Salam sejahtera.
Kepada pelajar yang memasuki sekolah menengah ke tingkatan 1, mesti sibuk mengurus berbagai keperluan anak-anak ke sekolah baru, lebih-lebih lagi ke asrama pada 4hb Jan 2010. Selepas mendapat tawaran anak kami ini ke asrama penuh di SMKA Ranau, Sabah saya agak sibuk menyediakan berbagai keperluan azie. Antara dokumen yang di perlukan ialah gambar paspot 2 keping. Alhamdulillah saya dan mama sudah uruskan. Inilah gambar paspot anak kami azie untuk ke Sekolah baru dia nanti. Semoga tiada aral melintang insyaAllah saya kenalah bercuti sehari pada 4hb Jan untuk hantar azie sekolah barunya. Kakak, abangnya dan azie akhirnya tercapai niat bapa menyekolahkan kalian ke sekolah berasrama penuh. Manfaatkan peluang ini. Jadilah anak-anak yang mampu mencapai kecemerlangan diri.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan