Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 9 Januari 2010

MPV Solid White Proton Exzora Hadiah Untuk Anak-Anakku, Rezeki Anak-Anak, harap dimanfaatkan.



Asalamualaikum & selamat sejahtera.

Lama tidak buka laman maya etuza ini. Selalu teringat hendak buka dan membaca chat serta cerita teman-teman blogger saya. Bila teringat banyak kerja sekolah hendak disiapkan maka keinginan itu saya abaikan. Saya lebih kepada urusan yang lebih mendesak untuk disiapkan. Banyaklah kerja perlu siap, rekod mengajar memang time cuti sudah siap dan telah dihantar pada pihak pentadbir pada 4hb Jan yang lalu. Takwim PSS, takwim BKD, HC sains tahun 2,SKT dan laporan terperinci PSS, tugasan baru seperti Ketua keceriaan sekolah dari segi kertas kerja juga semua harus siap sebaik-baiknya minggu hadapan. Hehe! maybe sekolah yang lebih cemerlang sudah siap semua benda ini awal-awal lagi. InsyaAllah akan siap nanti.

Proton exzora di atas tu memang menarik bentuknya. Rasanya sesuai sangat dengan bilangan anak-anak saya. Saya tanpa teragak-agak sudah dapatkan satu MPV exzora proton ini. Entahlah saya sangat teringin dapatkan warna putih solid bukan metalika. Menurut kawan saya putih nampak bersih walaupun tidak disuci. Berbanding warna lain kereta kalau lama tidak di suci nampak sangat habuknya kata kawan saya. Sebab itulah antara sebab saya teruja sangat dengan warna solid ini. Saya merasakan MPV exzora ini rezeki Allah pada anak-anak saya. Alhamduliullah, moga tiada mala petaka menimpa semasa pemanduan. Selepas Nisan Vannet inilah kereta ke dua yang agak besar saya pandu. Semoga juga kami manfaatkan kereta baru ini untuk kebaikan dan bukan untuk tujuan menunjuk2 pada orang lain. Jauh sekali. Memang di kawasan tempat tinggal kami, sayalah orang yang pertama memandu jenis kereta ini di desaku. Memang ramai tertarik melihatnya. Saya membeli kereta ini untuk keselesaan 7 orang anak-anak saya. Harap mereka happy dan bertambah semangat untuk belajar lebih tekun. Hehe! kalau pergi ke kebun yang berbatu kelikir dan bukit tinggi memang tidak dapat kereta jenis ini. Tidak apa ...inilah bukti saya cintakan barangan buatan Malaysia.

Salam ceria semua.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Dak Wan® berkata...

Rezeki anak kan? Syukurlah dan tahniah dari teman. Underpower tak bila naik bukit dengan muatan penuh?