Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 4 Mac 2010

Sukar melupakan kenangan lalu, bagaimanakah melupakannya?

Asalamualaikum & salam sejahtera kepada teman2 blogger yang saya kasihi. Siapapun anda jika membaca di laman ini, saya terlebih dahulu berterima kasih setulus ikhlas.
Entahlah bila saat tiba dapatku lupakan semua kenangan lalu itu. Semakin ku cuba melupakan semakin kuat di dalam ingatan. Sungguh kuat kurasakan memori silam itu menjentik kalbu dan jiwaku. Kadangkala aku merasa hairan mengapa mengimbau sejarah lalu yang tidak akanku alami saat itu bersama dia yang pernah menjadi ahli dalam keluargaku. Temanku yang saya hormati, bayangkan hampir 2 tahun kami hidup bersama, bersama anak-anak, makan bersama, bergurau bersama serta semeja makan. Dia aku anggap seperti adikku sendiri, keluargaku atau sesuai juga jika dia bagaikan keluarga angkat kami. Betapa akrabnya kami semua, betapa dia begitu mesra dengan anak-anakku, dia memberikan kegembiraan pada anak-anakku, dia bermain, ketawa dan menyayangi anak-anakku. Begitu akrb kelihatannya.
Wahai Allah yang maha tahu, akukah saja berfikiran sebegini, sedang dia sudah melupakkan kami. Dia tidak pernah muncul dalam keluargaku kini. Semakin jauh dan jauh. Mungkin pada masa ini dia sudah berjaya dalam hidupnya, bahagia dan gembira bersama orang-orang yang dia sayang, tetapi kami sukar melupakkannya.
Ya Allah, mengapa mereka menistakan aku, mereka kata, aku yang bersalah..memanjakan dia dan menurut kehendak dia tanpa berfikir lebih jauh. Aku tidak diberi peluang untuk bersuara, aku bagaikan dihukum pada situasi yang menghambat hidupku suatu masa lalu. Ya Allah inikah yang aku dapat hasil dari pertemuan jiwa kami, hambaMu yang lemah. sedang aku hanya bertujuan mengeratkan hubungan sesama Islam, ku anggap keluarganya sebagai keluargaku. Dan memang aku dan anak-anakku pernah mengunjungi keluarganya. Ya Allah..apakah kesilapan yang berlaku hingga kini, kami bagaikan dibuang, dihukum dan disisihkan.
Sebagai aku yang hanya manusia biasa, aku rela melepaskan semuanya, memaafkan apa saja, menghalalkan semua yang kami beri padanya, mengikhlaskan segala-galanya. Kalaulah ada wang ringgit biarpun sedikit telah kami beri padanya, itu semua telah kami ikhlaskan dan kami halalkan. Usahlah risau pada semua itu. Bagiku kekayaan dengan wang yang melimpah tidak ke mana, elok diberi kepaa yang memerlukan, cukuplah begitu murah rezeki yang diberi oleh Allah seru sekalian alam.
Entahlah mengapa begitu kuat ingatan ini malam ini, entah mengapa secara tiba-tiba aku klik namanya di maya ini, wujud tetapi kabur dan tidak meyakinkan aku. Benar aku begitu risau kenapa sukarku lupakan detik bersamanya, bersamanya di universiti, bersamanya di mana saja, saling mengadu masalah, pernah berdebat mempertahankan pendapat tetapi akhirnya aku mengalah kerana aku lebih dewasa. wajarlah aku mengalah ketika itu. Temanku yang membaca catatanku ini, akulah insan yang terlalu mudah mesra dengan siapa sahaja, aku senang jika di depan mata aku berupaya membuat teman-teman di depanku ketawa dan gembira. Bagaimanapun dalam memilih kawan kita jarang menemukan yang terbaik, tetapi dalam keadaan aku bertemu dengan insan ini terjalin kasih sayang yang sangat dalam, aku menyayangi dia sebagimana aku sayang anak-anaku. Kerana aku lihat dia amat menghargaiku sebagai abangnya juga sebagai kawannya.
ya Allah di mana silap pada persahabatan ini? adakah usia membatasi semua persahabatn agar dapat diteruskan sehingga bila-bila. Padaku usia bukan bererti kita tidak perlu berkawan dengan orang-orang yang lebih muda, tetapi kita jalinkan dengan ikhlas dengan niat kerana Allah, tetapi nampak kesedihan melanda dan kini akulah hamba Allah yang sukar melupakan kenangan bersama dia sahabat yang jauh, sahabat yang serumah dengannya.
Aku tidak tahu apakah cara melupakan kenangan manis bersama insan yang istemewa itu. Atau inikah gangguan emosi kala mengingati waktu yang sudah berlalu. Adakah ini normal sebagai manusia biasa atau adakah aku sahaja lelaki yang merasakan ini, tetapi orang lelaki yang lain tidak ada emosi seperti aku. Entahlah ...cuma padaku, membenci orang itu dosa, melupakkan seseorang yang pernah baik denganku itu aku menghukum diriku sendiri. Maka akhirnya aku lipat sejarah lalu, memeori yang lalu di dalam kamus hidupku. Biarlah aku lupakan kesedihan ini dengan berzikir pada Allah, memohon agar Allah merahmati kita semua. Ameen.

salam kasih sayang dari etuzaWarnaKehidupan

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
pekab0 pak cik?
m0ga sihat & berbahgia brsama famili trsayang =)

hmm, tiba2 sy trinGat yG pakcik pernah tanya kenapa dekat c0mment tu takda keluar gambar pak cik kan..
act sy pun tak pasti, tp maybe pak cik ley cuba cara nie..

1. l0gin blog
2. pilih settinG
3. pilih c0mment
4. cuba pak cik lihat s0alan 'show pr0file image on c0mments?'..
maybe pak cik jawab N0 kot..huhu

Abd Razak berkata...

Salam sdraku..

Usah dilayan sangat perasaan sebegitu. Andaikata keakraban itu berakhir begitu terimalah ianya sebagai satu rahmat dari Allah SWT. Boleh jadi keakraban itu mengundang keburukan dalam keluarga sdra kerana kita tidak mengetahuinya.

Bersangka baiklah kepadanya dan berdoalah kebaikan untuknya

etuza berkata...

To azrai..insyaallah pcik try ya..harap adalah gambar tu. Tq

etuza berkata...

To abdl razak.
Yup! semestinya kita bersangka baik..insyallah .Tq
kadangkala kita diuji dalam pelbagai bentuk. Semoga sahabat yang sudah jauh itu hidup bahagia dengan keluarga dan anak-anaknya, itpun jika dia sudah berkahwin. Ameen