Kami di sini
Bunga di laman etuza
Langsuyar cantik juga
Harum wangi Bunga Jasmin di lamanku
Bunga di laman etuza
Asalamualaikum semua pembaca.
Bunga di laman rumah kami agak tidak terjaga sejak akhir-akhir ini. Kesibukan kerja-kerja dan rutin harian amat menghadkan masa mengurus 100 % pada segalanya. Tangan kiri dan kanan nampaknya tidak cukup untuk melaksanakan semuanya dengan baik. Apa yang berlaku ialah kita menjerat masa akan datang atau menyimpan hasrat agar pada hari yang lain kita akan sempat menyempurnakan kerja-kerja rumah yang tertinggal.
Menanam bunga di laman memang kegemaran etuza, jika ada masa lapang seperti hujung minggu kita akan mempunyai masa yang banyak mengurus kceriaan laman kita. Kita memberi baja, menyiram dan menanam bunga baru ke dalam pasu. Semua itu amat menghiburkan hati. Namun pada masa ini banyak spesis bunga di laman kami pupus tidak berganti. Bunga -bungaan jenis daun yang lebar, bujur dan bulat hampir-hampir musnah akibat keadaan tanah yang gersang tidak di siram.
Mujurlah akhirnya tulang saya ringan mengurus bunga di laman villa kami. Hendak harapkan siapa dalam urusan ini jika bukan saya, kerana sayalah yang menanam bunga di laman pada dasarnya hingga hari ini. Saya dapat merasakan keseronokan menanam bunga iaitu:-
1. Sebagai senaman pada pagi atau petang. keluar peluh di badan.
2. Dapat berbudi kepada tanah Allah dan mendapat kepuasan menanam bunga kegemaran.
3. Dapat menikmati kehijauan bunga-bungaan. Menyegarkan mata yang keletihan.
4. Dapat menghidu keharuman bunga seperti Bunga Jasmin dan orkid. Bila menghidu keharuman bunga terasa ada semangat baru dalam jiwa.
5. Dapat mengeratkan hubngan suami isteri, terjalin kemesraan dan kasih sayang.
6. Dapat ramai kawan sama ada lelaki atau wanita, tua dan muda.
7. Dapat melihat kebesaran Allah apabila bunga ciptaan begitu cantik dan menghiburkan mata memandang.
8. Melatih diri dan anak-anak berdisiplin dan menjalin kerjasama di kalangan anak-anak.
9. Menceriakan dan mencantikkan kawasan rumah tempat tinggal.
10. Rumah kita sejuk dipandang, segar di pandang dan bunga mendamaikan jiwa dan memberi semangatbaru yang luar biasa.
11. Menikmati bunga rasanya umur bertambah berkat. InsyaAllah.
12. Ada pendapatan sampingan yang tidaklah selumayan mana.
Salam perkongsian reliti etuza.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan