Dalam mencari bahan baru, catatan baru dalam laman saya, maka saya terfikir baik juga aku bercerita lagi tentang apa yang realiti dalam kehidupanku. Sebenarnya banyak bahan yang boleh dikongsi dengan bahan catatan apa sahaja. Sesuai dengan lamanku warna-warna kehidupan ini. Saya sukakan kepuasan, walaupun sebenarnya manusia ini hakikatnya tidak pernah akan merasa puas dengan apa yang ada.
Banyak perkara yang aku alami yang aku rasa dalam kehidupan ini. Tetapi peristiwa ini sukar aku lupakan, peristiwa ini memekarkan jiwaku, menghidupkan jiwaku agar terus meyakini. Sebelum itu aku hendak bertanya ada blogger semua, pernahkah tertekan apabila sesuatu benda seperti kunci kereta contohnya tidak dijumpai padahal kita merasa kita simpan dengan rapi di tempat yang selamat. Jika pernah samalah apa yang aku rasa. Suatu hari, selepas peristiwa penyamanan ke atasku akibat aku menjamin kawan membeli kereta, aku mula mencari buku akaun AM Banc yang memang aku simpan rapi di dalam laci. Pertama kali mencari aku dapat jumpa dengan mudah dan tidak lama. Aku keluarkan buku akaun AM Banc saya itu dan bawa ke banc tersebut di cawangan daerahku.
Selepas di up dated, maka selesailah urusan aku dengan buku akaun AM Banc saya itu. Seminggu kemudian ada keinginan dalam hatiku untuk membuat tambahan simpanan ke buku akaun AM Banc saya itu, barulah aku mula mengingat di mana aku simpan selepas tempoh hari. Satu saja yang paling aku ingat iaitu aku meletakkan buku akaun banc saya itu di atas sebuah almari di ruang tamu di ruang bawah rumah kami. Gerak hati saya sangat kuat tempatnya memang di atas almari. Tetapi bila saya periksa di atas almari itu, rupanya tidak ada, puas mencari dan mencari dari jam 2 petang hingga maghrib. Biasanya bila saya mencari sesuatu mama sering menyalahkan saya, katanya aku ini lalai, salah letak, tidak berhati-hati, pelupa dan tidak mementingkan keselamatan. Pedih hati mendengar, berdesing telinga ini mndengarnya. Biasa kalau mama meleter menyalahkan aku, aku akan meleteri dia juga, saya cuba pertahankan bahawa memang aku tak cuai, dan mula lah aku menyalahkan anak-anak. Anak-anak ketakutan bila aku mula menuduh mereka. Tetepi kali itu tidak seperti kebiasanku jika mencari sesuatu benda.
Tetapi sejak petang hari itu hingga maghrib saya mencari buku AM Banc saya itu, saya diam saja dan tenangkan hati, aku amat yakin aku pasti jumpa buku itu. Bila sudah menjelang maghrib aku mula berkata-kata, hairan dan rasa pelik, kerana memang di atas almarilah tempatnya aku simpan. Selepas makan malam dan solat isyak aku teruskan lagi mencari. Anak-anak hairan melihat aku masih selongkar sana sini. Sesekali mama membantu saya mencari. Bayangkan aku mencari dan terus mencari hingga larut malam. Bukan tidak boleh buat buku akaun baru di banc itu tetapi perasaan yakin dalam hati yang mengheret aku terus mencari, tetapi tidak juga jumpa.
Di pendekkan cerita, suasana larut malam sungguh sunyi sepi, maklum saja rumah kami ini jauh dari kampung halaman dan jauh dari jiran sekampung. Saya lalu melihat jam, sudah menunjukkan jam 1.30 minit malam, dah menjelang sebelah pagi. Dalam mencari dan mencari itu saya berzikir dalam hati, mohon agar Allah mudahkan dan tidak menjadikan aku orang yang berputus asa. Saya bulatkan keyakinan untuk memohon bantuan dari Allah. Selepas melihat jam aku ambil air semgahyang solat sunat dan menadah tangan berdoa agar Allah membantu saya dalam mencari buku akuan banc saya itu, saya merasa seolah-olah buku itu amat penting bagi saya untuk saya bawa ke AM Banc esok harinya. Saya doa bersungguh-sungguh, saya minta tolong sungguh-sungguh dan mengharap kekuatan dari Allah. Yang saya ingat sepatahpun kata kasar di mulut saya tidak keluar waktu mama menyalahkan aku dan aku tidak berkatapun kepada anak-anak saya semasa saya mencari. Yang aku buat ialah terus mencari dan mencari. Selepas berdoa pada Allah malam itu, aku masuk tidur. Semua anak-anak sudah di buai mimpi lena, hanya aku seorang terkial-kial malam itu mencari buku Am Banc trsebut.
Tepat jam 4.30 pagi saya terjaga dari tidur, terus teringat mahu sambung kerja pencarian dari petang kelmarin lagi. Sebelum itu saya bersihkan diri dan sembahyang solat subuh. Sekali lagi saya berdoa pada ilahi. Dalam hati berbisik " Ya Allah tolonglah mudahkan urusan aku mencari buku tersebut, aku yakin benar aku akan menemuinya dengan izinMu". Perlahan aku menghampiri almari di ruang tamu bawah rumah yang saya katakan bahawa buku itu aku simpan di atasnya. Almari itu setinggi 7 kaki. Entah kenapa seolah ringan saja tanganku mengangkat sudut almari tersebut dan menggerakkan sedikit dari dinding stor bawah tangga rumah kami. Selepas saya gerakkan almari itu saya, saya cuba muatkan kepala saya untuk melihat adakah buku akaun saya itu. Alangkah terkejut, rupanya buku itu ada di bawah almari itu. Aku lalu mengambil buku itu dan aku hampir menitiskan air mata kerana Allah membuktikan kekuasannnya, membantu dan mengkabulkan doaku. Aku tertanya bagaimana boleh jatuh buku itu kerana anak-anak tidak naik ke atas almari, seingat aku buku itu tersimpan rapi dan tidak akan jatuh kerana di hadang lagi oleh dinding stor.
Bagaimanapun, saya mengambil keputusan mengatakan aku yang mungkin cuai meletakkan buku itu ke atas almari hingga jatuh. Tetapi mengapa boleh jatuh sedangkan almari itu atasnya lekuk maksud saya bentuk kotak sedikit dalam lantai atas almari tersebut. Bila sudah jumpa saya berastagfar banyak, lega rasanya hati, aku nampak kuasaNya, ku rasa sangat dibantu oleh Allah. Aku tidak henti berzikir menginagti Allah hingga menjelang siang.
Apabila anak-anak bangun saya kumpul anak-anak dan aku ceritakan pengalamanku itu. Anak-anak terdiam mendengar ceritaku, saya beri tahu mereka apa yang saya buat hingga terjumpa buku itu. Aku beritahu anak-anak wajib meyakini kewujudan dan kekuasan serta rahmat Allah. Saya katakan pada anak-anak jika ada masalah yang sukar diselesaikan mintalah sesungguh-sunngguh hati pada Allah,kalau kita di pihak yang benar, neschaya Allah akan membantu kita. Alhamdulillah itulah pengalaman realiti kehidupanku. Cerita biasa sahaja, tetapi menakjubkan. Kepada sesiapa sahaja yakinila adanya Allah, walaupun kita tidak nampak Dia. Yakinilah bahawa jika bukan dengan pertolongan Allah siapa lagi, lihat saja sekeliling alam semuljadi, udara, air sungai dan tumbuhan di sekeliling kita, pasti ada yang menciptakannya yakni Allah seru sekalian alam.
Salam realiti yang pasti dari etuzaWarnaKehidupan.
6 Pesona Kata Hati Mereka:
Subhanallah..
Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya..
Salam. Alhamdulillah, yang gelap kembali cerah. Terima kasih kerana tuan sama-sama menyinari pagi ini.
Salam...
Seluruh kehidupan kita wajib kita serahkan kepada Allah Azza wa Jalla baik senang ataupun susah kerana segala2nya dariNYA
salam
tersenyum saya baca entri etuza kali ni
bkn apa...pasal asyik salah menyalah antara suami isteri hehe....
mmg mcm tu la kalau kita mencari sesuatu yg penting....mula la salahkan org lain...yg kadang2 sebenarnya bkn salah sesiapa pun...
wasalam 4 insan yang kembara maya, singgah berteduh di laman etuza..
Sila lah pintu mayaku sudah di buka.
Kpda Slave & tuan haji Isa..terima kasih..membaca catatan yang tidak sepertinya...benar Allah itu maha mengetahui..
To Araz & Kamsiah.
Yup!tepat sekali..susah dan senang harus kita ingat Allah, inilah jalan terbaik sebenarnya...putus asa jangan sekali.
Kam's...adat suami isteri, cuma seingat saya waktu itu saya tak banyak cakap..saya cari terus...diorang tak tolong sayapun tau! tapi saya tetap relex...kerana yakin sungguh saya akan jumpa..entah kenapa pada siangnya tak terlintas nak alihkan sedikit almari tu...hehe tq ya.
Subhanallah.. :-)
Catat Ulasan