Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 6 Jun 2010

Kata hati & nasihat untukku dan kepada yang membaca. Terima kasih


Asalamualaikum & salam sejahtera.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua para saudara dan sahabat blogger etuza, semoga sihat semuanya. Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran padaNya kerana hari ini petang ahad saya berkesempatan membuat catatan di laman etuza warna kehidupan sebagai langkah baru dalam arena penulisan dan maklumat maya kita.

Sebagai manusia biasa yang lemah dan serba kekurangan, kita semua sesungguhnya sering diuji dengan pelbagai ujian dan pastinya ujian atau dugaan hidup itu saling berbeza pada setiap yang bergelar manusia. Saya dan keluarga tidak terlepas dari ujian itu. Dalam menghadapi ujian itu, kita seharusnya sabar dan tabah serta sentiasa kuatkan semangat dan yang paling penting ialah sentiasa berdoa kepada yang maha kuasa yakni Allah untuk membantu kita menyelesaikan tiap masalah atau dugaan yang menimpa. Percayalah bahawa dengan mendekatkan diri pada Allah kala susah dan gundah atau kala riang dan gembira kita akan mudah mengatasi masalah, Allah ringankan bebanan dan lancarkan apa juga usaha kita dalam meleraikan kekusutan atau kemelut hidup yang melanda kita.

Dalam melalui hari-hari kita usahlah lupa pada kuasa Allah, zikirlah dalam hati sebagai tanda kita amat dekat denganNya. Sesungguhnya hanya Dialah yang mampu serta benar-benar tahu membantu kita kala dilanda musibah. Pada saya, ketakutan dan kesalan akibat dosa-dosa lalu perlu kita lunaskan dihadapan Allah dengan cara memohon ampun dan meminta agar Allah mengampuni kita. Dosa lalu ibarat hutang kita pada Allah, dan kita bagaikan tidak mampu membayar hutang denganNya secara total hingga bila-bilapun. Maka dengan itu ada air mata bergenang di kelopak mata ini, mengalir lembut membasahi pipi, keadaan ini berlaku kala saya berqasidah dan zikir munajat bersama anak-anak. Sayu dan syahdu kedengara suara anak-anak berzikir lembut merdu kala lepas solat maghrib. Zikir munajat itu berkaitan membesarkan Allah, menyatakan bahawa tiada yang lain selian Allah dan allah itu maha besar, di samping menyatakan bahawa Nabi Muhammad itu rasul Allah yang akhir zaman. Setiap kali qasidah dan zikir ini kami lafazkan..ada takut menghantui, teringat hari kematian kita, teringat segala rezeki yang Allah beri dari segi masa, makanan minim, pakaian, kesihatan dan lain-lain bentuk rezeki yang Dia beri tanpa minta imbalan dari segi harga kepadaNya.

Sungguh Allah itu maha kaya, tidak putus-putus memberi kita rezeki yg pelbagai. Mengapa ada yang tidak bersyukur, mengapa ada yang menyombong diri dan lupa akan asal-usulnya dahulu. Ya Allah inikah akhir zaman. Lihatlah di sana sini maksiat berlaku, maksiat terhadap masa dan ruang legar di mana - mana di alam nyata. Masa sering kita katakan bahawa masa itu adalah emas permata, bagaikan pedang menikam kiranya kita menghargai masa yang Allah beri. Maka kita manfaatkan dengan pelbagai kegiatan dan riadah sosial. Masa remaja, masa muda dan masa tua kita kini kita lalui bersama. saya terfikir begitu banyak membuang masa, begitu banyak lalai dan sering di tipu oleh keadaan yang menghambat kita, hingga akhirnya tanpa sedar kita sudahpun membuang masa. Padahal masa-masa yang terluang itu kita wajib menggunakannya dengan sebaik mungkin, gunakan untuk menunaikan janji kita padaNya yakni solat lima waktu. Sayalah yang antara kita sering terlalai dan tidak menepati masa solat lima waktu. Bohonglah jika saya katakan bahawa solat saya sentiasa up dated. Sebab itu saya katakan bahawa kita manusia biasa yang punya kelemahan berbanding Allah yang cukup hebat dan maha besar.

Wahai saudara ku..tiada yang terbaik dalam catatan saya kali ini, selain sebuah ungkapan nasihat untuk diriku sendiri dan kepada semua bahawa kita semua berhadapan dengan saat kematian, bila masa, harinya, minggu, bulan ke berapa dan tahunnya kita tidak tahu, yang lebih tahu adalah Dia yang Rahman dan yang Rahim. Marilah sering mengingati kematian kerana dengan mengingati mati kita akan sering teringat kuasa Allah, kita akan tunaikan solat dan sebaiknya solat ikut waktunya. Marilah bersama beramai-ramai mencari amal yang baik agar amalan itu mampu kita bawa bersama ketika berghadapan dengan Allah. InsyaAllah. Marilah saling menyayangi dan menghormati seluruh keluarga kita sendiri, pada jiran dan kawan-kawan di mana juga. Marilah mengabdi kepada Allah dengan penuh ikhlas dan jujur. Usahlah berkata bongkak dan sombong kepada sesiapa sahaja, kerana perbuatan seumpama itu hanya merosak akidah dan akhlak kita. InsyaAllah Dia tahu hati nurani kita, dia tahu hati budi kita. Hanya padaNya kita pohon rahmat dan keredhaan pada semua amal kita tika di dunia pana ini. Atau selagi ada nywa terkalung dalam jasad kita. Allhualam.

Salam ukuhuwa sesama.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

20 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Salam kepada semua.
Ruang chat saya buka buat sementara waktu, insyaallah saya akan buat chat yang baru. Selamat membaca. Maaf lambat sangat buat n3 baru.

Melatidaisy berkata...

salam..

semoga pak cik sekeluarga sihat sentiasa hendaknya..

terima kasih ats peringatan..semoga Allah merahmati.:)

Unknown berkata...

wasalam .
Terima kasih sokongan adik. Tahniah berfikiran positif dengan n3 pcik ya. Catatan ini kata hati saya kerana melihat diri sendiri amat kekurangan dalam mengejar masa tepat waktu solat. Salam alaika.
Jemput dtg lagi & mengulas lagi. alhamdulillah.

Abd Razak berkata...

Salam...

Apa khabar cikgu? Moga sihat hendaknya. Lama juga cikgu tak update blog cikgu, mungkin tidak punya ruang waktu utk ke sini.

Moga waktu yang ada dipenuhi dengan segala yang manfaat buat cikgu dan keluarga. Selamat bercuti.

Unknown berkata...

Wasalam Araz...alhamdulillah tuan menyapa saya, menegur bermakna ada kemesraan antara sesama insan. Gembira rasanya menyambut sapa Araz..insan sarawakian yg baik, alhamdulillah semua kami di sini sihat saja..selamat bercuti juga untuk tuan Araz. Tq ke blog saya.

NICK IRFAN berkata...

eh! uncle lama xnmpk? pegi mner? sebulan lebih gak? ape2pun welcome back uncle!!! :)

Unknown berkata...

x pi mana2 ni nick...hari tu langsung x ada mood, hilang entah ke mana mood saya nak berblog. Hehe..fb buka juga tu nick..uncle rasa nak kembali buat n3 di blog uncle ni..dah ramai pengikut...pasti tertunggu2 apa lagi catatan terbaru uncle..tak salah gunakan masa untuk membaca dan buat n3 baru di blog, janji jaga solat 5 waktu.
salam

uncleJoe berkata...

a'a lama tak nampak.... semoga sihat2 selalu... so dah come back ni,... mesti banyak benda boleh dikongsi nanti....insyaAllah...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

Salam ziarah etuza.... rindu kami berdua dengan tulisan etuza.... lama betua cikgu menyepi ya..... anyway welcome back.....

Unknown berkata...

wasalam alimaz & uJoe.
harap sihat..ceria dan bahagia. Mohon maaf lama menyepi, insyaallah cuba teruskan laman etuza ni. Ada juga kita sembang di fb tu alimaz..terima kasih still ingat saya orang sabahan. Tq menanti n3 saya ya...sesungguhnya membaca itu meluaskan pengetahuan dan belajar itu sebenarnya amalan sepanjang hayat. Insyaallah

Rafi Harumin berkata...

salaam...

betulla paci... jangan hilang lama sangat.. ramai yang tercari cari.. selamat kembali.. (saya yang mahu 'bercuti' ni)

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
kembali menc0ret di laman ini setelah sekian lama..m0ga ukhwah kita terus berpanjangan.. =)
InsyaAllah, segala peringatan diambil buat renungan & pGajaran

Unknown berkata...

wasalam asraf..
org2 yg rajin mencari ilmu saja yang adakalanya menunggu n3 kita. Saya open fb juga tu asraf..lebih kepada sembang ringkas2 ja. Insyaallah selagi ada kemmpuan dari segi masa dan buah fikiran.
Hehe asrafi pula nak cuti..alamak baru pcik kembali ni tau asraf.
Betul perlu rehat juga ..tu

Unknown berkata...

wasalam azrai..
memang pcik paling menanti sapa dan tegur dri azrai...Insyallah terima kasih sokongan. apapun kita kena rehat jg azrai. terutama macam usia pcik tak terkejar masa. Papun..terus mencuba..kongsi mana2 yang baik.
Salam

Yun berkata...

Salam,

Nice blog. Teruskan ya...

Unknown berkata...

wasalam ..
Yun..tq beri suntikan semangat..insyallah

MF berkata...

Salam ziarah uncle..

Lma mnunggu posting dr uncle.. huhu

Alhamdulillah, uncle dh kembali beraksi..

Terima kasih ats nasihat.. untukku dn untukmu.. amat bermanfaat =)

Unknown berkata...

wasalam SoAgty.
Terima kasih sokongan anda. Insyaallah cuba teruskan n3 baru. Terima kasih dan tahniah positif pada n3 baru uncle. Marilah mencari ilmu selagi hidup..alhamdulillah

black_mel berkata...

nice..nasihat dan tips yang beerguna..hope ramai student2 yang baca..

Unknown berkata...

insyaallah, harap macam tu blck-mel