Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 1 Januari 2010

31hb Disimber 2009 hari terakhir meninggalkan kenangan melucukan & peristiwa ini firs time saya alami. Bagi saya ini lucu sangat..hehe!

Ha tengok baju saya jg biru, male
semua biru, kebetulan saja lah..hehe!
Serba biru
Asalamualiakum & salam sejahtera semua.

Nampaknya ini e3 saya yang kedua pada hari pertama 2010. Saya rasa terpanggil untuk memuatkan e3 ini apabila saya masih teringat satu peristiwa yang sukar saya lupa agaknya, kerana peristiwa ini adalah kali pertama saya lalui. Saya rasakan sangat lucu dan adalah juga perasan malu, tapi saya cover dengan senyum & ketawa lucu.
Oleh kerana peristiwa itu berlaku pada hari terakhir 2009 iaitu pada 31hb Disember 2009 maka saya rasa best juga jika saya memasukkan kenangan ini untuk kita kongsi bersama. Lucunya peristiwa ini tidaklah sangat tetapi kadangkala bila ingat saya boleh tersenyum dan menggelengkan kepala.
Pagi 31hb Dis 2009, lebih kurang jam 8.00 pagi saya baca SMS kakak saya. SMS dia saya kira baru dan langsung tidak tengok tarikh SMSnya. SMS kakak saya begini " Salam, jemput sekeluarga datang ke rumah kenduri doa selamat lepas isyak" sms yang sama sebanyak dua kali. Sayapun terus memberitahu kepada semua anak-anak agar lepas maghrib petang itu ramai-ramai ke rumah kakak saya di Ulu. Anak2 saya yang masih kecil kelihatan sangat seronok bila mendengar sepupunya Mohd Azim ( anak kakak etuza) ada kenduri, mereka pasti seronok bila bersama-sama nanti, maklumlah bersepupu.
Jam 9.00 pagi saya ke Pekan Keningau bersama anak-anak lelaki saya, saya plan ke kedai gunting Ahmad untuk gunting rambut ke empat-empat anak lelaki saya itu. ( itu gambar di atas tu) Masa menunggu gunting rambut anak2 saya terdengar isyarat handphone saya low cas bateri. Mahu buat apa lagi, saya biarkan saja, balik rumah nanti baru cas. selepas gunting rambut anak-anak giliran saya pula, anak-anak saya pula yang menunggu saya.
Lebih kurang jam 4.00 petang baru kami balik rumah. Saya belikan mereka kasut sekolah, bag sekolah, buku-buku tulis, songkok untuk Ikmal, tudung untuk anak2 perempuan dan kelengkapan lain yang diperlukan. Masalah yang menyebabkan late sangat ialah kami masuk keluar kedai tetapi tiada songkok jenis yang Ikmal gemar pakai. Terpaksalah masuk kedai keluar kedai mencari songkok yang sesuai serta digemari oleh Ikmal. Hai mujurlah ada juga akhirnya jenis songkok yang ikmal suka itu di salah sebuah kedai kecil dekat Pejabat Pos Keningau.
Selepas maghrib saya dan anak-anak bertolak ke rumah kakak di Ulu. Saya pesan kepada semua agar lebih baik awal jalan balik nanti baru solat isyak. Sesampai di halaman rumah mama saya, saya lihat seolah mama saya agak hairan melihat semua anak-anak berpakaian baru dan kemas. " Kamu semua hendak ke mana malam ini?" Inilah pertanyaan mak saya sebaik saya duduk menghadap mak saya. " Kakak Min jemput kita semua ke rumah dia, ada majlis doa selamat, katanya" saya cakap macam itulah. Masa mak tanya saya, saya mula keliru takkan begini dekat rumah di kampung mak tidak tahu kakak saya ada majlis kenduri.
" Majlis kenduri mereka sudah selesai semalam ( kelmarin)..alamak macaman kamu semua tidak tahu, malam ini kakak kamu dah kerja shif malam di Hospital Keningau." kata mak saya dan agak kasihan melihat anak-anak saya yang merupakan cucu mak saya. " Iya ke mak! jadi SMS kakak di handphone saya pagi tadi, baru saya baca" jelas saya. " Majlis kenduri mereka sudah selesai semalam etu!"
Alamak alangkah malunya saya. Rasa kasihan pada semua anak-anak. Mama ( wife ) bila tahu hal ini, dia tersenyum dan merasa pelik pada saya. Akhirnya saya ketawa rupanya SMS kakak saya ialah kelmarin petang 30hb Dis 2009. Apa yang menyebabkan saya tidak tahu ialah handphone saya no cas. Handphone isteri saya pula tidak di cal oleh kakak saya. inilah padahnya, ada kemudahan komunikasi tidak manfaatkan sebaik-baiknya. Lucu sangat, saya petang itu siap belikan anak-anak perempuan saya tudung baru, hehe! rupanya saya tersilap hari bulan bro!. Untuk hilangkan kampunan saya belikan anak-anak saya sayap ayam bakar di kedai Pakcik Kasim. Sayap ayam bakar itu habis di makan oleh anak-anak saya sampai menjilat jari. Inilah kenangan saya pada hari terakhir 2009. Bukanlah lucu sangat tetapi ada unsur pengajaran dari peristiwa ini, sama ada pada sebelah kakak saya dan di pihak saya sendiri. Lucu juga tu, cuba bayangkan kalaulah kenduri itu bukan kalangan keluarga, malu besar kan! hehe! haha! hukhuk!

Salam senyum kelucuan.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: