Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 17 Januari 2010

Azie mengadu sakit perut sebaik 2 minggu tinggal di asrama Di SMK Agama Mohammad Ali Ranau, Sabah

Menunggu giliran top 30 no 27 antara yang terawal
sampai di SMKAMAR
Sesi pendaftaran azie di SMKAMAR pada 04Jan10
Salam sejahtera.
Dua minggu di asrama SMKAMAR anak kami azie memaklumkan sering sakit perut. Kami sebagai ibubapa agak bimbang dengan keadaan ini. Bagaimanapun kami menyandarkan harapan masalah azie dengan berharap kakaknya nurhabibah dapat membantu memberi semangat dan motivasi pada azie agar berusaha menyesuaikan diri di asrama. Sebaik meninggalkan SMKAMAR pada 4hb January 2010 yang lalu, hati saya sayu mengenangkan kini 3 orang anak kami tinggal di asrama penuh di sekolah yang sama.
Tinggal di asrama anak-anak kami 3 orang itu bukanlah kami bermaksud membuang tanggungjawab sebagai ibubapa. Tugas seperti memberi makan, menjaga kesihatan dan sebagainya kini di pikul oleh ketua warden asrama dan selebihnya tanggungjawab mereka sementera berada di asrama. Saya tidak menyangka azie mengalami masalah sakit perut yang sering berlaku apabila tinggal di asrama. Saya selaku bapa kepada azie menyelidik cara dan rutin dia di asrama. Saya memikirkan mesti ada sebab mengapa dia sering mengadu sakit perut.
Rupa-rupanya azie jarang turun makan pada waktu tengahari sebaik balik dari sekolah. Difahamkan mereka akan turun makan tengahari pada jam 1 petang. Dan hanya dibenarkan masuk ke asrama pada jam 2 petang. Selain itu azie melaporkan pada saya bahawa dia sering membeli makanan jenis koropok. Azie kata apabila kawannya tidak turun makan ke dapur asrama, azie turut menemani temannya tidak turun makan. Alamak! mana boleh macam itu azie. Patutlah selalu sakit perut ini anak. Alhamdulillah semoga selepas di beri nasihat azie dapat menjaga diri dan kesihatan semasa di asrama.
memang tinggal di asrama banyak cabaran dan perlu kuat semangat waja. Kata azie dia sering teringat makanan di rumah masa di asrama. Tiap kali kakak, abangnya balik ke asrama saya dan mama ( wife) membekalkan mereka makanan seperti biskut dan buah-buahan. Sebulan di asrama manalah tahan makanan itu. Sebagai panduan azie harus ikut nasihat bapa ini iaitu:-
Dunia baru azie puteri etuzaWarnaKehidupan
di asrama puteri di SMKAMAR
1. Pastikan masa makan itu diikuti, turun ke dapur dan ambil makanan, harus ingat mesti makan tengahari. Nanti lama-lama biasalah tu dengan keadaan makanan di asrama.
2. Tidak payahlah ikut sikap kawan-kawan sekelas yang malas turun makan masa tengahari. Makanan seperti koropok dan biskut manalah sama dengan nasi dan sayuran yang membekalkan tenaga dalam badan.
3. Ingat minuman air putih harus dijaga, amalkan meminum 8 gelas sehari atau paling kurang 5 gelas agar dalam badan dapat dibersihkan.
4. Ingat bila rasa nak makan petang itu keluarkan biskut dan makan biarpun 2 atau 3 keping, ini bertujuan dari perut kosong untuk di isikan semula pada jam 5 petang atau selepas maghrib.
5. Turun cepat ke dapur asrama agar tidak kehabisan makanan di asrama. Kerana menurut azie sering berlaku habis makanan di dapur asrama. Masalah ini berlaku apabila azie lambat bertindak ke hadapan untuk mendapatkan makanan.
6. Sentiasa lah berdoa agar Allah teguhkan jiwa, kuatkan iman dan sabar dalam menghadapi masalah semasa tinggal di asrama.
Hanya itulah sahaja yang saya turunkan kepada azie agar lebih berhati2 di asrama kali ini.

Salam kasih sayang.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

noorafzan.blogspot.com berkata...

salam cikgu..
hara2 adik azie tu akan berjaya adapt dengan environment baru tuh..=)

Unknown berkata...

wasalam.
Terima kasih semnagat dari noor afzan ya. Dia beza sikit dengan kakak dia, sering lambat makan apa tidak sakit perut kerana perut kosong. Risau juga tau 2 minggu badan dia susut sikit. Baru tadi hantar ke Ranau.

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
huhU..baca entry pak cik nie terimbau pulak kenangan2 lama kat h0stel dl..bab makan plg tak lupe bile time buka p0se kena makan dlm talam ramai2..hehE..mcm2 karenah la..
nyway m0ga azie mGikut sgla nasihat brguna dari ayahnya nie..s0al makan mmG penting bila nak brdikari..