Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 15 Januari 2010

Ibubapa wajib memastikan buku latihan sekolah anak-anak di tahap 1 & di tahap 2


Asalamualaikum & salam 1 Malaysia.

Rasanya semangat berkobar-kobar anak-anak yang baru masuk belajar selepas daftar masih dirasai. Kita sangat harapkan agar semangat itu tetap berkobar hingga mereka berjaya dalam pelajaran. Saya melihat wajah anak-anak di kelas tahun satu di sekolah saya terpancar cahaya kegembiraan dan nampak semangat untuk belajar di wajah mereka. Anak-anak berpakaian putih bersih dengan seragam sekolah nampak begitu dahagakan ilmu untuk masa depan. Justeru itu ibubapa seperti etuza juga sangat wajib memastikan semangat baru anak-anak itu tidak akan terpadam tanpa di sedari. Saya melihat mata mereka bersinar, senyum mereka mekar dan jiwa mereka amat besar sebagai bakal pewaris dan teraju Negara kita pada masa depan. Lantas adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dengan pihak sekolah untuk memberi didikan kepada anak-anak kita itu.
Kepada ibubapa di mana saja di pelusuk Malaysia ini, mari kita usahakan agar kita sentiasa mempastikan keperluan anak-anak dalam persekolahan mereka di sekolah rendah di penuhi. Satu perkara yang amat penting untuk kita pastikan sebagai keperluan anak-anak di sekolah ialah BUKU LATIHAN atau BUKU TULIS. Saya rasa buku latihan ini murah dan harga berpatutan dengan ketebalannya. Adalah sangat merugikan diri anak-anak kita jika anak-anak kurang buku tulis ini. Apa yang dapat dilakukan oleh anak-anak ialah mencampur adukkan berbagai mata pelajaran dalam sebuah buku. Tetapi anak-anak atau murid yang memiliki buku tulisan ini biarpun sebuah atau dua buah, mereka adalah lebih baik berbanding dengan anak-anak atau murid yang langsung tidak ada buku tulisan di dalam bag. Lebih parah lagi jika anak-anak kita hanya duduk termenung di dalam kelas apabila tidak ada buku latihan untuk digunakan menulis atau menyalin soalan atau gambar yang guru arahkan. Guru di sekolah sedaya upaya mengatasi masalah murid di dalam kelas. Guru yang perihatin dan ikhlas mendidik anak-anak di sekolah akan berusaha mendapatkan bahan untuk kanak-kanak itu gunakan untuk menulis latihan di papan tulis.
Jika di lihat dari segi wang, ibubapa sebenarnya mampu membeli buku latihan untuk anak-anak di sekolah kerana mereka sudah menerima bantuan kewangan menerusi KWPM dari pihak kerajaan. Saya berpendapat juga bahawa dalam dua minggu persekolahan 2010 dan masih baru ini, hal tiada langsung buku latihan anak-anak sepatutnya tidak akan berlaku. Keadaan di mana anak-anak ini tiada buku latihan berkemungkinan anak - anak itu lupa memasukkan buku latihan ke dalam beg atau mengoyakkan buku hingga buruk maka itu anak-anak enggan menggunakkan buku tersebut lalu di buang. Seperkara lagi ialah ibubapa lupa memeriksa buku latihan anak-anak di dalam beg. Jika dua perkara ini berlaku pasti anak-anak di sekolah akan menghadapi masalah menulis maklumat dari papan tulis yang guru berikan. Harus kita ketahui bahawa latihan menulis dan menyalin maklumat di papan tulis itu sangat penting kepada anak-anak murid di Tahap 1 dan tahap 2 sebagai asas menulis. Malah aktiviti menulis itu sangat penting dan berguna kepada anak-anak melatih mereka agar rajin dan berdikari.
Saya harap kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak di tahap 1 terutama di kelas tahun 1, berilah mereka perhatian penuh, bekalkan buku- buku latihan yang mencukupi agar anak dapat menulis dengan lancar ke dalam buku latihan. Saya suka menegaskan agar ibubapa yang menyekolahkan anak - anak di Zon Pedalaman Sabah agar lebih perihatin dan ambil perhatian mengenai perkara anak murid tiada buku tulis apabila ke sekolah. Masalah tiada buku tulis akan menyulitkan guru dan menyusahkan juga murid itu sendiri. Di sinilah letak kerjasama pendidikan antara guru dan ibubapa ( PIBG).

Salam ceria 1 Malaysia

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

pengalamanku.
Dalam 22 orang ada 1 orang murid kelas sains saya tidak menulis satupun perkataan.Dia jenguk2 dalam bag punyalah lama, bila saya periksa bag dia 1 buku tulispun tidak ada. Alamak..apa lagi saya mulalah mencari masalah budak ni, kata kawan guru kelmarin juga dia tak ada buku tulis time belajar BI hai macamanalah jika ini berterusan. Inilah sebab ada entri saya tu kat atas. manalah tahu kita dapat manfaatkan. Masalah ibubapa anak tu x terbaca laman saya tak apa,kerana ada kebaikan untuk kita semua.