Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 28 Januari 2010

Terasa berat tanganku melepaskanmu, haruskah yang lama dilepaskan...

nampak baru selepas dibersihkan.Inilah
Wira Maroon yang saya maksudkan,
still ok ke?



Salam sejahtera semua.

Hendaknya tika ini dan di mana juga teman-teman blogger berada harap dan doaku moga semua dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Apapun juga yang kita lakukan harap semua dalam keredahan Allah.
Saya terasa begitu lama tidak update laman etuza. Terasa ada rindu untuk mentarikan jejari agar bertambah warna dalam laman ini. Saya kira laman etuza bukanlah yang hebat seperti laman orang lain, ianya lebih kepada memoriku yang biasa sahaja, yang tiada menarik untuk di kongsi bersama. Namun cukuplah jika saya katakan bahawa inilah yang saya mampu dan rasanya inilah saja kemampuan maklumat yang saya boleh buat untuk kita kongsi. Perkongsian ini bagi saya sangat indah dan seandainya ada pekara yang baik dikongsi alangkah gembira rasa dihati.
Sebenarnya sudah lama saya merasakan keadaan ini, perasaan serba salah dan berbagai perasaan menyinggah. Perasaan ini saya anggap normal dalam keadaan seperti saya. Saya yakin kadangkala sukar kita lupakan, apa yang termampu ialah tawakal kepada Allah dan minta perlindungan dari yang esa. Bayangkan jasa dan pengorbanannya kepada saya mencecah 7 tahun. Begitu lama sekali. Tanpa sedar rupanya usianya di tangan saya mencapai tahap itu. Dulu masa mendapatannya saya begitu tertarik dengan warnanya yang maroon tua, bersih dan saya anggap warna maroon itu warna matang dan penuh semangat. Saya dan mama( wife) sepakat dan sejiwa membawanya pulang ke rumah. Biasa pada awal kehadirannya ia sangat disukai, ramai memandang dengan cahaya indah menawannya. keadaannya licin dan sangat perkasa di mana sahaja saya bawa. Bahkan dialah temanku, ketika saya di menara gading. Tidak sah jika saya tidak bawanya bersama. Terasa keakraban terjalin, kasih sayang juga kian menebal padanya.
Dulu tahun pertama saya menggunakannya, sungguh saya kagum dengan kepantasannya bergerak. Hingga masuk usia ke empat tahun kehebatannya masih terasa. Kadang hati saya berbisik, hebat juga kelahiran di Malaysia. So, tepat pilihanku dengan tidak memandang jenama lain dari luar negara. Rasanya hebat juga apa yang ada di Malaysia. Untuk hadiah dari saya, saya basuh dan sucikan dirinya, beri ia pewangi yang segar agar saya dan family sentiasa segar di dalamnya. Itu tanda cinta dan kasih sayang kami padanya. Dia seperi jasadku, ada kalanya sakit dan saya segera merawatnya dengan berbekalkan wang yang ada, tidak kisah jika belanja lebih agar powernya kembali beraksi. Jika ada noda hitam pada jantungnya ianya perlu dibersihkan, tapi seingat saya dalam sebulan lebih mesti saya hantar untuk di bersihkan, diganti sebagaimana orang lain menggantikan kotoran dalaman. Pernah juga teman saya ini meragam yang paling teruk, kalau tidak silap pada November 2009. Itu yang terbaru, dan keadaan dia di paksa oleh saya maka saya terdampar di bahu jalan kiri menuju ke Pekan Keningau. Hehe! dalam RM 200 lesap dalam saku saya sebagai kos pembaikan termasuk upah orang untuk merawat sakitnya. Adalah 1 jam setengah baru si maroon ini bergerak dalam keadaan penat dan lesu.
TETAPI!!! ha ini yang saya marah sangat, tidak puas hati dengan doktor itu. Sebenarnya dia bukan meragam seteruk itu jika bukan kerana tindakan doktor itu. Mula melihat wajah dia hati saya terasa lain. Namun saya berusaha positifkan diri, minta Allah bantu, dalam keadaan payah begitu tiada lagi dalam mindaku selain berzikir dengan kalimah Allah. Minta mudahkan urusan agar lancar dan sempurnalah niatku untuk menjemput putera dan puteriku dari Asrama sekolahnya di Ranau Sabah. Sahabat blogger nak tahu tak kenapa dan apa TETAPI!! itu. Nampak keraskan!. Sebenarnya dia tak boleh bernafas dengan selesa kerana minyak dalam perutnya tersangat penuh. Ha! saya yang asyik tuang minumannya sebagai pelincir, rupanya dah sangat penuh, itu sebab banyak sangat asap keluar.Hai saya paksa juga jalan nak cepat rindukan anak-anak bah!. Ha apa jadi tiba-tiba push!! tidak boleh jalan. Bila doktor besi cek, saya perhati dan teliti bagai tak kelip mata. Takut dia selongkar semua urat-urat si maroon, mintalah dia jujur. Mana ada orang lain saya dan doktor tu saja, tapi Allah juga memerhati. Saya tengok banyak cairan hitam terpercik bila di tekan kaki kanan. Aik! saya dapat jawapan tetapi saya segera menguji doktor merawat maroon.
" Oh! susah ni, saya rasa tidak boleh dibaiki ni, saya ingat saya nak bawa..esok petang kamu datang ambil" Sah! dia hendak perangkap saya. Bunyi kocek dia macam berbunyi..hai mata duitan ke orang ni, padahal suku macam suku saya orang DUSUN bah dia tu.
" Tengok tu kalau di tekan kaki kanan ada cairan hitam terpercik, ini tidak boleh paksa, jika di bawa juga teruk nanti dalamannya banyak tempias kerosakan" Saya fikir apa dia cakap ada benarnya.
" Bukan penuhkah perut dia tu, saya ada dengar tadi kamu cakap terlampau penuh, itu sebab banyak asap, bolehkah kurangkan sedikit agar dia selesa jalan" itu kata saya.
Doktor itu punyalah lama berfikir, dia call kawan dia, dia juga sempat merokok dua batang rokok. Hai bilalah kawan-kawan saya lalu di jalan ini, nak juga tanya mereka dan membantu saya. Saya beranikan diri lagi. Dalam 10 minit kawan yang dia call itu sampai bawa macam-macam besi( peralatan mekanik bah). Saya berusaha tenangkan diri, masa itu tiada langsung rasa nak marah, saya redha jika maroonku benar-benar tidak dapat jalan.
" Aaa.. macamana kalau saya bawa saja, sampai di tempat kamu ( workshop) saya letak dia dan kamu tolonglah baiki mana-mana yang patut" kata saya.
Doktor tu, tidak banyak cakap, lalu dia suruh saya on. " Kalau kamu mahu bawa juga, boleh harap tiada apa-apa di jalan, kalau tidak hidup lagi kerosakkannya tambah besar tau!" Hal itu saya tidak perduli yang penting saya ada keyakinan maroon saya macam boleh sampai di pekan Keningau. Entahlah keadaan anak-anak maybe mereka sangat risau dah dekat maghrib.
Dia pun suruh saya on selepas kembalikan nat-nat yang dilonggarkan. Alhamdulilah boleh dan ada power sedikit bunyinya. Tapi alamak! asap punyalah banyak. Itu yang tidak best.
"Oklah berapa?" " Dua ratus dan esok kamu sediakan agak-agak RM 500 kos pembaikan, dia terpaksa saya bawa ke rumah" Sah lah orang ini kebuluran, dia fikir saya mudah di tipu.
Dalam hati " Ya Allah..macamana ni duit saya hanya RM 190.00 tinggal, ada alat-alat saya beli tadi tapi tidak diguna, kerana bukan rosak seperti yang dia cakap" benarlah ada penipuan. Hati ada merintih juga masa itu. Biarpun saya lelaki tapi bila begini keadaan jiwa saya sayu juga. Bukankah saya sudah susah dia tambah lagi kesusahan saya. " Oklah saya bayar RM 190 dulu, nanti esok saya bagi baki RM 10 tu.. tinggal ini duit saya, tadi kamu suruh saya bayar alat-alat ini termasuk silikon duit saya tak cukup" Syukurlah dia terima dan percaya saya akan datang esok beri dia baki upah. Nak tahu ke? sebenarnya dia tidak buat apa-apa cuma dia sengaja nak bongkar urat saraf maroon saya itu, tetapi dia terhenti apabila saya asyik memerhati apa dia buat. Tiap satu dia buka saya tanya, ha itu yang dia berhenti buka membuka.
Akhirnya saya masuk dan bawa maroon jalan perlahan. Saya tunaikan janji singgah di workshop dia, hehe! workshop dia menumpang kedai Cina saja. Semua kawan-kawan dia datang cek balik maroon saya, saya tidak selesa banyak asap.
"Ada kamu kurangkan minyak oil ka?" kata kawannya. " Tiada" si doktor tadi cakap.
" Patutlah banyak asap" Kawan si doktor baik sikit dia cuba tolong kurangkan minyak oil.
"Aaa boleh kah kamu tukar terus minyak oil kepada yang baru ada saya beli tadi pelincir tu"
"Ok! lagi bagus" sayapun terus bersabar. Tunggu dia tukar injin oil maroon saya. Si doktor tadi macam malu tengok saya. Apapun aya terima kasih juga sama dia kerana sudi datang periksa sakit maroon saya ini. Apapun saya tetap bayar RM 10.00.
" Emm! lepas service saya bawa dulu dia, kalau ok esok awal pagi lagi saya jumpa kamu di sini ya..lagipun saya nak ambil duit guna kad, boleh bayar terus dengan kamu jika kamu dapat tunggu" kata saya. Doktor tu setuju dan percaya cakap saya.
Alhamdulilah ok sudah maroon saya, cuma kesan asap ada lagi sedikit, tapi kurang pekat berbanding tadi. Sayapun terus ke Pekan Keningau ambil wang dan ambil anak-anak. Apa masalah bapa belum mereka tahu. Kakak muka muram kerana agak lewat saya jemput. Tapi saya diam sahaja selepas mereka salam dan cium tangan saya. Hati masih sayu tau di tipu hidup-hidup petang ini.
Saya singgah membeli makanan keperluan di rumah dan terus balik. Dalam masa yang sama saya uji maroon kami, ok ke tak ok. Nampak dia makin selesa dan tak semput lagi. Dalam hati kalau macam ini, tidak payahlah hantar ke workshop si doktor, lebih baik saya pergi ke workshop lain esok. Saya pun singgah ke kedai Cina dia kerja. Rupanya semua mereka sudah pulang. Ada seorang India dekat kedai itu, dan India yang tinggi lampai itu saya kenal sangat, isteri dia juga saya kenal suku Dusun isterinya. Saya minta dia sampaikan wang RM 10 kepada doktor yang merawat maroon saya.
Hingga hari ini, saya belum ada menemui doktor( mekanik) itu. Dan hingga sekarang maroon kami( wira) masih perkasa di jalanraya. Masih nampak auranya, kilat metalik dan nampak sedikit pudar pada pumper depan sahaja.
Bila teringat semua kenangan manis dan pahit bersama wira maroon kami ini, terasa berat tanganku melepaskannya dan haruska yang sudah lama dilepaskan, padahal banyak jasanya pada saya dan keluarga. Minggu lalu datang orang merisik khabar si wira maroon an persembahkan harga yang dia sanggup. Entahlah bagaimana. Rasanya terlalu berat nak lepaskan. Saya ingat untuk masa depan anak-anak elok juga jangan di beri orang dan bertukar milik. Anak lelaki sayapun sudah berusia 15 tahun. Mahu tak mahu dia ada keinginan belajar memandu. Suatu masa saya akan putuskan mana yang terbaik nanti.
Oh ya adapun saya sering masukkan tambahan injin oil pada wira saya adalah kerana ada cairan meleleh di badan enjin wira saya tu. Mula memang kurang dengan melihat pada penanda. Seminggu sekali saya tambah. lepas itu adik saya pinjam ke Sook, kami bertukar car, saya guna myvi dia ke Ranau sebelum wira terdampar di bahu jalan dekat Taman Bersatu Keningau. Menurut adik saya ada dia tambah minyak oil gelen kecil. Alamak itulah yang saya tidak tahu itu hingga wira saya semput pot-pot pot saja di jalan. Lastly push! mati enjinnya. Itulah cerita sebenar. Bertahun-tahun guna kereta dan memandu ada juga silap ye...inilah namanya manusia.
Anda bagaimana? ada ke pengalaman ini dalam hidupmu.Hehe!

Salam perkongsian dari laman etuza.





"



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: