK.
Terima kasih perkenalan.
salam
begitu byk kelebihan ayat al-Quran walaupon hanya membaca bismillah.. =)
Iya..relitinya hakikatnya memang nyata dan jelas terang benderang. Tiada selindung fadilat ini. Amalkanlah..
Bismillah..
Eh.. Tetiba jmpa blik brg sy yg hilang.. hehe.. Jzkk uncle ats nasihat.. =)
Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :
Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi).
Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.
Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Catat Ulasan