Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 7 Mac 2010

Cerita dan realiti hidpku ( apa yang terbuku di hatiku )

ASALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Hujung minggu merupan hari-hari yang ditunggu oleh kita semua, sebagai kakitangan awam, rasanya saya tidak malu jika saya katakan bahawa hujung minggu bagi saya adalah hari istemewa, hari yang perlu dimanfaatkan. Kalau dapat pada hujung minggu ini mahu dibuat semua kerja-kerja yang belum selesai. Kalau yang tinggal di kampung atau desa, mahu bersihkan kawasan rumah, hendak ke kebun dan semuanya mahu dibuat. Kepada yang dapat membuat banyak kerja pada hujung minggu saya ucapkan tahniah dan syabas.

Saya tidaklah terkecuali dari perasaan seumpama itu, namun saya katakan hujung minggu hari istemewa itu adalah kerana saya dapat meluangkan masa bersama anak-anak, makan bersama dan bergurau bersama-sama, jika semua anak-anak yang tinggal di asrama balik ke kampung halaman. Selain itu dapatlah melihat kehijauan bunga di laman sepuas hati, menyiram dan membersihkan kawasan yang semak. Seronok rasanya sambil-sambil menanti suara wife kita memanggil untuk menjamu selera kala pagi dihujung minggu. Selain itu boleh bersiaran ke rumah orang tua, pasti anak-anak seronok menemui nenek dan datuk mereka. Cuma yng paling istemewa ialah dapat berehat dan bersantai di alam maya membaca dan memberi komen entri kawan-kawan blogger. Dalam pada berehat itu, bila tiba waktu solat, tinggalkan dan tunaikan cepat-cepat. Kalau tidak santai di maya ternet kita lepak depan televisyen..menonton dan kalau ada paparan berita kita tengok dan dengarlah semua apa peristiwa di Malaysia amnya dan di Dunia luar kita. Sekurang-kurangnya banyak ilmu bertambah sebagai koleksi masa depan yang ceria dengn ilmu-ilmu baru.

Panjang pula intro saya. Baiklah, suatu hari saya dikejutkan oleh dua orang yang tidak di kenali Dari Kota Kinabalu, Sabah. Mereka ke rumah saya pada jam 9.00 malam. Hatiku berkata apa yang telah saya buat hingga datang orang yang saya tidak kenal berkunjung ke rumah malam ini. Saya mula mencari kesalahanku tapi tidak menemuinya, rasanya saya hidup bukan ada mengganggu orang, mencuri jauh sekali. Saya sedut nafas panjang dan mempersilakan dua insan itu masuk ke rumah. Wife saya memandang saya dengan wajah hairan. Dipendekkan cerita, akhirnya baru saya tahu selepas diberitahu bahawa mereka datang untuk menghantar surat panggilan mahkamah atas kegagalan membuat pembayaran Kancil bernombor SAA 8510H. Baru saya sedar dari lena, bayangkan sejak 2004 hingga 2009 saya baru tahu rupanya kancil atas nama saya sebagai penjamin pada mulanya akhirnya berubah atas nama saya berikutan sahabat saya masa itu belum bekerja dan tiada pendapatan tetap. Atas dasar persahabatan, mungkin juga kerana kami tinggal sebilik maka saya dengan rasa senang hati menjamin dia untuk membeli kancil produa itu.

Oh!! macam itu, selama ini saya langsung tidak tahu sahabat saya itu telah menjual kancil pada orang lain tanpa memberitahu saya. Tup2 saya dipanggil dan diheret ke mahkamah pada perkara yang bukan tanggungjawab saya. Ya Allah apa bencana menimpa ini pada saya. Saya dengan hiba dan hampir keluar air mata memohon agar dua insan itu memberi pelepasan barang sehari atau dua hari untuk saya berbincang dengan keluarga dan datang ke AM Banc cawangan Keningau untuk berbincang. Saya tarik nafas panjang sekli lagi kerena mereka melihat saya seorang yang tenang dan tidak menyergah mereka dengan kata-kata keji atau kesat. Benar malam itulah baru saya teringat sahabat saya masa di UMS, ingatkan dia baik-baik saja dengan kancil produa itu, rupanya dia dah ubah hati untuk menjual kancil itu secara sembunyi. Wahai sahabatku...apa dayaku, hanya memohon pada Allah agar saya diberi kekuatan menghadapinya.

Alhamdulillah dengan kecekalan hati dan semangat rasa di pihak yang tidak benar mengiyakan saja, bersetuju untuk melunaskan saki baki dan hutang-hutang sahabat saya itu. Khabarnya kancil di lelong dan ada baki di Am Banc tidak dibayar. Rupanya macam itu, haram saya benar2 tidak tahu.Almahdulillah sekali lagi saya berjaya melunaskan hutang2 dia dan kini nama saya tidak lagi di dalam senarai hitam dalam sistem bank negara. Saya rasa, perlu menghubungi pembeli kancil sahabat saya dan meminta sedikit ehsan darinya agar bagilah semula beberapa ribu untuk ganti wang saya hingga belasan ribu ringgit. Inilah manusia sikap suka berjanji, mahu buktikan janjinya jarang ada manusia menunaikannya. 2010 dan kini Mac menjelang, khabar sesen pun belum ada dari kawan sahabat saya yang membeli kancil dia selepas hujung tahun julai 2009. Begitu juga dengan sahabat saya yang jauh itu, sukar dihubungi, hanya jiran dia yang saya kenal telah saya hubungi. Ya Allah saya sekali lagi mendapat tamparan hebat apabila saya menerima sms menyalahkan saya, menistakan saya dan menuduh semua berlaku atas kesilapan saya. Wajarkah saya disalahkan secara 100%. Saya merasakan nilai kemanusiaan, saling membantu dan tolong menolong, menghargai dan menyenangkan orang yang di anggap sahabat terdekat...itu salahkah. Sedang saya dibeli dengan janji..janji itu memujuki saya, tetapi inilah hakikat manusia...saya terkena juga, walaupun saya anggap persahabatan kami suci dan murni.

Wahai teman yang membaca, hari ini terasa sangat ingin menghubungi orang yang berjanji untuk bertanyakan khabar, apa cerita dan adakah sedikit untuk di masukkan ke dalam akaun saya nanti. Saya gagahi diri, bukan sebagai pengemis tetapi rasanya hak anak-anak saya telah saya beri pada kepentingan orang lain. Jika bukan anak-anak saya rela tidak meminta wang ganti dari sahabat saya itu. Lupakah janji itu sahabat, lupakah saya punya anak-anak yang lebih berhak terhadap rezeki yang saya ada. Setelah menghubunginya...kegagalan saja yang saya perolehi. Terima kasih sahabat....saya harap anda akan mengingati kami sekeluarga. Semoga sahabat bahagia dengan duniamu sendiri. Saya tidak dendam, saya tidak benci sesiappun kerana saya tahu membenci orang samalah dengan menyumbat jasadku ke bara api neraka.

Akhirnya pada hari ini, saya telah putuskan agar semua ini biarlah saja Allah yang mengetahui bahawa segalanya saya telah halalkan, telah saya relakan semuanya. Saya tidak nafikan berat rasanya untuk merelakan...apakan dayaku. Saya bermusahabah diri bahawa wang kekayaan tidak akan digendong ke liang lahad, tetapi alangkah bahagianya apabila kita kembali ke pangkuan ilahi dengan rimbunan amalan yang menyuluhi jalan ke akhirat kelak. Jika ada amalan itu saya sangat bersyukur pada Allah atas kurnia itu. Kata orang biarlah 1 yang hilang tetapi Allah akan lipat gandakan lagi rezeki kita...rezeki dalam bentuk kejernihan hati, kebahagiaan, kesihatan, umur panjang dan kejayaan anak-anak. Saya dengan sesungguhnya memohon padaNya agar kami diberi rezeki seumpama itu, agar dapat lagi menghambakan diri padaNya. Insyaallah.

Selepas hari ini saya akan lupakan memori itu, lupakan semua derita menimpa, lupakan ketamakan meminta pada orang lain, semoga jiwaku lebih aman, tenang dan lebih bersabar. Saya tahu kita umpama hidup menunggu ajal dan maut. Esok lusa kita tidak tahu adakah lagi nyawa di badan. Jikapun kita masih bernadi hari esok itu semua nikmat yang Allah berikan. Nikmat kehidupan yang perlu kita nikmati yang perlu kita jalani dengan mengamalkan semua yang baik-baik. Dengan itu kita akan disayangi oleh Allah seru sekalian alam.


Salam ceritaku dan apa yang terbuku dihatiku kini terlerai.
Salam ukuhuwa fillahi.






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka:

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam. Terima kasih atas perkongsian ini. Nyatalah ungkapan “buat baik berpada-pada” itu benar. Cikgu melepasi ujian. Mudah-mudahan Allah mengekalkan jiwa cikgu yang tenang dan menambah rezeki cikgu dan keluarga. Wassalam.

Unknown berkata...

Wasalam tuan haji..
Terima kasih atas kata-kata motivasi tuan haji..saya rasa lega dgn meluahkan apa yang saya pendam ini di ruangan laman etuza ini..bukan niat menghebahkan masalah saya tetapi memberitahu agar orang lain lebih berhati-hati.Itu yang tersirat..kadang-kadang air yg tenang jangan disangka tiada buaya. Rambut sama hitam tapi hati siapalah yang tahu selain Allah. Wasalam

Abd Razak berkata...

Salam...

Nilai utama dari sebuah kehidupan, bukanlah apa yang kita dapatkan, tetapi apa yang telah kita lakukan..

Sudah waktunya kini kita menaklukkan keangkuhan diri dengan melayani sesama dan berbuat kebaikan, di saat orang lain datang meminta tolong..

Kejahatan dibalas dengan kebaikan..

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam etuza...hampir menitis air mata baca posting etuza....saya juga pernah terkena dgn kawan masa sama2 belajar dulu....tapi saya tak sekuat etuza....saya sampai sekarang tak dapat nak memaafkan kawan saya itu..... apa yang patut saya buat.....semoga allah saja yang memelihara etuza sekeluarga...allah akan balas rezeki yang berlipat kali ganda kepada kamu.....

Unknown berkata...

hmm.. mmg menyedihkan cerita uncle sy pggl uncle bleh? sy bru 20... hehehe hmm... tu la skrg ni susah nk pcya org kdg2 tu org yg kta kenal pun mkn kita.. jgn rsau uncle sbb klu kita buat kat org nnt org buat kat kita balik... ape2 pun sy doakan lps ni rezeki uncle bertambah dan harap2 kwn uncle kembali ke pangkal jalan........

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
simpati sekali membaca luahan hati pakcik kali ini..tidak salah berk0ngsi, kernanya hati akan lapanG & kawan2 dapat hikmah pGajaran..

nyway sy kagum dengan kesabaran & ketenangan pakcik melalui ujian sebegini..insyaAllah, DIA akan hadiahkn yG lebih baik kelak..ingat, pergantungan kita bukan pada manusia tp hanya padaNYA..manusia hanya sebagai asbab, tidak kesahla walau apa pun carany

Unknown berkata...

Wasalam kepada semua yang ikhlas membuat ulasan biarpun sedikit.

To A. Raz.
Saya percaya an yakin benar Allah lagi akan menghukum saya dengan ujian lain jika saya bertindak diluar kemanusiaan, Islam melarang umat bertelagah, bergaduh dan mendendami orang lain. Apalah sangat yang kita beri itu...sebaiknya kita halalkan saja...Terima kasih memberi semangat dan membenarkan tindakan saya.Alhamdulillah.

Unknown berkata...

Alimaz ( kembara terasing)

Terima kasih bersimpati ya. Mulanya macam itu lah yg saya rasa, tipu kalau saya kata saya tidak kecewa. Apa boleh buat..saya dah usaha, bersabar hingga kini. Bukan juga saya putus asa, tetapi seeloknya biarlah saya halalkan saja tidak lah sangat membebankan orang tu. Saya yakin Allah memberi restu pada tindakan saya ini. Lebih baik redha. Terima kasih doa alimaz itu. Semoga saudara alimaz juga dimurahkan rezeki.Insyaallah.

Unknown berkata...

Nick Irfan.

Itulah Nick..manusia akhir zaman, termasuk Uncle..ada hikmah disebalik kejadian ini. Terima kasih masih ingat uncle semoga juga nick dapat mengambil iktibar dari peristiwa menimpa saya...Salam ukuhuwa.

Unknown berkata...

To Azrai..

Terima kasih kerana berkesempatan membaca catatan pcik tu.
Memang itulah tersirat pada catatan pcik tu..sekiranya ada yang mengambil iktibar dari pengalaman sebenar & realiti hidup pcik ini. Langkah bijak ialah berhati-hati dan lebih peka menghalusi keadaan akan datang.Azrai, untuk kes pcik ni kecil saja, saya percaya orang lain juga ada yang mengalami setuasi saya..tetapi caranya berbeza, mereka sefahaman dan saling mengerti maka mudah untuk diselesaikan. Sepertinya saya yakin orang itu ada sebab mengapa membuat saya demikian, dan saya yakin dia akan datang memohon maaf walaupun sebenarnya saya dah memaafkan dia. Insyaallah..betullah hidup ini memerlukan kesabaran. Tq dan semoga azrai sentiasa diberkatiNya.

ALoNa CintamaniszLite berkata...

belasan ribu ringgit?? aduhai...tu kan utk simpanan anak2, simpanan jika berlaku kecemasan dlm famili kita??

Sy pun tak tau nak komen apa. Tp mmg selalu benar sy dengar kes2 macam ni berlaku dlm saudara-mara sy. Ada yg menjamin loan utk jiran tetangga yg dh diibaratkan bgai saudara sendiri. Akhirnya dorang senang2 ada tanah dan rumah..tp saudara sy tu pulak yg terpaksa jual tanah dan umah utk settlekan loan tu.
Ada kes pulak...saudara sy menjamin loan kawan baik dia. Kawan baik dia meninggal dunia, sakit. Tetapi anak2 dia yg dh bekerjaya berpangkat tinggi2 tak mau tanggung. Tp harta arwah bapak dorang...dorang nak. Hutang arwah bapak dorang tak nak tanggung. Yg kena tanggung??? Tentulah bank cari penjamin..

Byk lagi ler, etuza kalo nak cerita. Tu ler sebab kenapa suami sy sgt susah utk jd penjamin. Rekod dia skang..dia cuma menjamin adik ipar dia yg membeli kereta. Tu pun sebab adik ipar dia tu ada 'rekod peribadi' yg baik. Tinggal 4thn lagi nak abes bayar tu. Mintak2 dia bayar ngan dedikasi.

ALoNa CintamaniszLite berkata...

saudra etuza;
anggap laa..semua kejadian ini ada hikmahnya. Ini semua utk menguji iman dan kesabaran kita sebagai hambaNya.

Unknown berkata...

Salam alona.

Terima kasih tag komen, ianya sangat berharga bagi saya.
Itulah penagalman pertama saya menjamin orang lain beli kereta. Akhirnya nama kereta atas nama saya. Kami sama2 belajar di UMS tu, saya kerap pi menumpang di bilik dia..saya kerja dulu baru belajar balik.
Baik orang tu alona, tapi..entah bagaimana jadi macam tu. Keluarga dia dah saya hubung...bagitau hal anak dia. Macam ini jugalah keadaan. Tak apalah...saya dah halalkan..memang semua orang ketawa tindakan etuza ni...kedengaran & kelihatan merimaskan orang...apa daya ku, orang yang sebener jauh sangat, susah nak hubung. Harap dia tenang dan mohon ampun pada Allah. Saya dah lupakan selepas catatan saya ini, biar kawan2 blogger menilai tindakan saya. Yang x suka tu harap pulangkan pada Allah, yang sokong saya alhamdulillah bermakna dia nampak kenapa saya bertindak melupakan dengan memulangkan perkara ini pada pertimbangan Allah di akhirat. Allahualam

alang berkata...

Salam saudara etuza. Rasanya lebih manis klau saya panggil abg je.

erm, mula2 baca posting nie, rasa tenang dan gembira tetapi sebaliknya di akhiran artikel.

Apapun abg, masa skrang baru kita tahu yg sahabat yg kita anggap suci dan baik dulu rupanya tidak layak dipanggil sahabat. Apapun semuanya ada hikmah. Saya tiba2 terfikir, jika perkara ini tidak terjadi kepada abg, dan secara kebetulan abg terjumpa kembali dengan sahabat abg dulu. Mungkin kali ini dia akan meminta abg menjadi penjamin utk perkara2 yg lebih besar dan berat. Dan abg percaya seratus peratus dia tidak akan menipu abg. Bahaya jugak tu.

Apapun semoga banyak bersabar ye abg.

Unknown berkata...

Terima kasih alang...terima kasih banyak2 ya