Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 9 Februari 2010

PMR ( Penilaian Menengah Rendah) Semoga Ikmal Perolehi Kejayaan.

PadaMu ya Allah kami panjatkan doa agar
Engkau beri rahmat kejayaan pada ikmal dan
kawan2nya menghadapi PMR tahun ini.Amen.

Alamak di mana ikmal ni!

Ikmal friends

Baru gunting rambut ke ni!
Asalamualaikum.

Rupanya anak lelaki kami Ikmal kini berusia 15 tahun. Bermakna sudah masuk ke 3 tahun dia melalui kehidupan di asrama SMKAMAR sejak 2007. Saya masih ingat tahun pertama masuk ke alam tingkatan satu dan tinggal di asrama, anak kami ini sering menelefon saya atau mama dia minta di pindahkan ke sekolah menengah di Daerah Keningau. Saya sering beri dia nasihat agar tabah dan sabar serta kuatkan semangat melawan cubaan dalam apa jua keadaan.
Masuk sem 2 tahun 2007 Ikmal masih sesekali minta ditukarkan ke sekolah di Daerah Keningau, katanya dia rindu dengan kawan-kawan lama. Memang perit rasanya bila semua kawan-kawan di sekolah rendah tidak sekolah di tempat yang sama. Inilah niat saya, hendak sekolahkan anak-anak saya ini di sekolah aliran agama dan asrama penuh serta tinggal di asrama. Dengan harapan ada manfaat dan dia perolehi kekuatan serta jati diri apabila hidup tanpa bantuan ibubapa.
Syukurlah kepada Allah, kini Ikmal masuk ke tingkatan 3, tiada lagi kata-kata minta dipindahkan. Ramai kawan-kawan menyukai Ikmal, tengoklah gambar dia tu di atas, happy nampakkan. Dia kini dah pandai menjaga penampilan diri, berbeza time tahun 6 dulu. Harap Ikmal menjadi anak lelaki kami yang mampu menjadi model kepada adik-adiknya nanti.
Saya kata pada anak kami ini, ikutlah aktiviti apa saja di sekolah untuk menghilangkan boring, bersukan dan sekurang-kurang pergilah berjoging kala hujung minggu atau semasa ada masa terluang waktu petang. Alhamdulilah, Ikmal kini menyertai persatuan kedit polis, segak dia bila berpakaian baju seragam kedit polis. Selain itu Ikmal menyertai sukan olahraga pada tahun lalu. Semoga tahun ini Ikmal perolehi kejayaan dalam menghadapi ujian di sekolahnya.
Kini menjelang 2010, inilah tahun anak kami ini mengambil peperiksaan menengah rendah ( PMR) dulu masa saya SRP. Masa itu kalau gagal satu subjek, siap tidak naik darjah. Sakitnya tu. Masa ini lulus satu subjekpun boleh naik darjah selepas mendapat result PMR. Bestnya kerana semua orang ada peluang untuk berjaya. Saya teringat seorang bekas murid kami lelaki yang bersekolah di SMK Keningau 1, PMR dia dapat 7 A, padahal masa sekolah rendah budak ni sederhana saja. Kalau Ikmal ok lagi dia dapat 3 A 2B UPSR tahun 2006. Hai! pasti budak itu ada keazaman yang kuat untuk belajar hingga mendapat PMR yang kira the best di SMK Keningau.
Kepada anak kami Ikmal, rebutlah peluang selagi ada, peluang sebenarnya hanya sekali tetapi usaha yang kkuat dan jitu perlu di pahat dalam diri agar beroleh kejayaan. InsyaAllah bapa akan sentiasa mendoakan kejayaanmu.
Hikmat untuk berjaya ialah mesti penuh perhatian dan fokus pendengaran di bilik darjah semasa guru menyampaikan isi pelajaran. Rahsia untuk berjaya ialah mesti rajin berusaha dan berusaha memahami tiap kandungan pelajaran. Mudah untuk berjaya apabila Ikmal dan kawan-kawan membuat study group, membuat perbincangan dan rajin membuat latihan( latih tubi). Inilah perencah kejayaan. nampak begitu mudah tetapi cabaran untuk melaksanakannya adalah berat, jika diremehkan. kerja ini menjadi ringan apabila ada rasa ingin berjaya, rasa ingin memiliki kejayaan di masa depan. Ikhlas untuk berjaya dan taat pada perintah Allah. memohon agar diringankan masalah dan memohon agar diberi kekuatan untuk mengingat segala fakta ilmu.
kepada my son ini, percayalah bahawa Allah akan membantu orang yang kuat berusaha. Ingatlah selalu agar sentiasa memohon perkara yang baik kepada Allah. Mintalah padaNya nescaya Allah akan memberi jika kita berada di jalan yang lurus.

Salam perjuangan pada Ikmal, semoga perolehi kejayaan dalam PMR tahun 2010.
Salam kasih sayang, semoga ceria dan sentiasa positif dalam apa juga kegiatan kecil ini.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Zikri Husaini berkata...

Insyallah, semoga iklhmal berjaya...