Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 6 Mac 2010

Kajian tindakan kaedah perbaiki P&P

ImageSESEORANG pendidik akan berdepan pelbagai masalah dan isu berkaitan pelajar, sama ada daripada segi masalah sosial, pengajaran dan pembelajaran atau tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

Pendidik yang prihatin dengan permasalahan yang dihadapi pelajar mereka perlu melakukan refleksi bagi membuat penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran demi peningkatan pencapaian pelajar dan mengatasi setiap masalah yang timbul. Satu daripada aktiviti penting seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang dilalui, memikir-mikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian dinamakan refleksi. Selepas refleksi dilaksanakan, pendidik perlu melakukan Kajian Tindakan bagi mengatasi permasalahan berbangkit.

Menurut (Jamil 2002), budaya penyelidikan dalam kalangan guru yang cuba dipupuk melalui projek Kajian Tindakan adalah kepercayaan dan nilai yang mementingkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, akauntabiliti serta berpegang kepada konsep penambahbaikan berterusan dalam suasana kerja kolaboratif. Guru yang mempunyai budaya penyelidikan adalah guru yang bersikap positif terhadap penyelidikan, celik penyelidikan (research literacy) iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan Kajian Tindakan sama ada secara individu atau kolaboratif, bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, melakukan penilaian kendiri serta membabitkan diri dalam penyelesaian masalah dan peningkatan profesionalisme.

Ditulis oleh SYED ISMAIL SYED MUSTAPA


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka:

alang berkata...

Tapi akhir2 ni, saya tgk kerja cikgu semakin bertambah. Yela, klau rotan sikit ataupun marah dengan niat nk mendidik, tak pasal2 parent budak tu datang sekolah dan serang cikgu tu. Walhal takde apa2 pun cuma budak2 tu sengaja mereka2 cerita. Adehh. Ntah la. Myb dekat tempat etuza takde lagi murid2 macam tu. :)

Unknown berkata...

Alang, murid2 kita sama saja..nakal biasa tu normal sebagai kanak2.Pasal merotan sikit jika anak itu anak saya, saya terima itu amaran namanya jika kanak2 itu berfikir jauh.Pada saya tindakan membuat refleksi tu wajar dilakukan oleh guru terhadap muridnya yang lebih mengkhusus kepada prestasi akademiknya dan merujuk kepada P&P dalam kelas.
Memang kerja guru semakin bertambah, semakin banyak..saya alaminya. Pada saya, saya amalkan sikap relax, tidak mahu beratkan perasaan. Saya anggap tugasan diberi mudah dan senang dilaksanakan. Jika rasa berat kerja2 yang diberi alamatlah semakin bertambah berat kerja tu alang. Hingga kerja yang mudah2 sangatpu tidak dapat disiapkan. Contoh lesson plan, sebenarnya kita
salin saja dari HSP atau dari rancangan tahunan, tetapi masih ada yang tidak siap hingga bermnggu2 tak siap. Disinilah letak satu sudut refleksi.

Salam alang tq sembang petang ahad ya. Moga alang ceria..kita borak2 saja..

alang berkata...

Betul tu. Klau kita relax, paham perangai budak, pandai bermain psikologi dengan mereka, InsyaAllah kerja jadi mudah. Dan mereka akan mengikut cakap kita. ;)

Saya bukan seorang guru, cuma jadi tutor sambilan je.

Unknown berkata...

Yup! tepat sekali alang, tqTQtq. All the best! alang.

Zikri Husaini berkata...

Tugas2 yang perlu dihadapi oleh guru.. :-)

Unknown berkata...

zik, memang akhir2 ini tugas guru bertambah2...ada saja pembaharuan..semua untuk anak bangsa kita lebih cemerlang dan pantas memahami ilmu baru