Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 6 Mac 2010

Rasulullah menerima jemputan seorang perempuan

( saja letak gambar ini- cantik)
Salawat dan salam ke atas nabi junjngan Nabi
Muhammad SAW.
Pada suatu hari nabi SAW sedang balik dari menghadiri suatu upacara pengkebumian. Seorang perempuan telah menjemput beliau untuk bermakan-makan di rumahnya. Dia pun dengan sahabat-sahabatnya yang lain menuju ke rumah perempuan tadi. Apabila makanan dihidangkan, Nabi kelihatan susah hendak menelan sesuap makanan itu. Dia berkata:-

" Nampaknya binatang ini telah disembelih tanpa kebenaran tuannya"
Perempuan itu berkata:

" Ya rasulluah, saya telah menyuruh seorang lelaki membelikan saya seekor kambing di pasar. Malangnya kambing-kambing telah kehabisan. Jiran saya telah membeli seekor kambing tempoh hari. Jadi, saya menghantar lelaki itu ke sana untuk membelinya. Jiran saya itu tidak ada di rumah dan yang menjual kambing itu ialah isterinya."

Nabi memerintahkannya supaya membahagi-bahagikan daging kambing tadi kepada orang-orang tawanan.

Nilai: ( perkiraan pada sudut pandangan etuza)
* Berhati-hati pada semua perkara yang melibatkan halal dan haram
* Kita mesti mengetahui punca sebenar makanan yang kita ambil, dari mana dan bagaimana orang itu mendapatkannya.
* Bercakap dengan jujur adalah sebaik-baik amalan yang mendatangkan pahala dan keharmonian hidup.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka: