Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 17 Mac 2010

Miliki kesabaran & Usah mudah berputus asa.

Catatan saya ini hanyalah sebagai musahabah pada diri saya sendiri, menyedarkan diriku sendiri kerana dalam membina blog saya yang bertemakan warna-warna kehidupan yang merujuk kepada keadaan kehidupan kita yang penuh dengan situasi manis dan pahit, senang dan susah, kaya dan miskin, sedih dan senang , tawa dan tangis, bahagia dan derita. Semuanya merupakan asam garam kehidupan yang saya umpamakan sebagai MEWARNAKAN KEHIDUPAN KITA SEMUA SEBAGAI MANUSIA HAMBANYA.

Dalam membicarakan blog atau laman maya, saya merasa syukur nikmat kerana adalah sedikit ilmu yang saya perolehi hasil membina blog. Sebermula saya tidak khususkan blog saya apa arahnya atau apa imejnya, tetapi saya ambil cara menulis dalam pelbagai bentuk meliputi realiti kedewasaan dan apa juga kegembiraan anak-anak untuk saya sharing dengan sesiapa sahaja. Itu membuktikan saya MAHUKAN KEPUASAN BERBLOGGER. Pemblogger kerdilpun cukuplah.

Saya sekali lagi memohon maaf kerana laman blog saya ini bukan yang terbaik untuk anda, walaupun mungkin inilah caraku dan inilah yang terbaik untuk saya sendiri. Rasa nikmat itu biarlah saya syukuri. Seandainya ada maklumat yang dibaca, memberi impak pada kehidupan realiti kita semua saya ucapkan terlebih dahulu SYUKRAN DAN ALHAMDULILLAH. Semua yang baik datang dariNya dan tiap kelemahan itu datang dari diri saya dan kita semua.

Para pembaca yang saya banggakan sekalian. Sebagai memberi peransang ke arah membina keyakinan diri, marilah kita bersama-sama cuba memahami seterusnya menghayati beberapa potong terjemahan dari al Quran ini:

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan bolej jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216-

" ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12-

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."

-Surah At-Taubah ayat 129-

Terima kasih & datanglah selepas sibukmu berlalu ke laman
etuzaWKehidupan.





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
agreed with u..
mmG kita berbloG untuk kepuasan sendiri..itu yG utama..di samping lain2 matlamat, seperti memberi manfaat kepada semua pembaca..
apa2 kekurangan kita perbaiki sedikit demi sedikit, ini pun satu pr0ses pembelajaran kan..terbuka menerima cadangan membina.. =)

Amirah Rashid berkata...

salam.
betul tu. blog ni dah mcm sebahagian diri kita. sbb kebanyakan cerita hidup kita ada dlm ni :)

Unknown berkata...

wasalam
azrai. Kalaulah kita di sapa dalam blog, kita diberi salam..rasanya itu nikmat sebenanya..tak apa kita jauh tapi bagaikan dekat dengan blog2 kita..memberi dan menerima. Sebaik2nya macam itu..apa2 yang kurang itu..apa nak buat kita x mampu buat yg terbaik.
Pcik minta diri dulu ya.
Tq masih setia bagi ulasan.

Unknown berkata...

Wasalam.
To amirah
Nampak anda blogger baru alam blog pcik, anda ada unsur kemnusiaan, anda mesra maya..tanpa dipinta memberi sokongan. perlakuan semacam amiralah yang semestinya diamalkan oleh para blogger. InsyaAllah bila ada tag amira pcik akan cuba mmberi setakat keupayaan pcik. Beri sokongan berbentuk ulasan. So kerana itu amira di pilih oleh EWWK sebagai penerima award dari pacik. Iya tak cantik tapi tanda saya amat menghargai ulasan dan kunjungan amira.