Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 4 Februari 2010

1091 kilometer first service my EXZORA

Jalan grable dan bukit ke Ranau, Sabah

Sempat nikmati keindahan Gunung Kinabalu
kawasan Ranau, Sabah.
EXZORA best bah ( AFIF)
EXZORA milik EtuzaWarnaKehidupan dalam
ruang garaj depan rumah.
Salam sejahtera.

Dalam diam rupanya Exzoa saya sudah mencapai 1091 KM selepas 9hb Dis 2009 saya drive. Tidak sampai sebulanpun jauh perjalanan tanpa disedari. Distinasi yang paling jauh saya telah bawa EXZORA ialah hantar anak-anak ke asrama SMK. Agama Mohamad Ali, Ranau. Jalan raya ke Ranau dari Tambunan agak mencabar, kerana ada kala jalan ke sana kita akan lalui jalan sempit, jalan grable dan paling teruk jalan berbukit tidak rata serta batu-batu bergerigi. Adui! terasa saya pula sakit dada. Perjalanan ke sana dan balik semula ke Keningau telah menjadikan 1091 KM pemanduan saya pada EXZORA kami yang baru kini berusia sebulan.

First service di Proton Service memakan belanja RM 169.60 sen. My description ialah S/800 RM 98.00, Oil Filter RM 12.22, Gasket D/Plug RM 2.52, Gear oil RM 23.65, Screen Wash RM 5.20 dan Xir Petrol Treatment RM 28.00. Second service saya tengok pada kadar 6 ribu lebih kilometer perjalanan yang dijangka akan dicapai pada bulan Mei 2010.

Oh! lupa pula, exzora untuk family memang amat sesuai bagi keluarga saya. Dengan 7 penumpang ianya sangat selesa. Memang hebat exzora pada jalan yang rata, berada di dalam exzora sangat selesa, segar dan aman kerana mempunyai aircond, boleh pasang MP3, radio mana-mana stesen yang anda suka. Keadaan tempat duduk yang tinggi dan luas. Kerusi empuk di belakang boleh lipat untuk letak barangan jika anda shoping ke mana saja. Saya merasa tidak rugi dengan membeli dan memiliki MPV Exzora keluaran Malaysia. Belilah kita barangan Malaysia, sebagai tanda anda mencintai dan menyayangi Negara Malaysia. Siapa lagi kalau bukan warga Malaysia macam saya guna produk Malaysia.

Oh! naik bukit, boleh bah exzora, pada kadar gear 1 dan 2 memang apapun kenderaan akan late naik bukit. Pada gear 3 atau 4 pada starting naik bukit mungkin cepat dan akan tukar gear kala ke tengah bukit atau dekat puncak bukit dan hampir naik. Bayangkan ada kenderaan di hadapan, kita memang tidak boleh buat starting pemanduan pada gear 3 atau 4 atau juga 5, so kita kena slow dan guna gear rendah. Bila keadaan ini berlaku maka lambatlah kita naik bukit dan terasa berat bila naik bukit cara perlahan. Exzora pada cc 1.6 ini, memang saya terasa agak perlahan jika naik bukit yang tinggi, sesuailah dengan ccnya, body agak besar untuk naik bukit harus ada power. Bagaimanapun memandu di jalanaya pada keadaan bukit exzora masih mampu selamat dan saya lebih selesa memandu dalam perlahan tetapi selamat. Ada banyak kebaikan jika kita jalan perlahan dan selamat. EXZORA mampu dipandu laju naik bukit jika keadaan jalan raya di kawasan bukit tiada halangan. Itu terpulang pada keadaan dan cara pemanduan kita. Saya syorkan biarlah kita memandu perlahan tetapi selamat. Harus kita ingat bila ada kereta baru di tangan kita mahu tunjuk lagak nak terro pada orang lain, itu salah konsep, beli kereta baru untuk manfaatkan pada keluarga dan orang lain. Nyawa kita kena jaga, semua nyawa dalam kereta kita itu harus di ingat. Berbanding wira cc 1.3 dulu time baru memang kuatlah naik bukit, body ringan sebab itu wira saya dulu ada rasa beza dengan exzora.Apapun kami suka EXZORA dan kami sayang pada EXZORA baru kami serta inilah rezeki anak-anak saya, kerana merekalah saya tergerak untuk memiliki EXZORA. Sorry ya kalau ke kebun yang grable dan curam serta tanah melekit. Pada mak bapa saya pohon maaf yang tidak terhingga kerena EXZORA kami itu tidak kuat dan tidak sesuai ke kebun yang jalannya mencabar keselamatan EXZORA. Sedih juga tidak dapat bantu ibubapa ke kebun.

Salam perkongsian pagi Khamis 4hbFeb 2010.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam etuza...lepas ni alimaz juga kena pakai kereta macam ni.....

Unknown berkata...

wasalam alimaz.
Exzora sesuai untuk family yang ramai anak-anak macam kita, hehe! bagus2, kita beli barangan Malaysia, tq ulasan alimaz ya.

Zikri Husaini berkata...

wah...cantik gambar gunung kinabalu... bila agaknya nak ke sana?? harap ada rezeki.. insyallah...