Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 10 Februari 2010

Lelaki ..... kenapa cakap tak serupa bikin...


Asalamualaikum semua.

Entri ini saya copy dari sahabat blog saya alimaz. Of course! saya suka entri ini, harap alimaz tak marah ya. Sangat berkesan jika dihayati info ini. Fikir-fikirkan. Bercakap bohong itu yang tak baik, nanti jadi tabiat bahaya memakan diri sendiri bila cakap bohong ni.

Salam....bukan nak perlekeh lelaki atau suami org.... Cuma nak cakap tentang lelaki tin kosong.

Tau kan tin kosong..... Ada sesetengah lelaki atau suami orang suka cakap besar depan kawan2.... Salah satu contohnya bab rokok.... Depan kawan2 hisap rokok macam tak cukup mulut nak hisap... Berkepul-kepul asap... Tapi depan isteri tak mengaku pulak dia hisap rokok...Al-maklum la takut isteri marah....

Dengan kawan2 cakap bini aku tak kisah aku hisap rokok.... Kalau la bini2 diorang ni terserempak masa tengah dok sedap2 berasap... apa agak2nya nak jadi....

Satu lagi bab suami-suami yang main kayu tiga.... depan isteri baik... alim...pijak semut tak mati... sembahyang tak tinggal... Tapi belakang isteri Allah saja yang tahu apa yang dia buat.

Wahai kaum adam jangan la cuba berbohong dgn isteri.... Ingatlah sekali anda berbohong mungkin isteri anda boleh memaafkan...tapi tak mungkin akan melupakan... kalau dua kali anda fikir-fikirkanlah sendiri akibatnya.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka: