Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 7 Februari 2010

Ibubapa WAJIB memberikan pendidikan Agama kepada anak-anak agar menjadi muslim dan muslimah sejati.

Beberapa guru di SMKAMR memberikan
Taklimat dan ceremah selepas saya daftarkan
Azie di sekolah agama berasrama penuh ini.
Wajah seorang bapa ( Etuza)
Sedang mendengar Taklimat.
Asalamualaikum & salam sejahtera.
Puji dan syukur kepada Ilahi kerana masih memberikan saya masa membuat catatan dalam laman EtuzaWarnaKehidupan ini sebagai santapan kita bersama. Tahniah dan syukur juga kepada Ilahi kerana anda antara jutaan rakyat Malaysia yang berkesempatan membaca apa saja ceritaku dalam laman ini. Dan kali ini saya membuat catatan yang tulus ikhlas untuk saya kongsikan bersama kepada sesiapa sahaja. Saya bukan seorang yang benar-benar warak atau kata biasa alim dalam hal keagamaan, saya adalah hamba Allah yang banyak kekurangan dan kelemahan tertentu. Bagaimanapun hal yang ingin saya ceritakan ini nanti mempunyai unsur dan nilai yang perlu difikirkan oleh ibubapa seperti saya. Untuk itu marilah bersama saya seketika hingga habis catatan baru etuza ini ya. Untuk pembacaan anda semoga saja Allah memberikan ganjarannya. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih.
Saya ada membaca catatan teman blogger milik seorang pemblogger dari Daerah Keningau, Sabah. Saya tengok catatannya adalah berkisar tentang sambutan kelahiran anak mereka yang ke tiga jika tidak silap. Katanya " Anak-anak adalah titipan Allah pada kita pasangan suami isteri, anak-anak adalah amanah yang bersifat sementara. Allah memberi kita anak-anak yang sempurna sifat fizikalnya itu, maka WAJIB ibubapa memberikan didikan yang terbaik untuk anak-anak itu" Katanya lagi " Suatu masa anak-anak kita itu akan di ambil oleh Allah, kembali kepadaNya." Bila membaca catatan teman blogger itu, hati saya sayu, takut kiranya saya selaku bapa kepada anak-anak kami gagal memberikan pendidikan agama sebagai panduan hidupnya di Dunia dan ke Akhirat nanti. Sedang saya sendiri begitu tipis pengetahuan keagamaan dan sering lalai dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah yang menciptakan jasadku dari sulbi ayah dan ibuku.

Untuk lebih jelas mari kita baca pesan dari teman bloger ini. Bagi saya, membaca catatannya ini cukup menyentuh hati saya. Kerana saya dikurniakan anak-anak, ramai dan bersama anak-anak lelaki dan perempuan saya itu terasa diri dilengkapi dengan keperluan tika masih hidup di Dunia. Padahal rupanya anak-anak itu juga adalah ujian dariNya, dalam masa yang sama kasihNya kepada kita, kepercayaanNya kepada kita hinggakan Dia beri kita anak-anak yang ramai untuk dijadikan hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Barang yang disebut sebagai titipan @ amanah, pada hakikatnya bukan milik mutlak kita. Kenapa? Kerana kita hanya diamanahkan untuk mengurus, menjaga, memelihara dan memastikan kelestariannya sehinggalah yang empunya mengambilnya semula dari kita. Dan, empunya semua itu adalah ALLAH AL-KHOOLIKUL MAKHLUK...

Rasulullah saw pesankan kita - bahawa setiap dari kita adalah '
riaayah' atau pemimpin. Dan akhirnya kita akan dipersoalkan darihal pimpinan kita...

ALLAH SWT juga pesankan -
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan seluruh ahli keluargamu daripada api neraka..."


Titipan bukan untuk dimegah-megahkan.
Titipan tidak seharusnya menjadikan kita sombong.
Titipan tidak wajar dijadikan sebagai batu loncatan.
Titipan adalah bermakna kerja bakti dan peras keringat.
Titipan--- akan dipersoalkan olehNYA.

Bagaimana engkau mentadbirnya?
Dengan apa engkau memuliakannya?
Pegangan hidup apa yang engkau telah bekalkan untuknya?
Bagaimana engkau memeliharanya?
Tuhan yang mana engkau suruh ia untuk menyembah?
Dari mana engkau perolehi harta atau makan sesuap untuk hidupnya?
Ilmu apa saja yang engkau telah bekalkan untuknya?

Dan..... dan... pelbagai lagi persoalan yang perlu kita hayati bersama.

Sesungguhnya ALLAH SWT dan Rasul-NYA saw telah garisbawahi pelbagai tips, resepi dan panduan untuk semua itu. Semoga saja kita diberikanNYA kekuatan untuk memahami dan melaksanakan program hayat ini.

Marilah kita sama-sama hayati pesan Nabi ALLAH Ibraahim a.s kepada anaknya dikala ia semakin tua dan lemah, dengan uslub pertanyaan sebagaimana termaktub di dalam Al-Quran :

maa ta'buduun mimba'dii (Apa yang engkau - wahai anak - akan sembah selepas aku pergi?)
bukan...
maa ta'kuluun mimba'dii (Apa yang engkau - wahai anak - akan makan selepas aku pergi?)

Sungguh! Anak adalah amanah buat seorang bergelar ibu dan ayah.
Sungguh! Ia akan dipersoal.
Sungguh! Kerja kita bukan hanya banting tulang dan mencari sesuap nasi seteguk air buat anak-anak.
Sungguh! Hidupnya bukan untuk dunia fana ini semata, tetapi ingatkan untuk akhiratnya yang abadi.
Sungguh! Kita bukan semata-mata mahu ia masyhur di sini tapi juga di sana...
Sungguh! Marilah kita jadikan mereka ummat Nabi Muhammad saw yang dibangga-banggakan Baginda - yang mereka redha dengan ALLAH SWT & ALLAH Kareem juga meredhai mereka.
Sungguh! Marilah jadikan mereka bukan sahaja bijak disini / bijaksini tapi bijak disana / bijaksana jua.

Saudara2 sekalian yang membaca, inilah kata-kata teman blog saya yang lebih jelas. Bayangkan apabila kita disoal oleh Allah kala di akhirat tentang anak-anak kita yang dititipkanNya itu.

Kadangkala ada saya terdengar segelintir masyarakat megah dengan kecantikan anak-anak mereka, saya harap saya tidak tergolong seperti itu. Sungguh saya takut siksaan Allah diakhirat. Oleh kerana itu setiap kali anak kami ke sekolah menengah saya akan tempatkan mereka di sekolah aliran Agama dan tinggal di asrama. Inilah saja caraku untuk menyumbang ilmu agama Allah kepada anak-anak kami itu. Saya turut sedih apabila ada ibubapa sebaya saya mengatakan bahawa mereka takut anak mereka gagal menguasai Bahasa Arab, takut anak-anak jadi ustaz, kerana bersekolah aliran agama mereka hanya akan fokus kepada keagamaan sahaja. Sungguh sempit pemikiran seperti ini. Maaf kan saya. Jikalau suatu masa anak saya lelaki atau perempuan itu ditakdirkan menjadi Ustaz atau Ustazah alangkah bersyukur saya kepada Allah yang maha besar. Jika bukan tugas itu saya bersyukur dengan penuh tulus kepada Allah sekalipun anak-anak saya sekadar menjadi orang biasa tetapi tebal dengan iman dan pegangan Agama Allah. Tahu beriman pada Allah dan mampu mendoakan kesejahteraan ibubapanya di akhirat. Kerana di katakan bahawa anak-anak akan mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka ketika meniti di titian siratal mustaqim. Mahukah kita punya anak-anak tetapi tidak tahu mendoakan kita diakhirat? Ya Allah, bagilah anak-anak kami itu kekuatan iman dan kesabaran serta keteguhan hati dalam mencari redhaMU. Ameen.

Teman yang membaca,

Bukanlah saya anggap ibubapa yang menyekolahkan anak-anak di aliran biasa di mana saja sekolah itu, tidak mendidik anak kepada hal agama. Bukan begitu, malah ada ibubapa yang kuat jiwanya mengasuh anak-anak di rumah tentang agama. Saya tidak mampu buat itu, saya kekurangan maklumat keagamaan, hanya mampu berkata ibarat begitu. Dengan tinggal di asrama anak-anak pada tiap masa akan solat jemaah, mampu mengurus diri dan kala malam mereka akan membaca al-quran atau paling jelas kini anak-anak saya mampu menghafal 99 nama Allah ( asmaul husna). Jika tidak tinggal di asrama mungkin hingga kini anak-anak saya tidak akan hafal asmaul husna itu. menurut yang saya baca, hafal asamul husna akan memberikan peluang kepada kita memasuki syurga. Wallahualam.

Suatu masa, saya bercerita dengan anak saya ( lelaki) berumur 13 tahun. Minggu kedua dia pulang dari asrama sekolahnya, dia sudah pandai mengambil al quran tanpa di arah untuk dibaca. Bukan itu saja, anak lelaki saya itu sudah hafal asmaul husna. Ya Allah ini terlalu bagus untuk saya. Hari ini, tika mentarikan jejari ke laman etuza ini, jiwaku sayu pilu dan syahdu, kemudian bertukar redha. Sungguh saya rindukan ank-anak kami nun jauh di sana. Saya rasa terlalu lama tidak bersua dengan mereka.

Ya Allah hanya padaMu kami titipkan anak-anak kami itu, terangi hati mereka untuk menerima pelajaran dan ilmu agamaMu. Sebagaimana terang hati NabiMu Muhammad SAW. Kuatkan hati mereka dalam menghadap masalah yang datang menerjah tiap langkah mereka. Beri mereka kesempatan untuk lebih mengenaliMu dari mereka mengenali saya sebagai bapa mereka. Amin ya rabal alamin.

Salam satu perkongsian tulus ikhlas.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
kalau lah semua ibu dan ayah faham tanggungjawab masing2
serta beratnya amanah yg terpikul dibahu
pasti tak terjadi kecelaruan sosial mcm sekarang...
ngeri dan takut dgn masalah anak2 sekarang...

Unknown berkata...

Wasalam sahabat kam's
Iyalah..macam2 terjadi. Semoga jauh anak-anak kita dari musibah itu. Sebab itu kita kena beri peluang anak-anak mempelajari agama. Beri mereka rasa diperhatikan oleh Allah, dengan itu mereka takut siksaNya. manusia zaman sekarang bertuhankan keseronokan.

Zikri Husaini berkata...

Salam. syukran cikgu etuza . Sekarang kebanyakan ibubapa sibuk dengan kerja... sehingga terlupa dengan tanggungjawab yang telah Allah berikan kepadanya bahawa anak itu amanah yang perlu...dipukul..

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
pekab0 pakcik? m0ga sihat & ceria2 selalu brsama famili tersayanG..
huhu, jujurnya sy rasa trsangat sayu membaca entry pakcik malam ini..betapa indahnya hidup kalu semua anak2 & ibubapa faham hak serta tanGgungjawab masing2,,kan..
campaklah ke mana pun, insyaAllah mereka b0leh mnjadi manusia yG brguna..

Unknown berkata...

Zik n Azrai, dua reneger yang berjiwa besar. Tahnaiah dan terima kasih sudi membaca catatan orang macam pakcik ni ya. Pakcik nampak anda adalah remaja masa kini yang dibentuk menjadi genarasi yang bermaruah. Teruskan usaha mencari kejayaan. Pakcik tengok anda masih muda, buatlah sesuatu yang akan memberi kebahagiaan masa depan. Orang yang kuat usaha pasti berjaya dan Allah akan beri pertolongan.