Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 27 April 2010

Cabaran Membentuk Jati Diri Remaja ( part 1)


Realitinya, bukan mudah sekarang membentuk diri sebagai seorang muslim dan muslimah yang mempunyai jati diri agama yang kuat dan kental. Tidak dinafikan, di dalam diri setiap remaja mempunyai bayangan dan keinginan untuk membentuk diri mereka sebagai seorang yang berdisiplin, berilmu, berketrampilan dan berguna bagi diri, keluarga, masyarakat , negara dan umat Islam seluruhnya. Namun kebanyakan keinginan dan bayangan ini kecundang dan tewas di tengah-tengah medan tempur yang dihadapi setiap hari. Sehinggalah sampai ke satu tahap remaja menjadi hanyut dan lemas dalam keadaan yang melalaikan daripada menyedari dan melaksanakan tanggungjawab. Lama kelamaan mereka menjadi lali dengan keadaan ini. Pada masa ini dengan mudah mereka akan ditelan oleh jerung di lautan ganas.

Realiti sebagai cabaran yang dihadapi oleh para remaja dalam perjalanan hidup harian mereka antaranya ialah:-

1. Hawa nafsu yang cenderung kepada perkara tidak berfaedah.

Hawa nafsu tidak nampak dek mata. Tidak terjangkau oleh fikiran. Ia tersembunyi di dalam diri remaja. Ia bergerak aktif tanpa mengenal erti rehat dan jemu yang sentiasa mendorong dan menyalurkan keinginan ke arah perkara yang tidak berfaedah. Mudah, relaks dan menyeronokkan ( happy go lucky) adalah tiga umpan berkesan yang disogokkan oleh hawa nafsu kepada setiap individu untuk melalaikan mereka daripada memikirkan dan melakukan perkara yang berfaedah bagi diri sendiri dan oang lain.

2. Iblis dan syaitan yang membisikkan keindahan maksiat.

Iblis adalah musuh manusia sepanjang zaman, di segenap tempat dan dalam semua keadaan. Ia sentiasa mendampingi manusia dan memperdayakan mereka supaya melakukan perkara yang memudaratkan. Iblis memperhiaskan perkara jahat sebagai suatu yang baik dan menguntungkan. Mereka telah bersumpah di hadapan Allah SWT akan menghalang keturunan Adam daripada mengikut jalan Islam yang lurus. Iblis membisikkan ke telinga para remaja bahawa hidup mengikut jalan agama adalah membebankan dan membosankan. Sebaliknya membisikkan ke telinga remaja supaya hidup bersuka ria, bebas dan tanpa tanggungjawab sebagai suatu yang menguntungkan, mententeramkan dan menggembirakan hati.

3. Rakan dan kawan jahat yang memberikan hasutan supaya turut serta dalam kejahatan.

Semua orang mahu hidup berkawan. Hidup keseorangan adalah membosankan dan merupakan penjara dunia. Namun kadang-kadang remaja kecundang dalam berkawan apabila terpengaruh dengan perlakuan-perlakuan yang tidak baik.

4. Bahan hiburan dan bacaan yang menjauhkan remaja dari Agama.

Terlalu banyak bahan hiburan dan bahan bacaan yang melalaikan para remaja daripada mengingati Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Dewasa ini, berbagai bentuk filem yang memujuk jiwa remaja ke arah perkara yang tidak berguna dan tidak berfaedah. Tidak kurang pula peniaga-peniaga mengaut keuntungan melalui penghasilan bahan - bahan yang mengkhayalkan remaja. Peniaga mendapat untung, remaja menjadi rosak dan kadang-kadang terjerumus ke lembah jenayah yang membinasakannya.

Bila remaja terdedah kepada bahan-bahan ini, kesannya ialah mereka hanyut dengan paparan yang di saksikan atau dibaca. Akhirnya remaja tidak dapat mengawal diri daripada mencontohi perlakuan dan tindakan yang telah ditonton atau dibaca. Siapakah yang rugi? Peniaga yang menjual bahan atau diri remaja itu sendiri ?

5. Kekurangan pembimbiing dan pendakwah yang mengajak ke jalan kebaikan.

Setiap manusia perlu peringatan terutama genarasi muda dan remaja. Namun malang menimpa mereka. Sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah diserang bertubi-tubi oleh musuh dari segenap penjuru, orang yang mahu menyelamatkan mereka pula tidak ramai.

Langkah menyelamatkan diri . ( membina benteng dan perisai yang kebal )

1. Benteng dalaman..

Tunaikan solat lima waktu dengan penuh penghayatan. Solat yang ditunaikan dengan penuh penhayatan akan dapat menghalang diri daripada melakukan kemungkaran. Fahami makna-makna bacaan dalam solat. Hayati perbuatan-perbuatan yang dilakukan dalam solat.

2. Elakkan diri daripada melakukan dosa dengan sengaja.

Apabila seorang insan muslim telah mencapai umur mukallaf, maka dia telah dipertanggungjawabkan atas segala kerja dan perbuatan yang dilakukannya. Kerja baik mendapat pahala. Manakala kerja yang jahat atau maksiat akan mendapat dosa. Doa ini akan menyebabkan titik hitam pada hati manusia. Hati pula adalah raja kepada tubuh badan manusia. Apabila hati bersih maka manusia akan menjadi baik. Sebalikkna apabila hati hitam dan kotor, manusia menjadi jahat. Berterusan melakukan dosa akan menyebabkan hati menjadi hitam dan kotor.

Manusia yang hatinya hitam dan kotor akan lebih mudah dan terdorong melakukan kejahatan. Sebaliknya dia amat susah dan berat untuk melakukan kerja baik. Apa akan terjadi pada manusia sekiranya keadaan ini berterusan? Hatinya semakin hitam pekat. hatinya langsung tidak nampak jalan melakukan kebaikan. Segala ilham dan hidupnya akan dicurahkan ke arah kejahatan. Bukan sahaja cenderung kepada kejahatan, malah akan turut membenci orang yang melakukan kebaikan dan berasa senang bergaul dengan orang jahat sepertinya.

Salam informasi tentang masalah remaja & punca serba sedikit.







Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

8 Pesona Kata Hati Mereka:

MofizPutra.com berkata...

alhamdulilah satu info yang berguna..memag betul utk mebentuk insan muslim/ah pada hari ini teramatlah susah, bnyk cabaran dan dugaan, dek kerana kemajuan teknologi yang mebangun, remaja semakin sukar dikawal.. tp dengan didikan drp rumah sejak kecil, insyallah,allah membantu kita

Unknown berkata...

Salam apiez...
Sedih juga..ada kalangan anak2 terdidik dalam pangkuan ibubapa, tapi akhirnya dipengaruhi akibat kawan2 lain. Betapa kuat pengaruh kawan ini...mintalah cepat insaf, sedar dan bertaubat. Insyaallah.

uj berkata...

jatidiri iman yang kuat dan teguh insyaallah boleh menepis anasir tak sihat diluar...sebenarnya banyak pihak terlibat dalm hal ni...bukan ibubapa di rumah sahaja...kerajaan, msyarakat setempat, qariyah surau masjid...semua bertanggungjawab...namun didikan asuhan sedari kecil sejak masih didlm kandungan lagi seterusnya ibubapa yang membentuk dan mencorak kain putih itu la yang PALING penting..eceh..cam tazkirah lakk

Kamsiah yusoff berkata...

salam
t/kasih kerana berkongsi info yg berguna...kerana memang benar menjadi ibubapa sekarang teramatlah berat dan besar cabarannya...cabaran dari persekitaran-pengaruh kawan2 yg paling dibimbangkan...
keranja itu kita kmesti anmik tau siapa kawan2 anak2...latar belakangnya...

Tanpa Nama berkata...

erk! terasa aku ada jati diri lemah

insap2




Latest: Santai Ahad: Mandarin Oriental

Hot!: Ciri Wanita Idaman Lelaki

penjejak maya berkata...

salam ziarah ke sini moga anak didik menjadi insan yang berguna..

Amirah Rashid berkata...

salam uncle. nice post. xsbr tggu yg seterusnya :) mmg betul, solat tiang agama. tp still ade org yg abaikan. moga kita xtergolong dlm klgn org2 mcm tu.

penghuni60 berkata...

salam singgah, lawatan dari jauh...