Asalamualikum & salam sejahtera.
UMAT ISLAM DIINGATKAN JANGAN TERPENGARUH
KUALA TERENGGANU: Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang menjadikan agama sebagai alasan untuk melakukan amalan sunnah yang tidak jelas termasuk berkahwin dengan kanak-kanak di bawah umur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka sepatutnya bijak membuat penilaian dan tidak mudah terpedaya dengan cara seseorang itu berpakaian serta berperwatakan alim sedangkan hakikatnya mereka tidak mempunyai asas agama yang kuat.
“Sebab itu saya berharap kita jangan lekas buat keputusan setiap perkara itu sunnah sedangkan perkara itu sendiri bukan sunnah yang dilakukan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W,” katanya di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup forum ‘Sensitiviti Agama dan Implikasi kepada Pemikiran Umat Islam Masa Kini’ di sini kelmarin.
Turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail.
Jamil Khir demikian ketika diminta mengulas perkahwinan kanak-kanak Siti Nur Zubaidah Hussin, 11 tahun, yang berasal dari Dabong, Kuala Krai, Kelantan dengan seorang lelaki tabligh berumur 41 tahun pada 20 Feb lepas.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak berkenaan telah dikahwinkan oleh ayahnya sendiri Hussin Mat Salleh, 54, dengan Shamsuddin Che Deraman selepas percaya bahawa perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhammad.
Lelaki yang digelar ‘Shamsuddin Ajaib’ itu juga dikatakan telah mengatur perkahwinan anak perempuannya sendiri yang berusia 10 tahun dengan rakannya yang dikenali sebagai Azhar pada 19 Februari lalu.
Selepas berkahwin, Siti Nur Zubaidah telah dilarikan, sebelum dijumpai ditinggalkan di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur petang Sabtu.
Jamil Khir berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat dan memandang serius dalam hal-hal seperti itu dan tindakan sewajarnya sedang diambil terhadap mereka yang terlibat.
Beliau berkata, semua negeri mempunyai Enakmen Keluarga Islam di mana anak perempuan yang ingin berkahwin hendaklah berumur 16 tahun ke atas manakala yang berumur 16 tahun ke bawah mesti mendapatkan kebenaran mahkamah syariah negeri terlebih dahulu.
6 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam...
Ilmu Islam wajib dituntut agar tidak berlaku perkara2 yg terlarang dlm islam. Dlm Islam tidak ada ikut-ikutan, kena pelajari akan setiap ilmu. Andaikata ini berlaku akan adanya anasir merosak aqidah dan sebagainya.
Wasalam Araz.
Pilu rasanya membaca paparan ini, di Malaysia.
Itulah manusia tidak terlepas dari hasutan syaitan, jika amalan tidak kukuh dan tidak jelas buruk padahnya.
Dalam hal ini Araz...satu kesilapan besar berlaku, mengaibkan agama Islam yakni agama Allah. Bak kata pepatah seekor kerbau mbawa lumpur semua terpalit.
Salam alika
salam dan sabhulkhair uncle :)
begitu sukar sekali untuk menjadi follower uncle.saya telah mencuba beberapa kali namun masih tidak keluar di paparan uncle.akhirnya saya telah menggunakan akaun yahoo.alhamdulillah sudah keluar nampaknya...
selamat berkarya :)
Oyes! iyaka..ciannya..tahniah berjuang adik dapt juga ilmu ict dan berjaya membuktikan kesabaran, sesetengah orang tu kalau jumpa masalah macam adik cekodok dah cabut lari.padahal benda buruk jadi baik kalau kuat usaha. Syabas! ya maulana
laman mr cekodok
alhamdulillah budak tu selamat. kesian dye. kesik lagi, and masa depan dye panjang lg. tp ditimpa masalah mcm tu. semoga org lain ambil iktibar :)
salam etuza...nasib baik adik tu selamat...semua atas doa dan pertolongan daripada allah.....semoga anak2 kita terpelihara oleh NYA...
Catat Ulasan