Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 30 Januari 2010

Mengapa ada penghinaan seperti ini, di mana sudah perpaduan dan saling menghormati. Tindakan patut di segerakan menangani masalah ini.

Kepala babi hutan dijumpai di dua masjid

28th January, 2010

KUALA LUMPUR: Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras ditemui di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi kelmarin.

Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.

Timbalan Nazir Masjid Jumhuriyah, Rasbollah Zainal, berkata bungkusan itu ditemui oleh jemaah pada 6.30 pagi tadi selepas selepas solat Subuh.

Mereka menyangka kedua-dua bungkusan itu mengandungi bayi yang mungkin dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila siak masjid yang dikenali sebagai Redzuan, 55, membuka kedua-dua bungkusan itu, ia didapati berisi kepala babi hutan, katanya kepada pemberita semasa lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke masjid itu kelmarin.

Rasbollah berkata orang yang meletakkan bungkusan itu mungkin mengetahui selok belok masjid itu kerana pintu masuk belakangnya terlindung dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

“Di hadapan pintu masuk masjid ini ada kamera CCTV tetapi di bekalang tidak ada, dan orang yang menghantar ini mungkin membuat kajian terlebih dahulu tentang masjid ini,” katanya.

Musa pula berkata tindakan menghantar kepala babi itu adalah perbuatan tidak bermoral yang bersifat provokasi. Beliau memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

“Jangan sekali-kali bermain dengan api dengan menggunakan isu sensitiviti agama sesuatu kaum. Kita minta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi, dan biarkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden ini,” katanya.

Musa berkata beliau telah mengarahkan anggotanya memantau masjid-masjid di sekitar kawasan tersebut agar insiden yang serupa tidak berulang.

Katanya keempat-empat kepala babi hutan dihantar ke Jabatan Forensik untuk siasatan lanjut.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Dearah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Salam semua
Pasti Allah akan memberi hukuman kepada yang terlibat, perbuatan ini disaksikan oleh Allah yang maha besar, kerana Masjid adalah umpama rumah suci yang disukai oleh yang esa.