Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 15 Januari 2010

Rupanya masih ada teman blogger yang sudi menyapa etuza laman ini. Tq sangat2

Asalamualikum & salam sejahtera.
Petang ini baru saya berkesempatan melawat ke teratak maya etuza ini. Rasanya sudah lama tidak melawat teratakku sendiri di alam maya. Dua minggu pembelajaran di sekolah sudah bermula. Dalam dua minggu itu banyak sangat kerja-kerja yang perlu dibereskan. Kerja2 itu semua menuntut untuk lebih penumpuan untuk di selesaikan. Justeru itu adalah antara lain perkara yang membatasi masaku ke laman maya.

Inilah dunia maya yang saya kenal. rasanya tidak salah terjun ke dunia maya ini. Ada kawan baru yang begitu memahami. Rasanya ada juga orang lain atau rakan blogger yang suka santai di laman etuzaWarnaKehidupan ini. Pada petang ini saya dapat melihat beberapa kawan blogger yang baik hati dengan melawat setia laman etuza ini. Saya tidak menduga mendapat penghormatan seumpama itu. Rasanya orang-orang yang tidak letih dan tidak lokek menegur sapa saya adalah orang2 yang baik hati dan dipelihara oleh Allah insyaAllah. Saya sekadar dapat mengucapkan ribuan terima kasih. Tiada kata lain yang mampu saya lafazkan selain kata2 istemewa itu. Saya bukan kehabisan info ya.. dengan meluahkan entri yang sekadar mengucapkan salam dan terima kasih. Saya buat entri ini, kerana inilah rasa kegembiraan saya apabila selama seminggu lebih saya tidak menjenguk lamanku, rupanya masih ada insan yang sudi chat dan menegur saya di laman. Seperti Dak Wan, Azrai, Choy, Hamba Tarbiah dan lain-lain lagi. Saya harap kita semua meneruskan dunia blogger dan memberi info untuk di manfaatkan bersama.

Salam sayang ceria selalu.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Relevan berkata...

Salam Etuza..kalu lagi 2 minggu kau tak masuk blog sedniri tentu naik bersawang..

Ren berkata...

Salam.
Jangan risau, kalau ada masa terluang akan sentiasa menziarahi ruangan ini. hehe!

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
huhU..terharu baca entry nie..da pulak nama sendiri.. insyaAllah, selagi ada kelapanGan untuk trus ziarah & bertanya khabar..ukhwahfilLah tak kira tempat & masa kan pak cik =)
thanz juga setia menjenguk2 laman saya