Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 17 Januari 2010

Tidak disangka ada sarang penyengat bergayut di sebalk daun bunga hijau ini. Pengalaman ini kecik saja tapi saya nampak besar hikmahnya.Apa tersirat..

Sakit akhirnya betis disengat.
Salam mesra.
Saya adalah golongan penggemar bunga sejak kecil memang ada rasa kagum melihat bunga-bungaan para jiran di desa. Maybe saya terdidik cintakan alam semulajadi apabila sejak kanak- kanak usia 9 tahun mama saya telah mula membawa saya pergi bercucuk tanam, menebas, menyemai benih padi di sawah dan menoreh getah di bukit. Adui! bila teringat saat itu alangkah manisnya zaman kanak-kanak itu. Tetapi mengingat semula kemiskinan dan kehinaan kami waktu itu terasa sukar untukku ingin kembali. Bukanlah sangat mewah dan kaya masa ini, cuma kehidupan kini keluargaku nikmati sederhana saja, cukup makan dan alhamdulilah tiadalah meminta ehsan dari para jiran seperti dulu. Bukan saya hendak memalukan ibubapa saya tetapi membanggakan mereka kerana biar hidup ala-ala melarat dulu mereka mampu menyekolahkan saya hingga saya berjaya masuk ke Universiti dan kini bergelar guru di sekolah. Gaji guru alhamdulillah cukuplah makan untuk kami sekeluarga, dan adalah juga memberi wang biarpun mungkin sedikit kepada ibubapa saya.

Ah! panjang pula cerita etuza ni. Ha! kerana biasa sangat pegang tanah dan menebas rumput maka kini inilah hikamahnya, saya paling gemar menanam bunga dan buah-buahan. Bunga di dalam pasu amat saya gemari berbanding tanam di tanah. Kebetulan rumah atau lebih indah teratak kami di atas bukit yang di ratakan. Hai! batu batu kelikir merata, tanahnya merah dan keras. Nak tanm bunga atas batu alamatlah tak jadi. Adapun bunga kami subur menghijau apabila saya sabar mengangkat tanah hitam. Hehe! ada juga saya membeli tanah RM 2.50 sebag plastik beras 10 kilogram tu.

Suatu petang saya bersihkan laman dan bunga-bungaan saya tu. Daun-daun kering saya pangkas agar rimbunan dedaun nampak cantik dan segar mata memandang. Tengok daun bunga di atas itu. Inilah bunga yang antara saya sayang. Saya belai, baja dan gemburkan tanah serta siram selalu. Bunga ini sesuai di kawasan redup. Pagi-pagi saya melihat bunga ini untuk segarkan mata khususnya time cuti. Daun bunga ini lebar dan berbentuk hati. Saya cuba potong batang daun ini, tetapi tidak jadi sebaliknya saya cabut berhati-hati untuk di tanam semula ke pasu besar yang sudah sedia saya beli. Lepas cabut saya bawa benih bunga jenis daun ini ke depan rumah. Saya pegang batang bunga ini berulang kali ke depan rumah dan ke sisi kanan rumah. Akhir sekali saya letak benih bunga daun ini dekat tangga naik ke atas bahagian luar rumah saya. Tiba-tiba betis kaki saya seperti di sengat penyengat. Saya cari2 penyengat itu tak adapun. Adui! sakitnya dan bisa penyengat ini kuat hingga terasa pening dan keras lidah saya. Saya mulalah berfikir dan menyiasat, di manalah penyengat ini, sengatan penyenggat ini memang saya biasa kena. Penyengat ini kecil saja kalau orang dusun kami gelar ( tempipiris). Saya lalu terfikir hai! penyengat itu barangkai di sebalik daun bunga hijau yang saya cabut itu. Tepat sekali tekaan saya. Rupanya ada sarang penyengat bergaut tak jatuhpun masa saya bawa seolah usung ke depan rumah ke kanan rumah saya. Hai banyak kali tu saya usung, akhirnya dia menyengat betis saya yang pejal itu. Kebetulan pakai seluar pendek paras lutut saja. Aduh! sakit sangat, saya petik daun lidah buaya, kuranglah sikit bisa tu sengat. Saya tengok penyengat itu terbang dan ada yang degil nak juga masuk ke sarangnya di sebalik daun. Saya halau dan bercakap dalam hati, " minta maaflah saya tak tahu langsung kamu berumah di sebalik daun ini, pergilah kalau tak aku bunuh" hati saya merasa lucu tau, macam sporting juga penyengat itu, sebab langsung tak sengat tangan saya, kalaulah mereka sengat habis tangan saya kaki saya sekali. Nampak haiwan penyengat ini seolah berterima kasih kerana tanam bunga jadi dia berumah di sebalik daun dan tidak kena hujan. Ajaib..tapi hakikatnya apabila kita rosakkan rumah orang kita akan di marahi jika sengaja. Begitulah penyengat ini, dia tahu saya tidak sengaja sebab itu dia tidak menyengat, tetapi apabila saya letak bunga ini menyentuh lantai simen sisi rumah saya dia akhirnya terasa di sakiti dan membalas. Hai penyengat penyengat. Namanya penyengat memangpun menyenggat mangsa. Rasanya saya dapat hikmah disebalik pengalaman baru ini. Haiwanpun nampak dia cuba bersabar, kitakan pula manusia ya.

Hehe! adakah hikmahnya, terserah pada anda. Bye!

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Zikri Husaini berkata...

Wah betul juga, penyengat pun boleh bersabar..

P:s/ pernah juga kena sengat penyegat... masa tuh kat kampung,tengah petik kopi, tak perasan dekat pokok kopi tuh ada sarang dia... kena 2,3 das jugakla..dah nasib badan...