Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 9 Januari 2010

Perpaduan kaum di Negara kita akan utuh pabila kita saling menghormati agama masing-masing. Carilah keyakinan yg membahagiakan kita di akhirat


Asalamualaikum & S Sejahtera.

Perpaduan kaum di Negara Malaysia akan utuh apabila kita saling menghormati anutan agama masing2. Sebagai manusia yang boleh berfikir secara positif, maka kita akan dapat melihat sendiri di mana letaknya keyakinan kita. Sesungguhnya negara Malaysia adalah negara yang memberi kebebasan kepada rakyat memilih agama yang dia yakini. Marilah bersama melihat, merasai dan meyakini bahawa Allah itu hanya satu, Dia yang menciptakan kita semua. Segala yang kita ada, kemewahan dan kekayaan itu hanya dipinjamkan olehNya kepada kita. Suatu masa semua yang kita ada akan diambil olehNya termasuk nyawa kita.

Agong titah semua pihak bertenang, hormati tempat ibadah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat ibadah tanpa mengira kaum.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.

Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.


Seri Paduka menzahirkan harapan itu kerana kerajaan sedang mengambil langkah perlu berikutan keputusan mahkamah itu dan semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

"Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia," titah Tuanku Mizan.

Menurut kenyataan itu, Tuanku Mizan memandang serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katholik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara. - Bernama


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Dak Wan® berkata...

Owhhh. Agung dah bertindak baguslah... Harap benda ni tak dipersoal lagi.

Sign Petisyen Membantah Disini

Unknown berkata...

Salam Dak Wan, minta maaf jika entri saya ini.
Mohon ampun!
Dak Wan Tq sudi buat ulasan ya, moga Dak Wan sihat selalu .Baru petang ini saya lawat etuza laman. Busy juga ni.