Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 5 Mac 2010

Buat insan yang KUSAYANGI...


Seandainya aku kehilangan sahabat, aku mungkin boleh mencari sahabat yang lain. Tetapi apabila aku kehilangan kasih ibu dan ayah, sukar untuk mencari penggantinya. Ibu, ayahku terlalu menyayangi kalian. Ibu dan ayahlah satu-satunya contoh insan terbaik buat ku. Tuhan telah memberi aku dua insan yang begitu besar ertinya. Pengorbanan kalian terlalu besar sehingga sanggup menggadai nyawa semata- mata untuk membesarkan aku hingga berjaya.

Terima kasih ibu dan ayah. Yang tidak pernah jemu dan putus asa. Kalian terlalu cekal dan gigih dalam hidup. Hati aku sayu melihat kalian tiap - tiap pagi bangun pergi bekerja. Aku berjanji akan membalas segala jasa ibu ayah terhadap diriku selama ini. Aku ingin melihat hidup ibu dan ayah bahagia dan tenang selagi hayat ibu dan ayah ada. Aku memohon kepada Allah agar hidup kita sekeluarga aman, bahagia dan diberkati oleh Allah SWT.

Ya Allah, Ya Tuhan.. ampunilah segala dosa kedua orang tuaku sepanjang hidup mereka di dunia ini. Dan berilah petunjuk kepada kami sekeluarga ke jalan yang benar.

Salam perpaduan..

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

etuza berkata...

Salam kasih sayang buat mama dan bapaku. Engkaulah ratu dalam jiwaku. Ampuni daku wahai mamaku, limpahkan kesihatan pada ibubapaku ya Allah. ameen

Unknown berkata...

hormati dan hargai ibubapa kita sendiri.

Unknown berkata...

kasih ibu membawa ke syurga

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
testinG k0men yer? new pic..nice =)
hmM, ni pic ibu ayah pakcik yer?
alhamdulillah, masih panjang umur..masih ada masa berk0ngsi apa yG ada kan..

Unknown berkata...

wasalam Azrai.
Yup! dia itulah dua insan ibubapaku.
Macam bersanding..ambil gambar ja selepas adik perempuan ke dua bongsu disandingkan..4 dari lapan kanak-kanak itu anak2 saya.lelaki besar tengah tu anak lelaki saya yg pertama..gambar ni lama dah..sekarang dia 15 tahun dah tu. Tq azrai..moga sihat selalu ya

Abd Razak berkata...

Salam...

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

Unknown berkata...

wasalam.
Araz,seburuk manapun mereka tetap ibubapa kita. Terima kasi membaca catatan pcik tu ya..moga ada manfaat.