Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 10 Mac 2010

Program keceriaan kawasan sekolah ( fasa 3 )


Mulanya saya sukar terima tugas baru sebagai penyelaras keceriaan kawasan sekolah di sekolah saya bertugas. Tahun lalu pemegang tugas ini merupakan kawan sekerja saya Nasrul Hakim Tugino. Secara tiba-tiba saja jawatan penyelaras keceriaan ini bertukar atas nama saya. Tugasan ini, tidak pernah saya sandang dalam sejarah perkhidmatan saya. Biasanya kawan-kawan saya yang memegang tugas ini dan saya hanya sebagai AJK kecil sahaja.
Semua kawan-kawan tahu saya seorang yang begitu gemarkan bunga2an, mereka tahu saya selalu membantu tukang kebun menyiram bunga2an di pasuan di laman sekolah. Tetapi itu bukan menandakan saya berkeinginan untuk merampas tugas kawan saya itu. Saya harap pihak pentadbir sekolah tidak salah memilih saya memikul tugas yang agak berat ini.
Dalam menyahut cabaran melaksanakan program keceriaan ini, saya di minta membuat kertas kerja dan melengkapkan sekali takwim program ini. Alhamdulilah kertas kerja jangka panjang sudah saya siap dan mengagihkan kepada Guru Besar, semua penolong kanan serta YDP PIBG sekolah sesi 2009/2010 En. Md. Khairil Abdullah.
Mesyuarat AJK tertinggi PIBG juga telah berjaya diadakan pada 5.03.2010 bersamaan hari jumaat yang lalu. Nampaknya dalam mesyuarat selama 2 jam itu memerlukan saya banyak bercakap dengan menjelaskan program dan membuat perancangan. Cukup mencabar. Harapan saya agar semua warga sekolah dapat memberi kerjasama, begitu juga dengan ibubapa agar dapat menyumbang tenaga khususnya projek gotong royong nanti.
Untuk sasaran keceriaan sekolah tahun ini, projek penyeminan beberapa laluan iaitu:-
1. Laluan dari pintu pagar ke bilik guru
2. Laluan ke perhimpunan dan ke kelas
3. laluan ke tandas murid
4. Pembaikan semula, penyeminan lantai ( sulap ) 3 buah pondok rehat di hadapan sekolah.
5. Projek penanaman bunga2an di dalam pasu2an

Satu gotong royong akan diadakan pada 27hb Mac 2010 bersamaan hari sabtu nanti. AJK tertinggi dalam mesyuarat kelihatan merasa risau jika perkara gotong royong itu tidak berjaya apabila kehadiran sangat sedikit, ekoran dari keadaan ibubapa yang sibuk bertani, menuai padi dan mungkin mereka merasa malas datang ke gotong royong.

Dalam memberi pendapat pada hal ini, saya telah berkata kepada semua bahawa tiada alasan ibubapa tidak datang gotong royong sekiranya mereka ada kerjasama, ikhlas membantu pihak sekolah dalam apa sahaja perancangan ke arah kecemerlangan sekolah dan kecemerlangan anak-anak di dalam pelajaran. Ibubapa harus sedar bahawa datang bergotong royong itu membuktikan mereka sangat inginkan kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran. Kiranya ada kalangan ibubapa yang menganggp gotong royong itu tidak penting lalu tidak hadirkan diri, mereka bagaikan ibubapa yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak sekolah. Mereka lupa bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah itu adalah bertunjangkan sokongan ibubapa dalam segala perkara yang baik. Projek keceriaan sekolah sebenarnya bertujuan untuk menjaga keselamatan anak-anak, contohnya apabila jalan ke tandas murid di simen pasti keadaan kasut basah, kotor dengan lumpur semasa hujan tidak akan berlaku. Anak-anak merasa selesa dan tidak akan tergelincir apabila hujan turun nanti. Saya harap berilah kerjasama dengan memberi info tentang gotong royong nanti.

Aktiviti gotong royong itu, sebenarnya satu usaha yang paling baik menyelesaikan satu kerja dengan cepat dan pantas, kerja berat menjadi ringan, terjalin kekeluargaan antara guru dan ibubapa murid. Sekiranya nilai dalam gotong royong itu dapat difahami maka kehadiran dalam gotong royang dengan menjemput semua ibubapa akan terjalin nanti.

Saya harap ibubapa pada masa gotong royang itu dapat datang mengikut waktu yang ditetapkan. InsyaAllah.

AJK penyeminan lorong jalan ke bilik guru ( En. Jamal & En. Adi )
AJK jamuan ( Cik Nurhayati W & Cik Salamie )
Bendahari ( Pn. Ahini Haisin )
Kertas kerja ( En. Mohammad Zali Ayub )
Pengangkutan ( Syarikat Kuan Lot - angkat simen )
Sumbangan minuman ( YDP PIBG En. Mohd Khairil Abdullah)
Mengutip batu-batu bercorak dan putih ( murid sekolah yang akan dipilih)

Salam ukuhuwa






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

bunga2an dalam tag gambar itu bunga di laman etuza. Hehe ! kemarau banyak pupus..dah yang lain..insyaallah nak tanam balik lah ni..

Zikri Husaini berkata...

owhh...ingatkan kat sekolah...

Unknown berkata...

zik...gambar di tepi2 pagar dekat rumah pcik tu..dalam pasu kecik2 tu rumput, tapi bila sentuh rumput ni bagaikan baldu lembut...tak macam ruput biasa tu..tq zik masih ingat pcik