Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 29 Januari 2010

Ok kah minuman kegemaran saya, promotion ke!



Salam sejahtera.

Petang ini selepas solat Jumaat, saya menyediakan juadah makan anak-anak. Mereka tiada kelas Kafa petang ini. Bolehlah buat satu entri. Rasanya belum ada entri serupa ini dalam laman etuza Warna Kehidupan. Saya biasa nampak entri dan gambar kawan-kawan bloger yang lain tentang minuman ni. Ha rupanya menarik juga hal minuman ini di masukkan dalam blog.

Tengoklah minuman dalam gambar itu, cantik dan segar dipandang. Kalau anda sudi berkongsi dengan saya, inilah minuman kegemaran saya jika terasa dahaga di petang hari. dan satu jenis minuman yang suka pada awal pagi dan petang jika ada bekalan jenama minuman ini.

Jus Oren ( seisi keluarga menyukai minuman ini)
Minuman orange FruitACE mengandungi vitamins A, C dan E sebab itu minuman juice ini di beri nama FRUITACE. Kandungan sebanyak 850 ml ini pekat dan nampak kuning emas. Jika sedikit jus ini di masukkan ke dalam satu gelas kita akan merasai kenikmatan yang luar biasa dengan tidak mencampurkan gula. Kalau silap tuang jus ini pada kuantiti yang banyak anda akan merasa manis yang sangat lazat, tetapi kurang sesuai. Ambil dalam sesudu kecil dan tuang air sejuk seperti saiz gelas etuza itu. Nikmati kesegaran minuman jus orange FruitACE di petang hari. pasti anda nak lagi jika sudah merasainya. Cubalah petang ini. Hehe bunyi macam promot saja.

Milk Tea ( elcaf'e, sejenis minuman produc elken )
Ramuan minuman ini ialah, krimer bukan tenusu,sirap glukosa, minyak isirung kelapa, natrium kaseinat,pengemulsi, penstabil, agen antibeku,beta karotina, teh segera dan kolostrum IG6. Hebat kandungan min uman ini. Kandungan dalam sekotak ialah 15 sachets sahaja, dengan harga member RM 22. 00 sahaja. Nikmati aroma minuman ini, sedap dan lazat. Kita boleh tambah manis dengan mengambil sebungkus gula kecil yang di sertakan, tetapi anda tidak perlu masukkan gula itu jika anda hendakkurangkan manis dalam minuman anda itu ya. Pada petang anda juga boleh menyediakan minuman ini untuk anda bersama roti kering. Bagaimanapun kalau hendak jimat bolehlah meminum milk tea ini sekali sehari.

selamat mencuba minuman etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: